- Jerat yang dipasang BN tidak menjadi. Kini BN mengelabah...Apa tidaknya, setelah begitu beriya-iya menyerang karektor calun pembagkang, BN mula mengendur dalam isu tersebut apabila KJ mengarahkan pemuda BN menurunkan papantanda, poster dan bunting yang bertujuan mengaibkan pihak lawan.
- Dalam masa yang sama, PR pula menyerang balas dengan menyiarkan beberapa gambar menteri kabinet dan juga bekas PM yang terang-terangan terlibat sama dalam masaalah yang sama. Bedzanya, calun PR telah mengaku meninggalkan perbuatan tersebut tetapi perkara yang sama tidak diulangi oleh menteri-menteri berkenaan.
- Inilah akibatnya apabila satu pihak mengambil langkah aggresif untuk menyerang karektor lawan kerana ia akan mengundang tindakbalas yang lebih hebat dari pihak yang satu lagi.
- Ada pihak-pihak yang menunding jari kepada PR kerana dituduh menyerang karektor calun BN di Penang. Tetapi sebenarnya ada perbedzaan yang ketara diantara karektor calun PR Hulu Selangor dan bekas calun BN di Penang. Di Penang, bekas calun tersebut telah mengamalkan poligami tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih dari itu, calun tersebut tidak mengaku bahwa beliau mengahwini gadis tersebut. Ini adalah sifat tidak bertanggungjawab! Sekiranya beliau boleh tidak bertanggungjawab salam hal rumahtangga, bagaimana rakyat boleh menaruh kepercayaan kepada beliau untuk bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai wakil rakyat?
- Sebagaimana hari-hari terdahulu, sekali lagi taktik sama iaitu pengisytiharan keluar parti berlaku lagi. Tetapi, kali ini ahli PR yang keluar parti tidaklah sehebat atau segah Halili.
- Rata-rata kempen di Hulu Selangor hari ini lebih aman dan lebih teratur. Walaupun begitu, Ng Yen Yen mencuri perhatian apabila masyarakat Bukit Koman berjaya bersemuka dengan beliau atas isu Cynide di lombong emas Bukit Koman.
- Kali ini Ng Yen Yen terpaksa berdepan dengan aktivis Bukit Koman dan dalam perbincangan tersebut, Ng Yen Yen dilapurkan oleh Malaysiakini sebagai berkata
“We are Chinese! The Chinese must support MCA. You saw how they bullied me just now,” Ng Yen Yen
- Apa ke hal ni? Mestikah keturunan Cina menyokong MCA? Ng Yen Yen belajar dimana keperluan ini? Kalau benar apa yang dilapurkan, apa bedzanya Ng Yen Yen dengan Ibrahim Ali? atau Noh Omar? Kalau Ng Yen Yen berkata demikian, maka apa perlunya MCA bergabung dengan UMNO,,MIC, PPP, Gerakan? Adalah lebih baik bagi MCA bergerak bersendirian dengan sikap perkauman Ng Yen Yen...
- Anehnya UMNO membenarkan MP bebas Ibrahim Ali untuk menggunakan pentas politik untuk berkempen untuk BN. Apa dah jadi? Apakah BN ketandusan pemidato? Apakah BN mengiktiraf perjuangan dan pendekatan Perkasa? Ibrahim Ali boleh menafikan tetapi kehadiran beliau akan dilihat sebagai kehadiran pemimpin Perkasa....
- Di Kuala Lumpur, Nazri Aziz bagaikan cacing kepanasan. Mungkin kerana Najib akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. Nazri telah mengubah cerita dan telah menyangkal kenyataan terdahulu beliau sendiri yang mengaitkan APCO melobi untuk mempertemukan Najib dan Obama di AS tempoh hari.
- Dengan melantik menteri bertarafkan Ng Yen Yen dan Nazri, sebenarnya jalan terbaik Najib ialah untuk terus berada diluar negara sehingga P94 selesai. Apa tidaknya, are these the best BN can offer? If these are the best, then BN has no business to run the country especially with ministers like Ng Yen Yen, Nazri, Rais Yatim and goofer number 1 - Muhyiddin Yassin.
