Sunday, April 04, 2010

Zambry : Tunggu apa lagi...bubar DUN Perak!

  1. Kajian Ilham Centre menunjukkan BN akan menang dan akan membentuk kerajaan negeri sekiranya DUN Perak dibubarkan sekarang.
  2. Kajian ini berdasarkan pendapat rambang 1,031 penduduk berbilang kaum dari kawasan Kuala Sepetang. Nah! Dah kalau dikatakan BN mempunyai peluang cerah untuk mengungguli Perak, apa lagi yang ditunggu oleh Zambry? Bubar saja DUN Perak supaya pihak SPR dapat menguruskan pilihanraya negeri Perak.
  3. Apakah perlu pilihanraya ini? Jawapannya, sememangnya perlu kerana pilihanraya ini akan melenyapkan segala persoalan yang membelengu Perak sejak Februari 2009 mengenai siapa MB sebenar Perak.
  4. Walaupun mahkamah telah memutuskan Zambry sebagai MB Perak yang sah tetapi masih ada suara2 yang lantang mempersoalkan kehakiman tersebut. Suara2 ini mempunyai sebab dan alasan tersendiri mengapa Zambry tidak boleh dianggap sebagai MB Perak yang sah.
  5. Begitu juga dengan persoalan "duri dalam onak" - siapakah speaker sebenar Perak?
  6. Selain dari itu, pilihanraya ini akan menentukan status 3 ADUN bebas yang menjadi punca kemelut Perak.
  7. Zambry harus mengambil langkah bijak untuk membubarkan DUN Perak dan membuka jalan penyelesaian terbaik untuk kemelut Perak. Ia akan merongkai kekusutan yang sedia ada dengan :-
    • memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan parti mana yang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri Perak;
    • memberi peluang kepada ADUN bebas untuk memilih parti politik mereka dan memberi peluang untuk parti tersebut memilih mereka kembali untuk menjadi calun di kerusi2 yang pernah mereka menangi;
    • memberi peluang untuk membetulkan kekusutan yang ditimbulkan dari pergolakan tersebut dan memberi ruang untuk pihak istana mengambil jalan tengah dalam hal ini;
    • mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan sistem beraja Perak;
    • menyelesaikan masaalah perebutan kerusi speaker dewan;
    • memberi
    • peluang kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang berkhidmat untuk rakyat
  8. Dalam masa yang sama,lapuran mengambarkan bahwa populariti Najib meningkat kepada 68 % atas dasar-dasar kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan beliau. Zambry seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk menentukan siapa yang berhak memerintah negeri itu.
  9. Seandainya gambaran ini benar, Zambry harus mengambil peluang ini untuk terus menanam gagasan PR dari terus menjadi duri dalam daging. Kemenangan BN akan :-
    • mengurangkan kedudukan PR dalam persidangan DUN dan membolehkan Zambry menjalankan dasar2 BN;
    • menggunakan kebijaksanaan beliau untuk memastikan juara2 PR saperti Nizar, Ngeh, Nga, Siva kecundang dalam pilihanraya tersebut;
    • memberi peluang dan ruang untuk Zambry memperkecilkan lagi PR;
    • mejulang nama Zambry diperingkat nasional;
    • membenarkan tindakan istana sebagai tindakan betul, selari dengan kehendak rakyat Perak;
  10. Peluang kini berada didepan mata Zambry. Apakah Zambry anak jantan yang sanggup masuk kembali kegelanggang untuk memperbetulkan keadaan? Apakah Zambry berani untuk berdepan dengan PR demi menjaga maruah pihak istana Perak? Apakah Zambry sanggup untuk berhadapan dengan PR untuk menanam terus gagasan kepimpinan Nizar-Ngeh-Nga-Siva?
  11. Peluang ini juga akan membolehkan Zambry menghulurkan salam penerimaan keatas Hee-Jamaluddin-Radzhi kerana membantu BN mengambil-alih Perak. Apakah Zambry akan memberi kepercayaan kepada ketiga-tiga alhi bebas ini untuk terus bertanding dikawasan masing-masing?
  12. Kita tunggu dan lihat. Samada Zambry benar-benar anak jantan yang pandai berpolitik atau betina jadian yang bersembunyi dibelakan tirai...

SEhingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

3 comments:

Kucing Parsi said...

zambry tak seberani ketua menteri sarawak, taib mahmud.

zambry budak lagi

budak hingusan

visit

http://melodymockers.blogspot.com/

Anonymous said...

ZAMBRY TU WALA KEPADA PARPUKARI
MANA DIA ERTI BERPOLITIK

nightcaller said...

Kucing Parsi

Taib Mahmud bukan berani tetapi dier takde lawan berkaliber di Sarawak.

Zambry pasti berani kalau dier bubar DUN Perak sekarang...kita tunggu keberanian Zambry!

Anon 4:30

Zambry tunggu Parpu bersuara...Parpu tunggu ilham :)