Kebangkitan kuasa rakyat pada 8 hb Mac 2008 telah memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional dimana parti memerintah kehilangan kuasa untuk terus memerintah negeri-negeri Kedah, Penang, Perak, Selangor dan dalam masa yang sama gagal untuk menawan semula Kelantan dari gabungan parti-parti pembangkang. Itu realitiyang perlu diakui oleh Barisan Nasional.
Seharusnya mesej rakyat yang sebegitu kuat perlu dimanafaatkan oleh parti-parti pembangkang dalam persiapan awal menghadapi kemungkinan peralihan kuasa diperingkat nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Tapi apa yang berlaku dalam tempoh setahun yang lalu mengambarkan parti-parti pembangkang masih mempunyai kelemahan dalaman yang perlu diperbaiki sebelum boleh berangan-angan untuk menawan Putrajaya.
Dalam masa setahun selepas 8hb Mac 2008, beberapa siri pilihanraya kecil terpaksa diadakan apabila ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri setempat mengosongkan tempat mereka. Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti menjadi bukti kerakusan parti pembangkang dalam mengejar kekuasaan.
Permatang Pauh menyaksikan Wan Azizah mengosongkan kerusi parlimen untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim, Bukit Selambau dikosongkan kerana masaalah peibadi manakala Penanti pula berlaku akibat geseran dalam PKR. 3 kerusi ini cukup untuk membuktikan bahwa gabungan PR masih belum mampu untuk membariskan kepimpinan mantap untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebaliknya 3 kerusi ini membebankan rakyat kerana rakyat dipaksa untuk mengundi sekali lagi atas kegagalan PR. Sejauh mana rakyat akan digula-gulakan dengan impian dan harapan?
Bukit Gantang dan Changkat Jering pula merupakan sebab utama kerajaan PR negeri Perak tumbang dengan kemelut politik yang membabitkan pihak istana. SEbagaimana yang terdahulu, sekali lagi ADUN-ADUN dari PKR memperkukuhkan hujah bahwa PKR tidak membuat saringan yang sempurna untuk memilih calun. Kegagalan PKR telah menyebabkan negeri Perak kini terumbang ambing dengan rentetan kes mahkamah yang tidak nampak penghujung.
Pengosongan kerusi dan krisis politik Perak menyerlahkan lagi kemampuan Anwar yang sanggup mengenepikan segalanya untuk mencapai cita-cita politik beliau. Kalau semasa puncak zaman reformasi Anwar melaungkan
kini semakin terang bahwa Anwar telah mula memperkudakan penyokong beliau dengan mengada-adakan pilihanraya kecil yang menggunakan masa, kewangan yang banyak. Kenapa pilihanraya itu berlaku?Kalau takut pada risiko, jangan bicara tentang perjuangan _ Anwar Ibrahim
1. Wan Azizah mengosongkan kerusi parlimen untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding. Ianya memberi ruang untuk Anwar berkecimpung semula didalam arena politik setelah tempoh larangan berpolitik beliau tamat. Anwar menang dengan mudah di Permatang Pauh dan sejurus itu beliau mula membayangi kerajaan BN dengan beberapa tarikh ramalan dimana PR akan mengambilalih tampuh pemerintahan Malaysia.
Mungkin ini merupakan langkah yang bijak, bagi pandangan Anwar, tetapi sebenarnya ia menjadikan keadaan politik kurang stabil. Anwar tidak mengendahkan rintihan rakyat menghadapi krisis ekonomi global. Beliau masih dengan tanggapan bahwa kerusi Perdana Menteri adalah hak mutlak beliau.
Anwar harus sedar dalam keadaan kesihatan beliau yang kurang sihat kerana terpaksa dipapah keatas pentas, adalah lebih naik beliau memainkan peranan sebagai "elder statesman" dari terus mengejar impian untuk menjadi PM. Anwar juga kurang jujur dalam perjuangannya kerana enggan mengambilalih PKR tetapi lebih selesa bergerak sebagai penasihat PKR. Adakah Anwar masih mengintai peluang untuk kembali ke UMNO sekiranya ditawarkan jawatan Perdana Menteri Malaysia?
2. Pilihanraya kecil Bukit Selambau membuktikan pula bahwa PKR sanggup menaja calun bebas apabila calun PKR telah ditolak borang pencalunan. Sebaga yang diketahui, calun bebas Bukit Selambau yang menang ditawarkan jawatan EXCO Kedah tetapi masaalah peribadi beliau telah memaksa beliau meletak jawatan. Calun pilihan PKR mengambil alih ADUN Bukit Selambau dan dengan sdilantik menjadi EXCO.
3. Pilihanraya Penanti yang akan diadakan nanti paling ketara. Disini ADUN sediaada , Firdaus, telah mengalah dengan asakan SPRM dan politik dalaman. Sebagai ganti, PKR telah memilih Dr Mansor untuk bertanding. Persoalannya, dimanakah Dr Mansor pada pilihanraya 12? Adakah kerana PR telah bejaya menguasai Penang, Dr Mansor merasakan beliau layak untuk mengganitikan Firdaus dan seterusnya berhak dilantik sebagai timbalan KM Penang? Ini menunjukkan PKR masih belum konfiden untuk menang dalam pilihanraya 12 yang lalu. Nah, setelah menang, semua dalam parti PKR terkejar-kejar untuk mendapatkan kedudukan...ini realiti...
4. Begitu juga dengan Changkat Jering dan Behrang. PKR membuktikan bahwa mereka ketandusan pemimpin dan apa yang mereka lakukan ialah menggunakan strategi "tangkap muat". Cekup siapa saja yang sangup bertanding tanpa memeriksa latar belakang, karektor, ketokohan kepimpinan dan sebagainya. Akhirnya, dalam tempoh kurang dari setahun berkuasa, Changkat Jering dan Behrang telah terperangkap dengan godaan "Made in China" di Penang. Pengakuan mereka dengan menyamakan jenayah agama mmereka sebagai sedekah menunjukkan betapa ceteknya agama mereka. Dan sekiranya mereka ini dipilih dan disaring oleh Anwar yang pernah menjadi Presiden ABIM , maka fahamilah bahwa Anwar tidak cermat dalam mengenalpasti barisan kepimpinan parti.
Anwar kini dipersimpangan dilema. Samada beliau terus dengan retorik politik dan terus membayangi BN atau beliau akur dengan kehendak rakyat dan menunggu 4 tahun lagi untuk cuba sekali lagi memenagi Malaysia melalui peti undi.
Dalam masa yang sama, tempoh itu perlu digunakan dengan bijak oleh Anwar untuk berbincang dengan rakan-rakan kongsi PR mengenai strategi dan pembahgian jawatan. Anwar harus sedar bahwa beliau kini bagaikan sebutir gula dan begitu banyak semut-semut yang mengerumni beliau. Ada diantara mereka yang cuba memasuki kedalam "inner circle" Anwar adalah "treasure hunters" yang hanya mementingkan periuk belanga mereka. They goes to the highest bidder.
Selain dari itu, Anwar harus sedar bahwa didalam perjalanan politik beliau,terutamanya pada masa beliau memegang jawatan Meneri Kewangan dahulu, beliau banyak dibimbing oleh mentor politik beliau yang kini menjadi salah satu musuh poltik beliau iaitu Tun M. Kejayaan beliau adalah atas nasihat dan kebijaksanaan Tun yang memang terkenal dengan sifat cermat dan kuat bekerja. Oleh itu, kewibaan Anwar sebagai pemimpin belum teruji sepenuhnya.
Kejayaan Anwar mengumpul PKR, DAPdan PAS dibawah satu bumbung adalah kerana persamaan mereka menentang "the common enemy" iaitu jentera politik BN. Seandainya BN tewas, perbedzaan idaelogo ketiga-tiga parti politik ini akan menjadi ujian gentir kepada kefahaman politik sejagat PR. Sehingga kni, PR masih belum lagi berdaftar sebagai satu pertubuha politik yang sah. Ini menunjukkan bahwa permuafakatan PR adalah bersifat sementara dan apabila BN tumbang, permuafakatan PR akan juga berkecai dimana mereka akan masing-masing berlumba-lumba mengisi ruang kosong yang ditinggalkan BN.
Justeru itu, cara paling baik bagi Anwar ialah untuk terus berada dipihak pembangkang dan mengemas jentera PR, mendaftar PR sebagai satu parti gabungan PKR, DAP, PAS tanpa terlalu beriya-iya mengejar sokongan ahli-ahli parlimen BN atau bermanis muka dengan PPP mahupun Gerakan. PR perlu membuktikan bahwa mereka boleh mentadbir negeri-negeri Kedah, Penang, Perak, Selangor dengan baik sebelum memikirkan cara untuk mentadbir Malaysia.
Buat masa ini, Selangor bermenteri besarkan PKR lebih bersifat vengenceful dan lebih gemar mencari kesalahan lampau BN dan dalam masa yang sama mendedahkan keaiban pemimpim PKR dalam kes Eli Wong. Dan hingga kini, pemimpin PKR yang beragama Islam itu masih belum dapat dijejaki Polis.
Penang yang bertimbalan ketua menterikan PKR juga nampak kurang bersinar. PKR di Penang lebih gemar bermain politik dalaman dari berkhidmat untuk rakyat. Dan kerajaan PR Perak tersungkur kerana pengkhianatan ADUN dari PKR. Oleh itu, sebelum Anwar ingin maju lebih jauh jehadapan, adalah lebih baik bagi beliau memperkuatkan saf kepimpinan PKR yang sekarang merupakan komponen bermasaalah dalam gandingan PR.
Anwar kini dalam persimpangan dilema. Anwar tidak lagi boleh bersandarkan retorik pembangkang atau retorik era zaman mahasiswa...kerana
Melayu mudah lupa - Mahathir Mohamed
BN masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan. Kekalahan Mac 2008 telah menhentak BN dari terus dibuai mimpi...kini BN harus kembali kepada asas tertubuhnya BN iaitu untuk memberi peluang dan ruang kepada semua bangsa dan keturunan di Malaysia. Peluang yang sebegitu banyak yang diberi kepada kaum-kaum perlu diperkemaskan dan diperingatkan.
Keturunan Melayu perlu didedahkan kepada kejayaan Halim Saat, Bukhari, Tajuddin Ramli dan lain-lain dimana ada diantara mereka yang telah mengagalkan DEB kerana terlalu mabuk dengan "kejayaan" mereka hingga lupa untuk membantu yang lain untuk sama-sama naik.
Keturunan Cina mempunyai Lim Goh Tong, Vincent Tan, Yeoh Tiong Lay sementara keturunan India mempunya Ananda Krisnan dan Sabah/Sarawak pula Ting. Secara puratanya, tiada keturunan yang ketinggalan dalam diberi "bantuan" dan "kelonggaran" dari BN. Pendekatan
Rakyat di dahulukan, prestasi di utamakan - Najib Tun Razak
Anwar atau Najib tidak penting. Yang penting ialah keselesaan rakyat. Kini rakyat menunggu dan menilai, antara BN dan PR, yang mana intan yang mana kaca...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
2 comments:
Nightcaller,
Do apologise if I have misuderstood your message in this topic. Anwar has his right to pursue his dream. If there are plenty leaders who are much older than he's & much more active, don't think it's an issue for Anwar.
However, I have to agree PKR need lots of work to do. PKR needs a team of trusted lieutenants who know their role well. I am sorry to say this. Anwar needs what LKY has fortunately 40 years ago. Perhaps, some of them are good. But how about 2nd tier of leaders.......Anwar need people like Abdul Rahim Ishak......Lotsa of them.......
PKR is still a young party. Hence, I have propose in Dango Mamamat & MSK blog, let DAP move in with PKR Perak do some consolidation & strengthening works...
To be discussed later.......
looes74
By the way, I love Philips' slogan. Sense & Simplicity. It can even be used in politics
Looes74
Interpretation is subject to individuals. I have no problem with that :)
Yes, Anwar has the right to pursue his dreams but at the same time he should not feel that the PMship should be inherited to him.
On his lieutenants, some needs discipline. Being in opposition does not mean that u have to oppose everything. Being in opposition means that u are providing an alternative view and approach.
PKR is a young party and sometimes their sudden mercuric rise may makes the party workers complacent, not like PAS and DAP who have hardened party workers.
I will surely read mamamat and MSK blog, i need to search them out first, though...
Thks looes74
Post a Comment