- Tindak tanduk BN akhir akhir ini adalah lebih pada mengelabah tahap gaban. Harapkan cybertroopers, cybertroopers pun kaput. Harapkan menteri, menteri keluar kenyataan memakan diri. The question is - are these "slip ups" genuine or staged to conveniently ensure Kamalanathan lose the election? Sesuatu yang diimpikan oleh UMNO Hulu Selangor sejak 4 penggal yang lalu...
- PKR pun tidak kurang kecohnya. Walaupun pengisytiharan keluar boleh dikaitkan dengan PRK Hulu Selangor tetapi sebenarnya ia membuktikan bahwa PKR sebagai satu parti baru masih mencari-cari identiti. Pengisytiharan keluar ini seharusnya dipantau dari awal lagi.
- Tuduhan bahwa si anu atau si anu keluar parti kerana sebab-sebab komersial perlu diselidiki. Benar ke begitu? Atau ada sesuatu yang salah dalam kepimpinan tertinggi PKR?
- Sebenarnya PKR memang bernafsu besar. PKR merasakan bahwa sebagai parti yang meletakkan calun dalam PRK, PKR needs to take the lead. However, it has been proven that PKR do not have strong established political machinery like those of DAP and PAS. In the end, DAP and PAS has to step in to help out PKR in tackling the voters. Apa kata perpatah Melayu? Hajat dihati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai...
- Hari hari mendatang akan menjadi lebih panas apabila Najib sendiri akan turun padang ke Hulu Selangor. Kali ini, sekali lagi Halili dan rakan rakan bekas PKR akan dijaja for maximum political mileage. Mungkin juga Ezam akan sekali lagi diberi peranan cameo appearance sebagai pak pacak kelas satu!
- Najib akan menggunakan Hulu Selangor untuk mengumumkan strategi pakej bantuan Maika untuk memenangi hati keturunan India, berjanji akan menyelesaikan masaalah NCR orang asli, mengumpan keturunan Cina dengan penyelesaian Rawang high tension project, Bukit Koman gold mine dan top-up dengan isu SRJK Cina. Untuk mereka yang berketurunan Melayu? Najib tahu beliau tidak perlu mengula-gulakan Melayu...kerana Melayu begitu mudah dicucuk hidungnya oleh UMNO.
- Mungkin juga BN akan menggunakan pentas Najib untuk memperagakan model-model ex-PKR saperti Zul Nordin, Zahrain, Halili, Ezam dengan penampilan khas Ibrahim Ali. Wah! Itu akan pasti mengamatkan suasana....
- BN dan PR masih belum menghidu siapa yang akan memenangi kerusi P94. Hari Khamis dan Jumaat akan menjadi malam-malam penentu dan penunjuk arah siapa yang mempunyai peluang untuk memenagi P94. Wallahualam.
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
22 hours ago
3 comments:
Salam perjuangan utk ahli kita Zaid Ibrahim semoga menang besar di Hulu Selongor. With compliments from, Penang Turf Club,Perak Turf Club, Selangor Turf Club and Singapore Turf Club.
Salam perjuangan untuk ahli kita En. Kamal. With compliment from Carlsberg, San Miguel, Sport Toto, Genting Berhad and Magnum
Anon
U cover both horses and bottling plants :)
But may I take this opportunity to lower down the comments on horses because someone else other than Zaid has Arabian horses and he is an avid horse-rider, representing malaysia in international meet...:)
And Tun M is also a horse owner...does that make them gamblers too?
As for our En Kamal, the compliments are many but are you implying the same to our Bapa Kemerdekaan? Talking about Genting and Magnum, are you relating it to our 1MPM6's and one of our minister's grandfather?
My point? Do not dig up peoples' dirt... what good that it make? It is much easier to be seen clean than to be caught cleaning :)
Post a Comment