Sana buang, sini buang. Tiada tempat jadi pilihan...
- Sejak akhir-akhir ini, masyarakat dikejutkan dengan pelbagai berita dimana bayi-bayi ditinggalkan. Terakhir seorang bayi dijumpai dalam bungkusan surat khabar yang ditinggalkan dipekarangan rumah.
- Saban hari, gejala saperti ini dilapurkan didada-dada akhbar. Samada bayi yang dibuang adalah hasil dari pebuatan sumbang antara remaja, antara pekerja, sumbang mahram atau hasil dari perbuatan jenayah tidak penting. Yang penting ialah nyawa seorang insan.
- Kenapa perkara ini berlaku? Adakah ini hasil dari gejolak nafsu? Atau mangsa kemajuan? Adakah ini hasil dari bercambahnya program hiburan? Atau rentetan hiburan percuma ala jom heboh?
- Perbuatan buang bayi ini tidak bertempat. Ia berlaku dimana-mana. Yang pasti, ia semakin berleluasa, makin menjadi-jadi.
- Di Penang, dilapurkan purata anak luar nikah yang dilahirkan di wad-wad bersalin adalah 3 orang sebulan. 3 sebulan! Itu yang dilahirkan di wad-wad bersalin. Berapa ramai pula yang memilih bidan kampung? Berapa ramai yang melaluinya berseorangan? Kalau 3 sebulan, setahun ? 36 orang anak luar nikah yang dilahirkan di wad bersalin. Itu baru di Penang. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain? Kalau di ambil sebagai 3 orang sebulan satu negeri, Malaysia menghasilkan 42 orang anak luar nikah sebulan. Setahun? 504 orang anak luar nikah yang dilahirkan di wad-wad bersalin. Yang lain?
- Dalam sebuah program agama yang disiarkan baru-baru ini, ahli panel mengatakan dizaman Jahiliah (sebelum kedatangan Islam), bapa-bapa akan berubah muka apabila mengetahui yang anak yang dilahirkan adalah perempuan dan mereka akan menanam bayi itu hidup-hidup! Itu dulu dizaman jahiliah. Itu pun bayi perempuan yang menjadi mangsa. Kita sekarang? Bayi yang dibuang tidak mengira jantina. Perempuan ada, lelaki pun ada. Kalau dulu sebelum kedatangan Islam, mereka yang menanam bayi perempuan di panggil jahiliah, kita bagaimana? Seruan Islam dah sampai, tapi masih ada dari masyarakat kita yang memilih membuang bayi, tanpa mengira perempuan atau lelaki...adakah kita lagi teruk dari jahiliah?
- Apakah sudah hilang kemanusiaan dalam diri kita? Apakah kita menjadi robot-robot yang bertuankan wang dan material?
- Dalam salah satu siri keluaran luar negara, kejadian membuang bayi perempuan dan anak perempuan berlaku di India. Apakah kita lebih dasyat dari India?
- Apakah kita perlu seminar demi seminar, ceramah demi ceramah, syarahan demi syarahan untuk menyedarkan kita? Apakah kita perlu bertimbun-timbun kertas kerja untuk merangka strategi menghadapi krisis buang bayi? Kalau kita masih dengan longgokan kertas kerja demi kertas kerja, bila pelan tindakan hendak diambil?
- Dalam menghadapi masaalah sosial sebegini hebat, kita harus mempunyai program serampang banyak mata dan tidak terhad kepada dua mata. Kita perlu mengembeing tenaga untuk memastikan bayi-bayi ini diberi peluang untuk hidup dan membesar. Kita mempunyai ramai pasangan-pasangan yang tidak mempunyai anak, kenapakah mereka tidak diberi peluang untuk membesarkan bayi bayi yang terbuang ini? Apakah terlalu banyak "red tape" yang perlu mereka lalui untuk mengambil bayi bayi terbuang ini?
- Didalam kita mengambil langkah untuk membela nasib bayi bayi terbuang, masyarakat juga perlu berhadapan dengan masaalah dihadapan mata iaitu punca berlakunya kes kes bayi terbuang.
- Sekiranya ia berlaku kerana ketidak matangan fikiran, masyarakat dan media massa perlu memainkan peranan lebih aktif untuk "self censorship". Kita perlu menapis pengaruh barat yang merosakkan kita.
- Seandainya gejala itu berlaku akibat teruja dengan "mat bangla mirip shah rukh khan", kita perlu mendidik mereka supaya tidak terlalu ghairah dengan tarian dan nyanyian hindustan.
- Kaum wanita perlu dilindungi. Gejala sosial ini menggambarkan betapa parahnya umat Islam kini. Anak muda kita dilalaikan dengan dadah, hiburan melampau, pesta sehingga mereka tidak dapat membedzakan yang mana intan yang mana kaca.
- Kita terlalu alpha mengejar kekayaan sehingga terlupa pada adat resam budaya yang disemat dengan ajaran agama.
- Kita terlalu ghairah dengan teknologi canggih ciptaan barat hingga kita terikut-ikut dengan gaya hidup mereka yang sudah tidak mempunyai batas. Bahkan, ada kalanya, kita lebih "maju" dari mereka dalam kes kejatuhan moral.
- Masyarakat hanya pandai bersembang diwarung kopi mengutuk tindakan remaja tetapi kita tidak mempunyai pasukan yang berani mengajak remaja pulang kepangkal jalan. Masyarakat kita sudah menjadi masyarakat "ke akuan" atau individualistic. Kita sudah tidak lagi bergerak sebagai satu umah...
- Masa belum terlambat untuk kita bersama mengembeling tenaga menghadkan masaalah sosial. Persoalannya, dimana kita bermula dan siapa ketua? Apakah kita masih lagi perlu berketuakan mereka yang dipercayai mempunyai masaalah sosial yang sama? Tepuk dada tanya selera...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...