1. PAU 59 berakhir dengan resminya pada 28hb Mac 2009. Sejak UMNO mula bersidang pada 24hb Mac, barisan utama kepimpinan UMNO berubah dari pre-Kemerdekaan kepada pasca kemerdekaan.
2. Ali Rustam, Rafidah Aziz, M2T, KT, Mukhriz, Rais Yatim, Hamid Albar, Shahrir Samad, Khaled Nordin, Norza Zakaria, MB Pahang, MB Negeri Sembilan, MB Perlis dan MB Johor adalah diantara nama-nama besar yang gagal dalam usaha mereka samada dalam mempertahankan jawatan atau dalam usaha mereka untuk dilantik kepada jawatan yang dipertandingkan mereka.
3. Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishamuddein Hussein, Shafie Afdal, Shahrizat dan KJ pula berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan mereka.
4. AAB memberi pesanan terakhir, Najib menawarkan transformasi parti, Muhyiddin berikrar akan setia, Zahid berjanji menyahut cabaran, KJ merayu diberi peluang, Shahrizat menawarkan seribu harapan. Itulah ungkapan pada apa yang berlaku pada hari terakhir PAU 59. Apakah transformasi kepimpinan ini dapat diterjemahkan kepada penerimaan masyarakat keatas saf baru UMNO? Masa akan meentukan dan pilihanraya kecil 2 bukit dan 1 Batang boleh dijadikan pengikur awal kepada transformasi UMNO ini.
5. Dihari akhir PAU 59, Najib mengumumkan bahwa AAB pernah berbisik kepada beliau bahwa beliau adalah anak kandung Tun Abd Razak manakala AAB adalah anak didik Tun Abd Razak. Adakah itu bermakna mereka adik beradik "didik kandung" ? Kalau itu dapat diterima, apakah mungkin KJ adalah anak saudara "didik kandung" Najib? Apakah Najib ingin memberi gambaran bahwa beliau menerima KJ sebagai barisan pelapis yang mengemudi pemuda UMNO?
6. KJ, yang memenangi jawatan Ketua pemuda UMNO, tidak patut di "boo" pada hari2 persidangan, apatah lagi pada penangguhan PAU 59. Kejadian itu tidak patut berlaku kecuali UMNO adalah satu pertubuhan "pasar" yang tidak menghormati pilihan perwakilan.
7. Samada KJ memenangi jawatan tersebut melalui jalan sah atau tidak sudah menjadi akademik pada ketika ini. Tuduhan yang dibuat tanpa bukti tidak perlu dilayani. Dan andaikata benar ada bukti, saluran-saluran tertentu didalam UMNO akan bertindak secara adil sebelum diserahkan kepada MT untuk keputusan. Dengan penerimaan yang negatif terhadap KJ, ia akan memberi rangsangan kepada PR untuk mengeksploit keadaan untuk kelebihan mereka. KJ patut diberi peluang untuk memacu pemuda UMNO dan penilaian dibuat keatas pencapaian mahupun kegagalan beliau dalam usaha untuk membentuk pasukan pemuda UMNO yang kental dan dinamik, sesuai dengan cabaran semasa.
6. Kehadiran Tun M ketika ucapan Muhyiddin ditafsir oleh semua. Ada yang gembira Tun M hadir dan seterusnya akan kembali kedalam lipatan UMNO.
7. Ada pula yang memandang sinis kehadiran Tun dan mensifatkan kehadiran beliau sebagai sindiran kepada AAB. Pentas politik tidak sunyi dengan pelbagai teori. Kenapakah semua perbuatan hendak ditafsir sebagai langkah politik? Sekiranya itu benar, apakah pemergian Tun M ke tandas pun akan di beri tafsir politik?
8. PAU 59 seharusnya dijadikan medan perjumpaan pengiat politik UMNO, samada ahli lama, ahli baru, bekas ahli mahupun bakal ahli. UMNO tidak boleh menjauhkan diri dari masyarakat. Najib telah menyampaikan hasrat supaya UMNO menjadi lebih peka kepada denyutan masyarakat.
9. Apakah pesanan AAB dan hasrat Najib diterima UMNO dan akan menterjemahkan penerimaan mereka kepada satu barisan kukuh untuk menghadapi PR di 2 bukit, 1 batang?
10. PAU 59 sudah selesai, berapa ramaikah pula perwakilan yang akan berada dipusat penamaan calun 2 Bukit? Atau dalam kepenatan berpesta di ibukota, para perwakilan tidak dapat di menafaatkan di 2 Bukit? Mungkinkah perwakilan dan pemerhati yang hadir di Kuala Lumpur masih berbelanja sakan dipusat-pusat membeli belah dari hasil pembelian "ikhlas" calun-calun yang bertanding tempoh hari?
11. 29hb Mac 209 akan menjadi pengukur awal sokongan ahli kepada gadingan baru kepimpinan UMNO dibawah Najib. Seandainya UMNO masih gagal diterima masyarakat, adalah lebih baik untuk Najib mempertimbangan langkah-langkah yang lebih agresif tetapi mesra rakyat untuk memenangi semula hati rakyat.
12. Najib dan barisan beliau tidak mempunyai ruang yang banyak untuk membuktikan keikhlasan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, tanpa memilih bulu dan menghidarkan dari kenyataan -kenyataan yang boleh menyakitkan hati bukan Islam.
13. Najib telah melontarkan beberapa cadangan kepada para perwakilan. Keberkesanan cadangan beliau akan dikupas apabila masanya tiba.
14. Bukit Selambau akan menjadi terlalu padat dengan begitu ramai rakyat yang ingin bertanding tanpa platform dan tanpa sokongan masyarakat setempat. Apakah Hindraf akan memainkan peranan positif atau akan bertindak menjauhkan diri dari PR? Benarkah Hindraf kini kembali kepangkuan MIC sebagaimana uang digembar-gemburkan? 7hb akan mengurai rahsia dan perancangan Tuhan yang esa.
15. Bukit Gantang akan memberi peluang, ruang dan peluang untuk BN membuktikan bahwa mereka masih relevan dan berupaya untuk berubah mengikut acuan rakyat setempat, khasnya dan bangsa Melayu amnya. Kemunculan Zahid Hamidi sebagai salah seorang dari Naib Presiden UMNO dan kesannya akan dilihat di Bukit Gantang. Apakah benar rakyat sudah dapat menerima UMNO dan BN akan ditafsirkan pada 7hb April ini. Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat UMNO akan menjadi saksi.
16. Batang Ai akan menjadikan pertembungan diantara BN yang bongkak kerana terlalu lama menjadi tuan dan mengamalkan kuasa disemua peringkat dan PKR yang merupakan "New boy" in the block. Secara kebiasaannya, BN tidak mempunyai pencabar kuat di sana. Kehadiran suntikan semangat 8 Mac 2008 bisa merobah keadaan. Kemenangan kepada BN akan memberi keselesaan kepada BN tetapi kekalahan di Batang Ai akan memberi petanda betapa BN perlu bersedia menghadapi tentangan hebat dalam piliganraya negeri yang bakal menjelma.
17. Tumpuan para perwakilan dalam hari terakhir PAU 59 ialah ucapan AAB. AAB telah mendedahkan bahwa beliau akan menghadap DYMM Agung untuk menyapaikan hasrat meletak jawatan PM pada 2hb April 2009. Sekiranya hasrat beliau diterima, Malaysia bakal menyaksikan upacara angkat sumpah PM ke6 pada 3hb 2009. Apakah Najib akan diangkat menjadi PM? Jalannya sudah terbentang luas, Tuhan jua akan menentukan.
Akhir sekali perwakilan sudah menghadiri PAU 59. Apakah perwakilan akan "ta pau" oleh-oleh dari PWTC, KL? Kita dapat mengagak, perwakilan jua yang tahu. Pemanggil malam pasti memang "ta pau" bertukar tangan, samada dalam bentuk makan-makan, bernyanyi gembira, "Zeti" berwarna warni, tiket pelancongan. Tepuk dada tanya selera...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment