Friday, April 09, 2010

P94: Malam masih panjang...

LATEST : Another by-election? This time Sibu P212 parliamentary seat...

  1. Untuk PRK P94 Hulu Selangor, proses penamaan calun akan diadakan pada 17hb April dan sekiranya ada pertandingan, hari mengundi telah ditetapkan pada 25hb April 2010. Pendek kata, masih terlalu awal untuk menyingkap "mood" pengundi dan kearah mana kecenderongan mereka kali ini.
  2. Walaupun demikian, BN dan PR sudah mula mengorak langkah dan mengerakkan jentera parti masing-masing meredah hutan, mengharung sungai, mendaki bukit dengan senyuman dalam usaha mereka untuk menambat hati pengundi berserta dengan taburan janji-janji manis yang sinonim dengan PRK.
  3. Terkini, Malaysian Insider mengeluarkan artikel bertajuk Hulu Selangor Barisan's to lose yang antara lain menggambarkan kedudukan selesa BN untuk menawan kembali P94 dari tangan PR dengan menyiarkan pengakuan PR bahwa PR menghadapi kesukaran untuk mengekalkan P94.
  4. Sahabat saya Sakmongkol AK47 membuat penganalisaan awal Siapa menang di Hulu Selangor dan saya bersetuju dengan pendapat beliau bahwa sebenarnya BN sedang berhadapan dengan masaalah dalam pemilihan calun kali ini.
  5. Katalah apa pun, sebenarnya P94 mempunyai demographi yang unik dan ini memerlukan seorang calun Melayu tempatan sekiranya parti yang bertanding (atau bebas) ingin menang.
  6. PRK memberi lebih peluang dan ruang untuk calun tempatan menyerlah dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada pengundi. Masaalahnya, ramai yang ingin bersuluh walaupun sudah terang dan nyata. Mungkinkah mereka tidak menyelami posting-posting terdahulu Najib sanggup dukung biawak hidup, Of 1MPM6 : Carroting the public sector to support GST..., P94 Hulu Selangor : First thoughts...sure no go.
  7. Masaalah terbesar yang berhadapan dengan BN ialah kenyataan Najib bahwa calun BN untuk P94 akan datang dari MIC. Samy Vellu beriya-iya mahu meletakkan dan mengekalkan Palanivel sebagai calun walaupun mendapat tentangan dari UMNO dan akar umbi. Apakah cara untuk BN keluar dari kemelut ini? Senang saja...caranya begini :-
    • MIC dengan cara baik dan "demi kepentingan bersama BN" memberi laluan BN meletakkan calun dari UMNO. Ini akan menyelamatkan "maruah" Najib dengan MIC "mengorbankan" Palanivel" dan dalam masa yang sama membuka peluang untuk BN merampas P94 kembali;
    • MIC mengenepikan Palanivel dan memilih ahli MIC yang berketurunan India tempatan tetapi beragama Islam sebagai calun. Walaupun calunnya masih dari MIC tetapi peluang untuk BN akan menjadi lebih cerah kerana MIC memilih calun yang "lebih dekat dihati" dengan majoriti pengundi P94. Ini juga memerlukan "pengorbanan" Palanivel dan menyukarkan jalan beliau untuk mengambilalih tampuk Presiden MIC nanti;
    • membiarkan MIC untk bertanding atas tiket BN tetapi dalam masa yang sama UMNO "membenarkan" calun Melayu tempatan dari PERKASA untuk bertanding atas tiket bebas. Cara ini akan memecah undian Melayu dan memungkinkan calun BN memenangi PRK tersebut;
  8. Begitu juga dengan PR. Desus-desus untuk mencalunkan Zaid Ibrahim sebagai calun perlu diketepikan sekiranya PR benar-benar ingin memenangi P94. Pengamatan ini berteraskan kemungkinan berikut :-
    • BN mungkin "mengumpan" dengan membuat kenyataan terbuka bahwa calun mereka akan datang dari MIC. Tatkala PR termakan umpan tersebut (kerana PR dijangka akan mengistiharkan calun mereka pada 13hb April), BN akan menyentak dengan menamakan calun mereka (yang dijangka akan diistiharkan pada 15hb April) dari UMNO. Ketika itu, hampir pasti P94 akan ditawan balik oleh BN;
    • BN membiarkan PR menamakan calun PR dahulu. Kemudian BN akan menamakan calun tempatan dari MIC dan BN akan memainkan sentimen "tempatan" untuk meraih undi dan menggambarkan PR sebagai parti yang ketandusan pemimpin sehingga terpaksa memilih calun "payung terjun" sebagai calun;
  9. Untuk masa ini, cukup lah setakat ini. Apapun, malam masih panjang dan 17hb April masih seminggu lagi. Conggak politik masih berjalan dan coretan ini hanya sekadar membuka pemikiran tentang realiti PRK P94.
  10. BN harus berani berubah dan keluar dari pemikiran sempit yang berlandaskan sensitiviti parti komponen.
  11. PR pula harus lebih praktikal dan turun ke bumi nyata bahwa faktor tempatan masih lagi memainkan pernan dalam menentukan kalah menang PRK P94.
  12. Secara jujur, pemanggil malam akan membuat kujungan hormat ke Kuala Kubu Bharu pada 17hb April ini sebagai pemerhati bebas. Apa kata, jom ke Kuala Kubu Bharu pada 17hb April untuk menikmati pemandangan indah di bawah pohon-pohon besar yang mengelilingi Jabatan Kerajaan disana?
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

5 comments:

Anonymous said...

Dnightcaller,
The Election Result would be pretty close. Nobody dare to predict that who would win. However, with "Apco Umno" issue props up, it might tilt the balance towards Pakatan Rakyat
The signs are there.....Read this

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/59281

Finally DAP got the chance to stand for election. Hahaha! PKR can forget about standing as that joker win 812 votes last time. This time, Would Pakatan Rakyat do a "KT" in Sibu.
By the way, I got to reiterate that Hadi Awang must do something on PAS Sarawak folks.....This piece of news ain't good

http://audie61.wordpress.com/2010/04/09/pas-sarawak-26-seats/

Seriously if Dango Mamamat can't tell DAP Perak not to fill any melayu candidates in Perak during GE13 or even GE14, I should return the favour by telling that PAS should even forget about fielding candidates more than 5. The last time, PAS lost miserably. Better still stand under PKR banner.
Sarawakian are very teritorial & extremely secular. There is no state religion in East Malaysia. In Sarawak where most of them are non moslems, PAS better keep your credential low.
Better still, take care of Kedah, Terengganu or even Kelantan

Dnightcaller,
My hope that PKR (Hulu Selangor) & DAP (Sibu) would win. Better still, seeing Wong Ho Leng & Zaid Ibrahim coming into Malaysia parliament

nightcaller said...

Looes74

It will be close if both BN and PR play their cards right. I would say that the party which do not follow my outline will lose the by-election. The sentiments on the ground is there.

As for Sibu, honestly I will give the seat to DAP as they have a better chance and also they have been physically there for years.

On the last issue, I could not get ur drift :(. DAP Perak may have some credible Malay candidates there who can stand in GE 13/14. Who know, we might even have a Malay DAP MB in Perak!

PR lost 3 parliamentary voice due to Tan, Zahrain and Zul. Let's hope that they can regain 1 by winning Sibu.

BTW, do take time and visit the quaint town of Kuala Kubu Bharu. Make it this 17th April and join the crowd...:)

Anonymous said...

Dnightcaller,
You are coming to KKB??? My apologies for the DAP Perak thingy, I was directed at Dango Mamamat. Ok, never met him but he seems to be a nice guy.
PKR lost 4 actually. Mohsin, remember....I do hope that PR would win Hulu Selangor as well as Sibu.
Actually, Dr Halili can be as good. He's a neurosurgeon but his connection with Salehuddin...Hmm....PKR got to be very carefully of their selection.

Dnightcaller,
Don't be surprised if Wee Choo Keong were to throw a bomb shell on the April 24th or perhaps, April 16th to spite

nightcaller said...

Looes74

Yes, I shall be in KKB on 17th April, God willing. Mohsin is state rep so the effect is not as much as the three...:)

Dr Halili is a good neurosurgeon and he is one of the few who joins PKR during the early days.

Wee CK? As for him, I think he will toe the line. His grudge is more against Lim KS than with Anwar...

I too hope that PR retain Hulu Selangor and wins Sibu. That will give BN shivers knowing that Sarawak state election is around the corner.

Goldman said...

We're a gold dealer.

Anyone genuinely interested to buy pure cast 999.9 gold bar , PAMP Suisse brand ( our specialty brand ) 100 gm with certificate or other types of gold , platinum custom order etc. etc. are welcome to contact us goldman999.9@hotmail.com.

Special offer, COD is available for Lady Fortuna 10 grammes. Current price is RM 1280.

Internationally recognised. Instant rebate off RM 1000 to RM 1500 for each bar compared to other dealers.

Simple as that and better than usual.

Best buy back offer.

Make a smart and secured purchase.


Thank you.