Pada 13hb Mac 2009, Malaysian Insider menyiarkan kupasan Rosmah Mansor mengenai takdir apabila mengatakan NTR akan menjadi PM Malaysia dan seterusnya menambah agar tidak ada perkara-perkara yang tidak beretika dilakukan untuk menyekat NTR dari menjadi PM Malaysia.
Walau apapun, apa yang menarik perhatian ialah beberapa perkara yang secara tidak langsung melibatkan takdir. Yang paling merunsingkan ialah wajah Rosmah. Apa yang telah terjadi? Takkanlah pembantu peribadi tidak dapat memberi gambar yang lebih "menarik" dari apa yang disiarkan? Kalau wajah itu terjadi kerana "kesilapan" menggunakan botox, bukankah Tuhan sudah melarang hambaNya dari menukar wajah hanya kerana ingin kelihatan cantik dan menawan? Apakah pakar-pakar Malaysia tidak berupaya untuk mengubati Rosmah sekiranya beliau mengalami penyakit kulit? Rosmah yang kepingin untuk menjadi "Wanita ketigabelas" Malaysia seharusnya faham bahwa Qada' dan Qadar itu adalah ketentuan Tuhan dan bukannya mainan politik gerombolan manusia yang dahagakan kuasa dan pengaruh.
Manusia hanya dapat merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Amat menyedihkan apabila akhbar STAR melapurkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, yang "mengambarkan" kematian dan bencana sekiranya orang luar (pembangkang) dibenarkan kerumah-rumah panjang dalam kawasan DUN Batang Ai. Apakah ketentuan manusia kini melebihi ketentuan Tuhan sehinggakan Alfred Jabu mampu dan berkuasa menentukan kejadian yang berlaku di rumah panjang DUN tersebut? Yang pasti, samada penganut Islam, Kristian, Hindu malah animist pun tidak akan mengiyakan kata-kata Alfred Jabu.
Begitu juga apabila politik Malaysia telah menjadi politik "longkang" apabila isu-isu moral yang bersifat peribadi telah dimainkan untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Bermula dengan Vijandran pada tahun 80'an, isu sebegini rupa mengambil tempat dipentas utama dengan isu moral yang melibatkan Chua Soil Lek, Eli Wong dan yang terkini Nazri Aziz. Soal samada gambar tersebut betul-betul gambar Nazri tidak penting. Tetapi apa perlunya "dibongkar" hal peribadi didalam blog dari negara asing? Sementelah lagi blog tersebut tanpa segan silu berkisar kepada gambar-gambar yang tidak "manis" kalau disurf oleh golongan remaja. Adakah ini merupakan serangan "halus" untuk menjatuhkan Malaysia dalam mata dunia? Dan apa perlunya akhbar arus perdana Malaysia menamakan blog tersebut? Apa akan terjadi sekiranya gambar-gambar pemimpin utama BN dan PR pula menjadi sasaran? Bagaimana kalau gambar-gambar tersebut adalah hasil photoshop? Adakah Malaysia bersedia untuk berpesta gambar dan video ghairah? Mungkinkah penyebaran gambar-gambar ini merupakan prelud untuk menjatuhkan pemimpin utama Malaysia? Tepuk dada tanya selera...
Begitu juga apabila Rais Yatim begitu beiya-iya mempertahankan idealogi "parti menguasai kerajaan" dalam program Hujah di TV9. Parti mana yang menguasai Kerajaan? UMNO, MCA, MIC, BN ? Seandainya parti bukan UMNO menguasai kerajaan, apakah implikasinya? Apabila pegawai kerajaan menerima konsep "parti menguasai kerajaan" , konflik antara keadilan dan penguasaan parti akan menimbulkan masaalah baru sehingga mahkamah rayuan memutuskan speaker Perak boleh diwakili peguam peribadi, yang mana sebelumnya pesuruhjaya kehakiman telah 3 kali menolak permohonan speaker berkenaan untuik diwakili oleh peguam peribadi.
Rais Yatim, yang dulunya terkenal kerana telah "membakar jambatan UMNO", juga begitu bersungguh-sungguh mengulas pandangan beliau mengenai krisis perlembagaan Perak. Rais Yatim adalah jaguh kampung yang begitu menonjol untuk mengulas krisis perlembagaan Perak tapi gagal mempertahankan Pulau Batu Putih dari jatuh ketangan negara jiran. Itu lah politik longkang Rais.
Berbalik kepada takdir NTR. Dalam mengusulkan pakej rangsangan ekonomi kedua, NTR membayangkan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang dalam menjayakan pakej rangsangan tersebut. Mujahid Rawa, MP PAS dalam Astro Awani mengulas bahwa BN perlu terlebih dahulu menunjukkan keikhlasan mereka dan setakat ini, keikhlasan ini tidak wujud berdasarkan apa yang berlaku di Perak. Apakah ini juga takdir? Takdir untuk BN memulangkan kembali Perak ketangan PR? Sekiranya itulah pengorbanan BN sebagai bukti kesediaan BN untuk bekerjasama dengan PR, itu mungkin permulaan yang baik. Sanggupkah NTR dan Zamry berkorban untuk kesejahteraan rakyat Perak dan institusi Raja Perak? Masa akan menentukan.
NTR perlu "membersihkan" diri sebelum akhir Mac 2009. Kegagalan NTR untuk membersihkan diri dari segala tohmahan akan mencacatkan ketokohan dan kredibilati beliau. Apakah "The Man who would be King" akan berulang? Kali ini diMalaysia? Rosmah mungkin sudah menghidu bau Sri Perdana tetapi apakah pintu Sri Perdana akan terbuka untuk menyambut pasangan NTR-Rosmah? Kita tunggu dan lihat...
Sehingga bertemu lagi...Selamat malam M'sia...Dimana jua anda berada...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment