Sunday, May 24, 2009

Rencah kehidupan : Pesta seks...kemana halatuju kita?



Dongeng ? Rekaan? Fantasi ? Apapun persepsi yang dipilih, perkara ini memang berlaku di Pulau Perhentian, Terengganu. Jadi, kemanakah halatuju kita? Apakah kita inginkan budaya timur dengan pegangan agama yang kuat atau mengatasi budaya barat yang serba percuma?


Akhbar STAR keluaran 19hb May 2009 telah memuatkan satu berita yang memeranjatkan. Suratkhabar tersebut melapurkan bahwa satu pesta seks rambang tekah diadakan di Pulau Perhentian baru-baru ini dimana pengunjungnya terdiri dari berbilang bangsa dan berbilang negara, termasuk rakyat Malaysia.

Yang memeranjatkan, pesta ini bukanlah kali pertama diadakan di Pulau tersebut! STAR melapurkan pesta yang diadakan pada 10hb Mei yang lepas adalah kali kedua diadakan dengan tema “Come bare under the moonlight’’. Pesta kali pertama telah diadakan pada 3hb Mei 2009 dengan tema “Buffalo Bars Pink Lady”.

Pesta kali kedua telah dikesan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Besut (MDB) yang telah menyerbu pesta tersebut dan juga telah membuat lapuran Polis. Apa yang menyedihkan ialah pesta tersebut dirancang oleh warganegara Malaysia berumur 31 tahun dari Kedah, dibantu oleh teman wanita beliau dari Ireland yang menggunakan rangkaian "facebook" untuk mengiklankan pesta tersebut.

Polis sedang menyiasat kegiatan pasangan ini dimana dipercayai mereka juga telah mengadakan pesta yang sama di Langkawi dan Port Dickson.

Tidak cukup dengan itu, blog Free for view telah memuatkan dalam blog beliau mengenai kegiatan ini dimana seorang wartawan Metro Ahad telah berjaya menyusup masuk ke pesta serupa di Pulau Perhentian pada 19hb April 2009. Kali ini, penganjurnya adalah sebuah syarikat tempatan berlatarbelakangkan industri hiburan. Wartawan tersebut juga melapurkan bahwa pesta seumpamanya sedang dirancang akan diadakan di Pulau Tioman sekitar pertengahan Jun ini.

Harus diingat beberapa hari selepas pesta seks bebas yang diadakan pada 19hb April itu, sekumpulan aktibis alam sekitar telah mengadakan program mereka di Pulau yang sama pada 24hb April dimana mereka telah mengutip dan membuang sampah sarap laut dalam usaha mereka untuk menjaga kecantikan unik Pulau tersebut. Apa akan berlaku sekiranya "pertembungan" berlaku diantara pencinta pesta seks bebas dengan pencinta alam? Tidakkah ini akan memalukan lagi penduduk setempat?

Persoalannya sekarang ialah kemanakah halatuju umat Islam? Didalam susupan wartawan tersebut, beliau menyatakan terdapat ramai dari kalangan Melayu (yang beragama Islam?) yang urut sama hadir dalam pesta berkenaan. Apakah kebebasan meminum arak diselangi dengan dadah dari berbagai jenis dan diuliti dengan teman bukan muhrim telah menjadi satu kebiasaan? Apakah kesannya terhadap muda mudi pulau tersebut? Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak kecil di Pulau tersebut apabila didedahkan dengan ketidaksompanan dan ketidak beradaban pelakun-pelakun pesta seks bebas itu?

Ini bukan lagi soal dia - dia, aku - aku. Ini sudah menjadi masaalah masyarakat. Masyarakat perlu bertindak cepat terhadap gejala songsang ini.

Ketika dunia sedang diancam selsema khinzir, yang dilunakkan dengan nama saintifiknya H1N1, kita di Malaysia ditambah ancamannya dengan meningitis dan leptospirosis. Tidakkah ini musibah yang diturunkan oleh yang maha Esa untuk memperingatkan kita supaya kembali kejalanNya? Musibah yang diturunkan tidak akan mengenali siapa yang beramal atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab penganut Islam untuk mengajak pada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, gejala sosial dan pesta seks rambang ini tidak harus berlaku. Kegagalan pihak berkuasa adalah kegagalan semua. Rakyat Malaysia gagal untuk mengekang gejala sosial baru ini. Sekiranya ia dibiarkan, keruntuhan akhlak akan terus berleluasa dan menghancurkan insitusi kekeluargaan bukan saja penganut Islam di Malaysia tetapi juga penganut-penganut lain. Lebih buruk, sekiranya gejala ini tidak dibanteras dari awal, ia akan meletakkan Malaysia dalam peta dunia sebagai satu lagi destinasi pelancongan seks. Apakah rakyat Malaysia tidak merasa malu sekiranya Malaysia diletak setara dengan negara-negara barat dalam penamalan pesta seks bebas?

Penganjur yang ditangkap di Besut baru-baru ini perlu didedahklan dan dimalukan secukupnya. Muka mereka perlu ditayangkan disemua media termasuk TV, suratkhabar, internet dan media masa lain sebagai pengajaran kepada penganjur-penganjur pesta seumpama itu supaya menghentikan penganjuran pesta berbaur seks bebas dengan sajian minuman arak dan dadah. Perbuatan mereka bukan saja menghina agama Islam yang merupakan agama resmi Malaysia tetapi juga telah menjatuhkan maruah penduduk sekitar Pulau Perhentian. Bukan itu saja, pengusaha chalet yang bersubahat, pemilik tanah dimana pesta tersebut diadakan juga perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam hal ini, kerajaan perlu bertegas dan tidak berkompromi lagi. Bagi pendapat penulis, mereka yang terlibat dalam penganjuran pesta ini mesti disumbatkan ke Kemunting dibawah tahanan ISA kerana merekalah penjenayah bangsa Malaysia dan penjenayah terhadap agama Islam.

Sekiranya perlu, kerajaan perlu mengerakkan tentera dan polis untuk memantau pulau-pulau peranginan yang dijadikan sasaran untuk penganjuran pesta seks bebas ini. Sekiranya ia tidak dilaksanakan, penganjur-penganur akan "naik syeikh" untuk mengadakan banyak lagi pesta-pesta sedemikian kerana pulangan yang tinggi.

Sambutan menjelang tahun 2009 telah dinodai dengan penangkapan beberapa selebriti ketika menyambut tahun baru. Apa terjadi kepada mereka? Apakah mereka sudah dibicarakan? Dan apakah nasib selebriti berkenaan? Adakah mereka diambil tindakan oleh majikan masing-masing?

Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama untuk sama-sama bangkit membenteras gejala yang akan merosakkan generasi masa depan dan anak-anak kita. Ini bukan lagi masa untuk beretorik politik tetapi masa untuk bergabung tenaga bagi membuktikan Malaysia boleh - Malaysia boleh membenteras pesta seks rambang dan dadah.

Sekiranya bukan kita, siapa?, sekiranya bukan sekarang, bila? sekiranya bukan disini, dimana?

Sehingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada

4 comments:

Fi-sha said...

Kehdapan Encik Dnightcaller

Berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan pihak tertentu untuk projek pelancongan, saya dapati:-

1. Hampir keseluruhan projek dimiliki oleh meraka yang ada 'fibre optic cable' dengan kementerian tertentu i.e. very politically connected

2. Hampir kesemua pemilik projek adalah 'mat salleh' celup, yang mengamalkan cara hidup barat yang bebas

3. Atas dasar meningkatkan prestasi jualan projek, mereka menumpukan usaha untuk menarik pelancong asing yang mampu berbelanja besar.

Hairan dan ajaib apa bila mereka mengambil langkah membaratkan serba serbi di pulau-pulau indah ini dari segi cara hidup. Sehinggakan, orang tempatan sendiri mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual arak dan menawarkan khidmat seks.

Jadi, ini semua berbalik kepada tuan punya projek itu sendiri dan pihak tertentu yang meluluskannya.

Sepatut, apa jua projek pelancongan harus dipantau dari segi kesan ke atas sosio-ekonomi kawasan tersebut disambil memastikan ekosistem terpelihara.

Sekali lagi, saya bersetuju dengan pandangan pihak Tuan untuk kita sama sama membanteras gejala sosial di negara kita.

Namun, dalam situasi hari ini,seseorang akan menyokong satu platform politik yang berteraskan kepercayaan agama dan tata hidup mereka. Hanya dengan pendekatan sedemikian, suara mereka untuk menyusuri jalan hidup yang lebih baik dan teratur dapat diperjuangkan oleh mereka yang mampu membawa perubahan.

Kalaulah saya mampu merubah politik itu menjadi lebih suci - bukan strategi untuk kalah menang - tetapi untuk mencorak kehidupan masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dari segi rohani dan jasmani.

nightcaller said...

Fi-sha

Aik, pegawai bank pun berurusan dengan projek perlancongan. Bagus, bagus...

1. Pada pandangan saya pula, tak banyak projek2 berteraskan perlancongan di pulau2 mempunyai kabel politik. Ini berdasarkan pada pandangan bahwa kebanyakkan dari pengurusan chalet tersebut dijalankan dengan cara kecil2an dan merupakan penurunan warisan dari ayah ke anak dan seterusnya. Memang ada segelintir yang mengusahakan chalet mempunyai kabel tetapi taklah sampai keperingkat tertinggi kecuali mungkin outfit yang dipelopori oleh keluarga "bow-tie man" dari kedah yang pernah menjadi menteri perlancongan dulu.

2. Nak kata "mat salleh celup" tu tak juga lebih-lebih lagi dichalet2 yang "family oriented" kerana mereka lebih mengutamakan keselesaan keluarga bersama anak2 kecil dari chalet "A" type yang lebih mengamit backpackers.

3. Pelancong berbelanja besar lebih menumpukan pada resort yang ada saperti Perhentian Island Resort, Berjaya resorts dan sebagainya. Takkanlah orang kaya nak duduk dalam chalet kecil tanpa bath tub mahupun hot water tanpa room service 24 jam.

Dari segi salesmanship, pengusaha tersebut menyediakan minuman keras yang sepatutnya diperuntukkan kepada pelancong asing. Kenapa pula ianya dijual dan disediakan kepada warga tempatan termasuk mereka yang beragama Islam? Dimana letaknya implementasi? Atau sekurang-kurangnya letak papan tanda "Minuman keras tidak dijual kepada penganut Islam"?

Khidmat seks? Kenapa ia berlaku? Kerana terdapat bapa-bapa ayam dan promoter yang mengwar-warkan perkhidmatan tersebut...dan sekiranya ada, tidakkah pengusaha chalet yang mengaku beragama Islam berpeluk tubuh saja? Dimana perinya pegawai2 dari majlis agama Islam? Tak kerja ke?

Jad kita kembali kepada keberkesanan permantauan. Dimana pemantaunya? Dimana garis panduannya? Dimana do's and don't nya?

Sesiapa pun berhak untuk berjuang atas mana-mana platform politik yang difikirkan sesuai dan sejiwa dengan hati mereka. Tetapi apabila berdepan dengan masaalah yang melibatkan akidah dan agama, kenapa mereka tidak sepakat atas satu kalimah? Sekiranya mereka dari fahaman politik berlainan boleh bergabung untuk menyatakan kekesalan mereka terhadap tindak tandukkerajaan Sri Lanka disini http://www.malaysiakini.com/news/104987 kenapa kita tidak dapat bersepakat dalam hal ini? Kita lebih teruja untuk menyatakan kekesalan kita terhadap pencerobohan Israel terhadap Gaza tetapi kita sunyi sepi apabila adab timur dan akidah kita dipermainkan dan diperlekehkan di pusat2 peranginan ini. Dimana Pewaris yang begitu berdegar2 mengeluarkan fatwa bahwa ISA itu halal tetapi sunyi apabila anak2 muda Islam kita terjebak dalam aktibiti unislamic?

Saya pasti gabungan ABIM, GPMS, AMK, pemuda UMNO, pemuda PAS bolh memainkan peranan yang berkesan disini...terutamanya pemuda UMNO. Kenapa saya kata demikian? Kerana ketua pemuda UMNO tidak menjawat jawatan dalam kabinet Najib maka dia mempunyai "kebebasan" untuk memperjuangkan masaalah sosial ini tanpa di"ikat" dengan ketetapan kabinet. Peranan ini sama saperti di zaman pre_anwar ibrahim dimana ketua pemuda UMNO menjalankan tugas "watch dog" dalam hal-hal sosial yang melibatkan remaja Islam. Organisasi2 ini boleh bernaung dibawah oanji Islam untuk sama sama menaikkan martabat Islam dan mendekati golongan muda Islam.

Kalau bukan kita, siapa, Kalau bukan sekarang, bila. Kalau bukan Islam, apa?

Fi-sha said...

Dear Sir

Kalau bukan kita, siapa? Emm, mereka dan keluarga mereka?

The main problem we have now is the loose family relationship. Nobody cares, nobody dares.

It's not an easy task to influence the youths as most of the time, they are the ones turning us away.

But, perhaps, we could just be more understanding with them - what were we doing at their age?

Thanks for the response.

nightcaller said...

Me? At their age? Trendsetter of sorts...

To understand them, u need to befriend them and gain their trust...

It is a long and tedious process and sometimes you "received" that look from society who thinks that u and them are one and same flock.

For starters, maybe the many "live" shows that we have such as Jangan tidur lagi, Hujah, Remaja, and the such goes outdoor and meet them, interview them (with scrambled face, of course). It will be exclusive, something that will jolt reality senses in all those politicians...and imams. Then, maybe they will realise that they have failed in their duties to safeguard our young society from falling into the pits...