Nampaknya propaganda kotor dan jijik sudah bermula di Bukit Gantang. Gambar karikatur diatas adalah diantara risalah yang diagihkan di P59.
Antara lain, risalah itu mensifatkan MB Nizar sebagai Marxist aka Namrud. Masya Allah, sampai sanggup menyamakan sedara se agama sebagai Namrud. Yang pembuat risalah tu tahu tak siapa Namrud Laknatullah?
Namrud ialah seorang raja Mesir yang telah memerintah rakyat jelata untuk membina sebuah menara pencakar langit supaya dia dapat naik bertemu Tuhan. Apabila menara sudah tinggi, Namrud mengambil panah lalu memanah kelangit seolah-olah menyerang Tuhan. Itulah Namrud.
Kemudian Namrud mendapat balasan Tuhan apabila Tuhan hanya menghantar seekor nyamuk yang telah memasuki telinga Namrud. Akibat kesakitan, Namrud sanggup mengambil capalnya untuk memukul kepala sendiri dengan harapan dapat membunuh nyamuk. Akhirnya Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk. Itu Namrud...wahai pembaca budiman.
Risalah itu juga mengambarkan MB Nizar sebagai Marxist. Marxist pula ialah satu fahaman yang dipelopori oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Secara ringkasnya, fahaman komunis berteraskan pemikiran Karl Marx.
Kenapakah penulis risalah begitu sadis untuk melabelkan MB Nizar berfahaman Marxist dan bersifat Namrud? Sudah habis idea ke? Hinggakan sanggup melukis sedara Islam sebegitu rupa? Apakah ini yang diajar oleh tuanmu dibalik sana?
Insaflah...masa belum terlambat. Mintalah kemaafan ikhlas kerana kamu sebenarnya telah menganiayai sedaramu. Tidakkah Tuhanmu telah berpesan, jangan sekali-kali kamu mengumpat sedara seagama, kerana perbuatan mengumpat itu samalah saperti memakan daging sedaramu sendiri...
Pemanggil malam hanya berpesan dan memberi ingat. Ingatlah, ebelum kita mengata orang, apakah sudah sempurna diri kita? Apakah barisan pimpinan yang kamu anuti bebas dari rasuah, bersih dari segi moral, tidak hipokrit? Tepuk dada tanya selera...
Perbuatan terkutuk ini akan terpalit kediri sendiri. Rakyat sudah peka dengan keadaan semasa. Rakyat kini sudah bangkit untuk menolak kempen kebendaan, menolak kempen ugutan, menolak kempen pembohongan...
Apakah BN tidak mampu untuk bertarung secara sihat? Hormat-menghormati diantara lawan politik? Atau apakah BN sudah desperado, terkapai-kapai dalam kelemasan dan kepanasan...
Seandainya BN terus menerus menggunakan taktik sebaran propaganda menghasut dan mengeji lawan, BN akan tersungkur pada 7hb April ini...pusingan 2 masih untuk PR...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
4 hours ago
2 comments:
saya setuju.. gagal fakta, gagal bicara - gagal pilihanraya.
Benar anon
Tapi apa yang lebih menyedihkan ialah pemfitnah itu membelakangkan tata susila murni yang menjadi resam hidup orang Melayu.
Menuduh atau mengambarkan seseorang sebagai berfahamam Marxis (komunis) amat2 tidak patut dan saya benar2 berharap pereka propaganda dan risalah tersebut meminta maaf dengan Nizar atas semangat seagama Islam. Wallahualm...
Post a Comment