Wednesday, April 07, 2010

Najib sanggup dukung biawak hidup...

  1. Ketika bersantai sambil mendengar berita TV3, Najib meminta BN untuk menerima siapa saja calun yang bakal diumumkan BN dalam PRK P94 nanti. Najib juga mengingatkan supaya hentikan bebel, mulut laser dan beliau mengakhiri kata-kata dengan "saya kenal siapa yang mulut laser. Saya dah 35 tahun dalam politik".
  2. Apa dah jadi? Malaysiakini melapurkan "Najib : Jangan bangkit siapa calun BN". Malaysiakini juga melapurkan "Akar umbi: MIC Ya, Palanivel tidak". Tinjauan rambang saya di Kuala Kubu Bharu, Ulu Kalung, Batang Kali menggambarkan pengundi Melayu dalam kawasan P94 kurang senang jika BN meletakkan calun bukan-Melayu dalam PRK akan datang.
  3. Nampaknya Najib sanggup mendukung biawak hidup dalam PRK P94 nanti. Akar umbi sudah mengnyahkan Palanivel, UMNO sudah bergendang menolak MIC tetapi Najib terpaksa menurut kuota dan menjaga hati MIC.
  4. Apakah Najib lupa bahwa Palanivel sudah 4 penggal di P94? Apakah Najib terpaksa mencalunkan Palanivel hanya kerana Palanivel timbalan Presiden MIC? Apakah Najib perlu memenangkan Palanivel di P94 untuk membuka laluan Samy Vellu berundur dari persadaa MIC?
  5. Bagaimana pula dengan tarik tali antara Najib dan Muhyiddin? Najib kata Muhyiddin akan mengistiharkan calun BN. Muhyiddin kata calun BN akan ditentukan Najib. Apakah Muhyiddin hanya jurucakap Najib? Apa perlunya Najib melawat Hulu Selangor pada 3hb April 2010? Apakah Najib memecah tradisi dimana PM akan turun padang untuk PRK? Apa ke hal ni?
  6. Siapakah biawak kali ini? Palanivel? MIC? Atau apakah Najib memberi peringatan kepada Muhyiddin tentang "mulut laser"?
  7. Najib tidak mempunyai banyak pilihan. Mencalunkan bukan-India di P94 akan menimbulkan "kemurkaan" Samy Vellu an MIC. Najib berpegang kepada 1Malaysia dan menamakan calun Melayu akan mencerminkan ketidak 1 Malaysia-an beliau.
  8. Mencalunkan India di P94 akan memberi uang untuk Perkasa meletakkan calun bebas disitu untuk meraih undi Melayu. Dan jika Perkasa meletakkan calun Melayu, kemungkinan besar BN dan PR akan mengigit jari di P 94.
  9. Mungkinkah Samy Vellu akan menjadi biawak hidup untuk Najib? Andainya calun MIC menang, Samy Vellu gembira dan andainya Palanivel kalah, Samy Vellu berpesta. Dua-duaanya Samy Vellu menang, dan dua-duanya menyakitkan Najib.
  10. Kenapalah Najib sanggup mendukung biawak kali ini? Najib, najib...telan mati emak, luah mati bapak....

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

2 comments:

ahoo said...

Yeah! This is a catch 22 situation. It is like jumping out of frying pan but into the fire !

Oh yes, in the coming buy-election as with others to date, many things will be promised. We have heard enough and let the politicians not just talked and talk but live up to its promises. We are still waiting for the many promises of 308 to be fulfilled.

nightcaller said...

Ahoo

"Promises are made to be broken". For BN, unfulfilled promises are normal - as long as they can get the votes in.