- Kita lupakan tentang P 94 Hulu Selangor barang seketika untuk membincangkan apa yang terjadi di Perak.
- Dalam titah ucapan Sultan Perak, antara lain baginda meluahkan rasa dukacita atas sikap segelintir rakyat yang memalukan Malaysia di forum antarabangsa. Itu yang dilapurkan dalam MSM.
- Dikaki lapuran tersebut, tertulis juga mengenai ketiadaan wakil rakyat PR dalam majlis tersebut. Dilapurkan juga bahwa wakil rakyat PR tidak mendapat jemputan kemajlis resmi yang dihadiri oleh Sultan.
Petikan dari STAR 20hb April 2010
No Pakatan state assemblymen were present during the ceremony.
When contacted, state DAP chairman and Sitiawan assemblyman Datuk Ngeh Koo Ham said the Pakatan state assemblymen did not receive any invitations to the ceremony.
“We have been waiting for the invitations but none of us received any,” he said.
State secretary Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim could not be reached to verify Ngeh’s claim.
- Meskipun ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia akan membawa implikasi yang amat besar di masa depan. Persoalannya siapa yang bersalah dalam hal ini? Adakah ini merupakan satu titah atau arahan dari pihak Bukit Chandan? Apakah Baginda terlalu murka sehingga menitahkan supaya tiada jemputan dikeluarkan kepada wakil rakyat PR?
- Sekiranya baginda begitu murka, apa akan terjadi seandainya pihak lain selain BN menguasai negeri Perak dalam PRU 13 nanti? Apakah akan ada pertembungan terbuka antara Bukit Chandan dan pilihan rakyat? Apakah insiden ini akan membuka jalan untuk Zambry untuk terus mentadbir Perak serta membuka ruang untuk BN memperlekehkan PR?
- Seandainya kemurkaan itu benar-benar terjadi, maka adalah lebih baik untuk Bukit Chandan menarik balik segala gelaran yang telah dikurniakan kepada wakil rakyat PR. Let the open confrontation begins ! Tak perlu lagi berselindung!
- Tetapi, kalau wakil rakyat PR tidak hadir kerana surat jemputan mereka "tersasar" ke alamat yang salah, maka apakah ini satu bentuk derhaka kepada kehendak baginda? Siapa pula penderhaka ini? Apakah penderhaka ini dari kalangan pegawai istana atau pegawai pentadbir? Mungkinkah juga penderhaka ini dari kalangan ahli politik. Atau mungkinkah penderhaka ini hanyalah posmen yang terlupa menghantar surat kerana terlalu gembira mengira kenaikan gaji yang akan menjelma?
- Mungkinkah jua wakil rakyat dari PR sudah tersisih dari masyarakat elit Bukit Chandan? Kalau benar mereka tersisih, maka apakah masyarakat Bukit Chandan mensisihkan juga rakyat yang menyokong PR dalam PRU 12? Sekiranya ia terjadi, bagaimana kalau yang mensisih juga tersisih? Tak ke haru namanya?
- Apakah sekretariat keputeraan lalai sebegitu rupa sehingga seluruh barisan wakil rakyat PR tidak tersenarai? Dalam masa yang sama, apakah sekretariat juga "lalai" dalam menjemput Jelapang dan rakan-rakan beliau untuk sama-sama meraikan anugerah "Datuk" kepada Jelapang?
- Barisan wakil rakyat PR telah mengeluarkan kenyataan untuk mempertahan kemungkinan tohmahan bahwa mereka memboikot majlis tersebut.
- Pihak Setiausaha Kerajaan Perak tidak dapat dihubungi untuk mengesah samada wakil rakyat PR dijemput atau memang tidak dijemput hadir. Apakah mereka yang terbabit sedang merencanakan jawapan? Mungkinkah pihak sekretariat menjawab bahwa surat jemputan telah dikeluarkan kepada wakil rakyat PR beralamatkan P94 Hulu Selangor?
- Jangan ada yang keluar dengan kata-kata hikmat Hang Jebat atau mempertahankan tindakan dengan menggunakan kata-kata Hang Tuah. Andainya itu berlaku, yang rugi adalah mereka yang menabalkan raja sebagai ketua agama Islam dinegeri yang terbabit. Wallahualam...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
22 hours ago
No comments:
Post a Comment