- Debat yang diuar-uarkan diantara Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pewaris pada 9hb Mei 2009 tidak dapat diadakan. Walau apapun alasan dan hujah yang diberikan oleh GMI mahupun PEWARIS, hakikatnya tiada debat ISA : Halal atau haram, diadakan diCivic Centre, Petaling Jaya.
- Sedih, kecewa, hampa dengan tindakan PEWARIS yang setelah begitu macho mengeluarkan kenyataan ISA itu halal, kini hilang ke'macho'annya...
- Antara lain, PEWARIS , ketika dihubungi Malaysiakini nampaknya kini lebih gemar berselindung disebalik alasan-alasan remeh yang tidak relevan. PEWARIS mensifatkan diri mereka sebagai pengantin lelaki yang tidak dirunding dulu...Ello, kawan, sejak bila pula pihak perempuan meminang pengantin lelaki dalam ajaran Islam? Dah kata ISA halal, adat nikah kahwin Islam yang basic cam tu pun tak tahu? I say, man you...malulah dengan alasan macam tu...
- Alasan yang kedua PEWARIS untuk perdebatan @ perbincangan diiarkan secara langsung melalui radio 24 Bernama lagi kelakar. Kalau PEWARIS nak gunakan saluran radio, sepatutnya awal-awal lagi PEWARIS membuat persediaan supaya Bernama dapat sama hadir didewan sivik pada 9hb Mei 2009. Susah sangat ke bagi PEWARIS, NGO yang gemar berbincang di PWTC untuk mengaturkan begitu? Nak siar dalam radio, samada secara langsung atau tidak sepatutnya tidak menjejaskan perdebatan yang diadakan didewan civic centre, Petaling Jaya. Kalau PEWARIS nak lagi glamour, gunakan TV8 dan berdebat dalam program Hujah dengan moderator Prof Agus. Apa macam? Boleh?
- Alasan ketiga PEWARIS, tempat yang sesuai. PJ civic centre tu dah cukup sesuai untuk dijadikan gelanggang perdebatan. Tempatnya senang dicari, mempunyai kawasan letak kereta yang luas, kapasiti dewan yang mencukupi, ada dewan disebelah untuk dijadikan ruang solat. Apa lagi yang kurang? Dewan itu lebih dari boleh untuk menampung penyokong dari kedua2 belah pihak...lainlah kalau PEWARIS/GMI pakai penyokong upahan...
- Jadi, secara umumnya, alasan PEWARIS adalah alasan-alasan remeh temeh. Tak logik, tak dapat diterima akal. GMI sudah memulakan initiatif debat ini sejak 27hb April dan PEWARIS yang bergegar-gegar mendahulukan majlis agama dan fatwa negara serta majlis Raja-Raja dengan mengeluarkan kenyataan ISA itu halal. Sudah tentu PEWARIS mempunyai nas dan alasan kukuh berpandukan Quran dan Hadis. Takkan lah PEWARIS menghalalkan sesuatu tanpa rujukan Quran dan hadis. Kalau tak rujuk, PEWARIS mungkin dapat ilham dalam mimpi...
- Tarikh yang dipilih juga bersesuaian kerana 9 hb Mei ialah hari Sabtu yang merupakan satu hari rehat warga kota. Sesuai pula dengan hari Ibu yang disambut pada 10hb Mei 2009.
- Sememangnya PEWARIS tidak berwaris. PEWARIS harus sedar dan peka dengan pembebasan 26 tahanan ISA dalam masa dual bulan pertama pemerintahan 1 Malaysia PM 6. Dan jika trend ini berterusan, tidak mustahil kesemua tahanan ISA akan dibebaskan dalam 3 atau 4 kumpulan lagi, setiap kumpulan 13 orang. 13 merupakan nombor favorit Tun AAB, mungkinkah ia juga merupakan nombor favorit Hishamuddin Hussein? Takkan lah selepas semua tahanan ISA dilepaskan baru PEWARIS berani muncul dipentas? Ka lawak kalau itu berlaku?
- Nasihat saya untuk PEWARIS - kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...ukurlah kasut dikaki sendiri....dan akhir sekali kalau tak pandai menari, jangan dituduh padang tinggi rendah...
- Setinggi-tinggi penghargaan kepada GMI yang meneruskan perdebatan ISA : Halal atau Haram? Sekurang-kurangnya, ia memberi perspektif dan pandangan baru tentang ISA pada mereka yang hadir...
- Untuk lapuran perdebatan sebelah pihak ini dalam bahasa Inggeris, sila ke sini.
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
3 comments:
Memang tak sesuai debat halal atau haram ISA jika bukan ulamak yang memperkatakannya.
Kluangman,
Pandangan dihargai... tetapi kalau nak tunggu ulama, kenapa pula PEWARIS mendahulukan ulama dalam menghalalkan ISA? Sudah pasti PEWARIS ada barisan ulamanya, kenapa tak hantar ulama kemajlis ilmu ini?
Ularmak kerajaan ada kepentingan, ularmak pembangkang pun ada kepentingan.
Bagi mereka politik didahulukan, halal kalau menyebelahi mereka, haram kalau satu puak lagi dapat..
Post a Comment