Ali Rustam dilarang bertanding! Pastinya itu akan menjadi tajuk utama akhbar Malaysia esok. Tapi apakah dengan larangan itu UMNO akan pulih? Bagaimana sekiranya Ali Rustam bertindakbalas? Atau pengikut2nya bertindakbalas? Apa kesannya terhadap UMNO? Apakah UMNO bersedia untuk menghadapi risiko itu?
Sebelum ini, beberapa senario telah dikemukakan sebagai tindakbalas Ali Rustam. Antaranya :-
1. Bagaimana sekiranya Ali Rustam mengisytiharkan negeri Melaka sebagai negeri PR yang keenam? Sebagai tindakabalas beliau terhadao keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Apakah ini akan berlaku. Besar kemungkinanya tidak kerana Ali sebagai seorang ahli UMNO yang setia tidak mungkin berubah sedemikian rupa. Tapi, kalau ianya benar-benar berlaku, bagaimana? Apakah UMNO bersedia mempertaruhkan Melaka?
2. Dan seandainya Ali Rustam mengisytiharkan Melaka sebagai negeri PR mulai esok, apakah sejarah Perak akan berulang? Mungkinkah Melaka akan kembali kepangkuan BN dalam tempoh seminggu? Sebagaimana Nasaruddin lakukan terhadap Anwar? Apakah Anwar akan dipermainkan untuk kali kedua?
3. Apakah Khalil Yaakob menerima keputusan Ali sekiranya Ali menukar Melaka kepada negeri PR? Bukankah Khalil Gabenor Melaka? Dan yang paling penting Khalil adalah dari Pahang, sama negeri dengan NTR.
4. Adakah DUN Melaka akan bersetuju kepada keputusan Ali? Adakah DUN Melaka akan sebulat suara bersama Ali dan "sembah derhaka" terhadap NTR? Kemungkinan besarnya tidak, memandangkan Melaka sudah lama tidak mempunyai sistem berRaja dan oleh yang demikian tidak boleh "derhaka". Bagaimana dengan ahli DUN yang berminat untuk mengambil alih teraju dan tampuk Ali Rustam sebagai KM Melaka? Tidakkah keputuisan Lembaga Displin memudahkan hasrat beliau?
5. Adakah Ali akan memberi sokongan terbuka terhadap M2T? Mungkinkah gadingan Ali dan M2T akan berjaya mengalahkan Muhyiddin Yassin?
6. Bagaimana kalau Ali Rustam mendesak penyokong beliau untuk memboikot pertandingan jawatan no 2 UMNO? Apa tindakbalas PAU? Aakah NTR bersedia untuk itu?
7. Mungkinkah Ali Rustam akan merayu kepada lembaga disiplin? Mungkinkah pengampunan akan diberi dalam tempoh terdekat bagi membolehkan Ali untuk bertanding?
8. UMNO kini benar-benar berada dipersimpangan. Luah mati mak, telan mati bapa. Apakah tindakan UMNO sekarang?
Majlis tertinggi akan bermesyuarat khas petang ini. Mesyuarat ini terpaksa dipanggil kerana sentimen ahli UMNO terhadap tindakan displin keatas Ali Rustam dilihat sebagai satu tindakan pilih bulu.
Apakah mungkin PAU akan ditangguhkan kerana injuksi? Sekiranya injuksi dari mahkamah mencegah UMNO dari mengadakan PAU, mungkinkah AAB akan kekal sebagai PM? Sekiranya ini berlaku, maka terloponglah NTR dan Rosmah...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment