Bagi Parti Islam se Malaysia (PAS), pilihanraya kecil P59 adalah umpama sirih pulang ke ganggang. Bagai kebanyakkan orang, PAS adalah sinonim dengan Terengganu dan Kelantan. Ini berpandukan pada kedudukan jumlah wakil rakyat dari parti PAS, secara amnya, datang dari dua dua negeri pantai timur ini. Mereka alpha atau tidak tahu bahwa, pada hakikatnya, PAS dizahirkan dari Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif at Gunung Semanggul, Perak.
Pertemuan yang dianjurkan oleh PKMM pada Mac 1947 yang diterajui oleh Dr Burhanuddin Al-helmy telah membincangkan masaalah ekonomi yang dihadapi oleh orang Islam berbangsa Melayu. Hasil dari pertemuan tersebut, terbentuklah Majlis Agama tertinggi (MATA).
MATA membincangkan isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan orang ramai. MATA juga berpendapat bahwa UMNO kurang membincangkan isu-isu penting dikhalayak selain gagal untuk memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam. Wakil-wakil UMNO dalam MATA kurang selesa dengan pandangan tersebut yang dianggap sebagai terlalu berani sehingga Presiden UMNO, pada masa itu, memberi amaran terhadap "ancaman dari Gunung (Semaggol)".
Dari perjumpaan tahunan MATA dalam tahun 1948, terbentuklah sebuah parti berteraskan Islam tetapi parti tersebut akhirnya diharamkan oleh penjajah British yang telah mengaitkan parti tersebut dengan parti komunis Malaya (CPM) pada ketika itu.
Akibat dari pengharaman tersebut, maka bergondong-gondonglah ahli dari parti yang diharamkan tersebut terpaksa bersama UMNO untuk menghindarkan dari ditangkap British pada masa itu. Golongan ulama UMNO kemudiannya berpecah untuk menubuhkan Persatuan Islam sa Malaya (PAS) dimana keahlian PAS dan UMNO bertindih. Akhirnya, pertindihan keahlian ini diselesaikan ketika berlansungnya pilihanraya tahun 1955.
Didalam mendewasakan PAS, PAS telah mengalami pelbagai cabaran, samada dari dalaman mahupun cabaran luaran. Dari sebuah politik pembangkang yang mengambil sikap proaktif untuk sama-sama membentuk BN sehingga terkeluar dari BN akibat permainan politik licik UMNO, PAS berjuang secara konsisten dalam usaha untuk mempertabatkan Islam sebagai agama resmi.
Sebagai sebuah parti politik, PAS berjaya memikat hati ahli-ahli mereka yang semakin hari semakin ramai. Kalau dulu, PAS dilihat sebagai parti orang kampung, kini PAS dilihat sebagai satu parti alternatif yang berwibawa apabila ramai intelek dan kelulusan ikhtisas Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan politik mereka.
Adunan mereka dari kelulusan agama, kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi dan sebagainya menunjukkan PAS bukan satu parti khusus untuk sekelompok masyarakat. Hasilnya, pilihanraya 12 tahun 2008 mengenalkan Malaysia kepada ahli-ahli parlimen dan ADUN PAS yang komited dalam perjuangan dengan latarbelakang akademik yang sungguh menakjubkan.
Keunikan PAS sebagai parti politik pembangkang sejak 1955 telah menanam perasaan jatidiri yang tinggi dalam dada ahli-ahli PAS dan tidak mudah dikaburi dengan kuasa, wang ringgit, pangkat mahupun kedudukan. Ini yang membezakan PAS dengan UMNO dan PKR.
Penubuhan unit amal PAS telah membuka mata masyarakat bahwa PAS adalah satu parti yang pro-aktif dalam menangani masaalah masyarakat serta mempunyai satu unit yang tenang dalam mengendali program-program parti serta bersedia mengawal situasi tegang.
Penyertaan PAS dalam pilihanraya kecil P59 melengkapkan perjalanan politik PAS dimana kehampiran Bukit Gantang dengan Gunong Semanggol bak "Sirih pulang ke ganggang". Menang atau kalah calun PAS dalam pilihanraya kecil P59 tidak penting. Kemenangan calun PAS dalam P59 tidak akan mengubah kepimpinan kerajaan Malaysia. Jika kalah pun, BN tidak akan memperolehi majoriti 2/3 dalam parlimen.
Bagi PAS, sekiranya kemenangan di Bukit Gantang menjadi kenyataan, ia akan memperkuatkan hujah bahwa perjuangan PAS bersama PR mendapat sokongan rakyat dan pengundi, secara amnya, memperakukan PR sebagai saf sah untuk menerajui kerajaan Perak Darul Ridwan.
Bagi PAS juga, sekiranya mereka tewas di Bukit Gantang, kekalahan adalah lumrah perjuangan. Sememangnya PAS sentiasa bersedia untuk menerima kekalahan dan kemenangan, sekiranya datang menjenguk, adalah bonus.
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment