Sunday, April 18, 2010

P94: Untuk BN, permulaan yang terdesak...

PRK P94 Hulu Selangor kali ini melibatkan empat calun iaitu Kamalanathan dari BN-MIC, Zaid Ibrahim dari PR-PKR, V. Chandran dari Bebas-MIC dan Johan Md Diah dari Bebas-UMNO. Mereka berempat mempunyai tempoh sehingga 24hb April untuk memenangi hati pengundi dan mempengaruhi undian mereka pada 25hb April nanti.

Kali ini, sekali lagi BN berada didalam keadaan terdesak dan hampir nazak apabila 2 calun bebas yang menghantar pencalunan mereka merupakan ahli parti komponen BN. Ini sedikit sebanyak akan memecah undi BN. Sejauh mana Chandran dan Johan dapat mempengaruhi pengundi akan menyaksikan samada BN berada dizon selesa atau tidak.

Buat masa ini, mari kita menilai kedudukan BN yang terdesak berpandukan kepada fakta-fakta berikut :-

  1. Calun bebas dari MIC - V. Chandran

    19% dari 63,593 atau 12,082 pengundi berdaftar terdiri dari keturunan India. Barang diingat bahwa Kamalanathan merupakan calun "kompromi". Meskipun Samy Vellu akhirnya bersetuju dengan cadangan Muhyiddin memilih Kamalanathan sebagai calun BN di Hulu Selangor, pemimpin pertengahan dan bawahan MIC belum tentu dapat menelan ego mereka yang begitu beriya-iya mempertahankan keputusan awal MIC yang bermati-matian mempertahankan hak mereka untuk menamakan Palanivel sebagai calun BN di P94.

    Lapuran awal menunjukkan4 cawangan MIC akan dibubarkan sementara pusat operasi MIC kelihatan lenggang. Bukan itu saja, kehadiran ahli MIC dihari pencalunan tidak menggambarkan bahwa MIC bersatu dalam isu pemilihan calun.

    Berdasarkan pemerhatian tersebut, faktor V Chandran mungkin akan menentukan siapa layak mewakili Hulu Selangor di Parlimen. Masih terlalu awal untuk menganggarkan penyokong setia V Chandran dan pastinya MIC serta UMNO akan bekerja keras untuk "memujuk" V Chandran menarik borang pencalunan dan seterusnya memberi sokongan "tidak berbelah bagi" kepada BN. Ia bergantung kepada berapa banyak "durian runtuh" yang akan diperolehi V Chandran...

  2. Calun bebas dari UMNO - Johan Md Diah

    Lebih dari 50 % pengundi P94 berketurunan Melayu. Walaupun Noh Omar, Khir Toyo memperjuangkan peluang untuk wakil dari UMNO dipilih sbagai calun, Najib dengan tegas berkehendakkan MIC menjadi calun. Maka terlukalah hati para pemimpin UMNO Selangor dan berkuburlah hasrat Mohamad Mohamad Taib dipilih sebagai calun BN di P94.

    Apakah UMNO Selangor akan terus berdiam diri? Apakah dengan memilih Kamalanathan dapat meredakan keresahan UMNO Selangor? Apatah lagi, calun MIC yang disokong UMNO Selangor ialah Murali tetapi cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh Samy Vellu dan pusat kepimpinan tertinggi MIC. Dimana UMNO Selangor nak menyembunyikan aib mereka?

    Kehadiran Johan Md Diah memberi nafas baru kepada UMNO. Seandainya Johan bijak mengatur langkah dan dibantu oleh Perkasa, tidak mustahil untuk Johan meraih undi protes dari pengudi tegar UMNO yang ingin mengajarpinan BN dan MIC ertikata "bertolakansur".

    Saperti juga V Chandran, ketahanan mental Johan akan diuji dengan pelbagai bentuk "durian runtuh" dari BN.Sekiranya Johan dapat bertahan sehingga 21hb April, tidak mustahil sekiranya Johan dapat meraih undi dalam sekitar 10,000.

    Sekiranya Ibrahim Ali, Zul Nordin dan Zahrain bergabung tenaga untuk membantu Johan di P94, tidak mustahil kalau P94 mencipta sejarah dimana calun bebas menang dalam PRK tersebut. Itupun kalau Johan Md Diah mempunyai pakej yang lengkap termasuk dana yang mencukupi untuk bersaing bersama BN dan PR.

  3. Calun sebenar BN - Kamalanathan

    Jelas sekali bahwa BN kali ini begitu terdesak sehinggakan terpaksa menongkah arus. Muhyiddin telah berjanji bahwa calun MIC akan dipilih dari pemimpin tempatan. Kamalanathan bukan orang tempatan Hulu Selangor. Apakah Muhyiddin sudah lupa pada kata-kata beliau? Apakah Muhyiddin fikir pengundi buta?

    Mungkin Kamalanathan tidur sebantal dengan Palanivel dan makan sedulang bersama Murali tetapi tidak mustahil untuk Palanivel dan Murali berkerja "kuat" untuk memenangkan calun lain. Najib dan Muhyiddin telah secara terang dan bersuluh menolak timbalan presiden MIC sebagai calun BN. Dimanakan maruah MIC, Samy Vellu, Palanivel, Murali? Apakah mereka sanggup menelan air liur dan bersetuju dangan tanggapan Najib dan Muhyiddin bahwa Palanivel tidak layak dipilih sebagai calun P94. Apakah BN memang benar-benar memberi hak samarata kepada parti komponen mereka atau UMNO mempunyai kelebihan hak dalam BN, sebagaimana UMNO melabelkan keturunan lain sebagai "pendatang", apakah BN juga beranggapan bahwa parti komponen lain sebagai "melukut ditepi gantang" dan hanya suara UMNO merupakan suara BN - parti komponen lain adalah sekadar pelakun cacak atau pelakun tambahan yang boleh dipulas telinga dan dizip mulut mereka?

    BN sekarang begitu bekerja keras untuk menonjolkan Kamalanathan sehingga sanggup menamakan beliau sebagai "Kamal" untuk mengabui mata pengundi Melayu. MSM juga begitu kuat mempromosikan Kamalanathan sebagai anak kelahiran Selangor yang ingin berjasa di Hulu Selangor. Apakah pengundi Hulu Selangor begitu senang untuk diperbudak-budakkan?


    3 faktor ini sudah cukup merungsingkan BN. Dalam keadaan yang terdesak ini, BN mula "buang batu, sembunyi tangan"apabila menyerang peribadi calun PR. Apakah pengundi HUlu Selangor akan "melepas anjing tersepit" bernama BN? Hari hari berikutnya akan memberi gambaran awal kemungkinan kekalahan BN...

    Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

6 comments:

Anonymous said...

DNC lu sudah silap
7 calon, 3 dari BN (1 melayu, 1 cina dan 1 india) bknnya 4

nightcaller said...

Anon...
macam mana BN boleh tawar 3 calun dengan 1 bayaran? Mungkin SPR dah silap...dan benarkan Kamal+alan+nathan=kamalanathan..:)

Dan bagaimana dengan Joe(India) +Han(Cina) =Johan (Melayu)?

Anonymous said...

esok ada lagi katak nak lompat.
aiseeeh aku benci dengan ubn

nightcaller said...

Anon 12:23

Jangan percaya 100 % kata Muhyiddin...

Dari mana lagi depa nak kaut duit taja katak? Jackpot Toto dan 4D pun dah kering, nak pakai myprocurement Pua dah block...kalau lagu nie...katak ni terjun dalam pasir jerus..tenggelam sendiri, tak dapat den nak tolong!

Anonymous said...

Nightcaller,
I am sorry that I can't make it to the nomination day as I am still in LA on the 17th of April.
I predicted correctly, Halili has dropped the bombshell in leaving PKR & joining UMNO. It seem Salehuddin is always there whenever there is PKR defection going on. Salehuddin seems to be a very dangerous

Nightcaller,
I am sorry to say this. Seems leftist non moslems have more integrity than malay moslems. We have Mohsin who left because of his debt. Zahrain too might be facing the same problem. We have Salehuddin leaving PKR because of ego issue
Comparing between Salehuddin & Dr Lee Siew Choh. Dr Lee is far better. He left with his entourage to form Barisan Sosialis. When PAP is in the minority, BS never join forces with parties such as PKMS to form a coaliation government. Barisan Sosialis, a communist, most likely a secularist, more principled....

Nightcaller,
I told you Anwar knew this when he decided to choose Zaid instead of Halili. What's the point of having friends such as Zahrain & now Halili, when they can do a Brutus anytime

nightcaller said...

Looes74

The writings are on the wall when Anwar opted to go for Zaid instead of falling back to Halili as PKR's candidate for P94. Yet, all is not lost yet, it just means that PR's machinery needs to double its efforts to retain P94.

What Halili did not inlude in his equation before pulling out of PR is his political experience at federal level. Granted that he was PKR's HUlu Selangor treasurer but on federal level, it is better to pave the way for Zaid to slought it out with the likes of Kinabatangan, Rembau, Buluh Gading and Pasir Salak.

What Halili should have done is to bide his time and enter the fray in GE13. That will be enough time for him to learn the finer ropes of politics.

PKR make a mistake of not naming him as Zaid's polling agent. If Anwar entrusted him with that, I doubt Halili will declare what he declared today.

I prefer to stay above the fray but this time, I have to make another exception and may need to go down Hulu Selangor and personally feel the ground.

Who else after this? Will BN regain their lost 2/3 majority. If they do, I will never forgive those who jumped ship when they use PR to cross the river...