Lain padang, lain belalang. Lain media, lain lapurannya. Apapun, sama ada 2000, 5000, 8000, 10000 hatta 100000 tidak penting. Apa yang penting ialah Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dianggotai oleh pertubuhan-pertubuhan bebas dan politik telah berjaya menghantar memorandum kepada istana negara.
PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilihat sebagai satu dasar yang menyusahkan pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar. Ada lapuran yang menyatakan 124 orang ditahan polis. Kenapa polis terpaksa menembak gas pemedih mata pun tidak penting. Yang paling penting adalah apa yang telah digariskan dibawah :-
1. Menteri Hishamuddein Hussein mempersoalkan kenapa GMP bertindak sekarang, selepas PPSMI telah diperkenalkan sejak 6 tahun yang lalu dan kerajaan tidak dapat mengambil tindakan sekarang dan apa-apa perubahan hanya dapat di lakukan dalam sessi persekolahan 2010 nanti.
2. Betapa pendeknya pemikiran Menteri kita yang seorang ini. Kalau tak silap, kementerian beliau sedang mengkaji keberkesanan PPSMI dan akan membuat lapuran samaada PPSMI akan diteruskan atau dibatalkan atau diubahsuai mengikut analisa kemajuan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Maknaya, keputusan akan di buat berdasarkan lapuran yang sedang disediakan oleh kementerian beliau. Apakah Menteri kita terlalu sibuk dengan pertandingan UMNO sehingga lupa atau terlepas pandang?
3. Begitu juga dengan kenyataan Menteri (dalam berita TV3) mempersoalkan tentang masa yang dipilih untuk menghantar memorandum tersebut. Yang pasti, GMP membuat tindakan ini sekarang untuk memberi masa pada Menteri dan kementerian beliau membuat persiapan awal menjelang sessi persekolahan 2010. Kalau GMP bertindak dalam bulan Disember 2009, pastinya Hishamuddein akan memberi alasan masa yang singkat untuk kementerian beliau mengubah dasar.
4. Masa yang dipilih juga bersesuaian dengan pemilihan pucuk kepimpinan UMNO yang akan diadakan dari 24 hingga 28 hb Mac nanti. Desakan ini akan memberi ruang dan peluang bagi para perwakilan UMNO untuk membangkitkan isu ini dalam mesuarat agung UMNO nanti. Berdesing jugalah telinga Hishamuddein Hussein nanti...Mungkin juga perhimpunan Agung akan meluluskan ketetapan mengenai PPSMI ini. Kita tunggu dan lihat.
5. Dari awal lagi, GMP telah mengumumkan bahwa gerakan ini adalah satu gerakan yang bebas dari politik. Kenapah media massa melibatkan PAS dan PKR didalam GMP ini? Adakah kerana kehadiran Hadi Awang diperhimpunan itu mengheret sama PAS dalam GMP? Bukankah Hadi Awang seorang berbangsa Melayu? Atau, apakah dengan menjadi ahli mana-mana pertubuhan politik, seseorang itu akan hilang identiti bangsa 'Melayu', "Cina' atau 'India'nya?
6. Menyentuh tentang itu, dimanakah Khairy, Mukhriz atau Khir Toyo? Apakah mereka bersetuju dengan PPSMI? Ketidakhadiran mereka menimbulkan pertanyaan. Atau mereka ingin mempolitikkan isu ini? Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali dan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak? Apa pendirian mereka tentang PPSMI?
7. Kenyataan AAB juga perlu diambil kira. Beliau berharap keputusan akan dibuat segera. Melucukan. AAB sebagai PM sepatutnya mengarahkan Hishamuddein untuk menyediakan lapuran lengkap mengenai PPSMI untuk dibentangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. Ini harus disegerakan, kecualilah Hishamuddein sudah mengubah kiblat dan tidak lagi mengambilkira pendapat AAB sebagai pandangan seorang PM.
8. Dalam kejadian ini, pihak polis tidak boleh dipersalahkan. Yang pasti, pihak polis telah mengambil segala langkah berjaga-jaga dengan menempatkan kakitangan mereka dijalan-jalan menuju ke Istana Negara sejak pukul 9.30 pagi lagi. Pihak penganjur GMP mempunyai masa untuk berbincang dengan baik dengan pihak polis dari pagi hingga waktu zohor. Kenapa ini tidak dilakukan atau dimanafaatkan? Apakah pihak penganjur tidak mempunyai kawalan terhadap mereka yang hadir? Kalau begitu, mereka yang hadir bukan memperjuangkan bahasa Melayu tetapi hadir untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak keselamatan.
9. Walaupun demikian, Rocky Bru tidak seharusnya menulis sedemikian rupa didalam blog beliau. Beliau telah mengatakan bahawa anak-anak beliau tidak bersetuju untuk belajar Matematiks dan Sains dalam Bahasa Melayu. hak itu dihormati tetapi Rocky Bru perlu bertanya selangkah lagi...apakah perasaan yang sama ada pada pelajar-pelajar yang berada dikawasan -kawasan luar bandar dan pendalaman? Sudah tentu tidak. Anak-anak bandar memang bersetuju dengan PPSMI, bagaimana yang dikampung? Cuba diambil lapuran berapa ramaikah pelajar kita yang datang dari kawasan luar bandar dan pendalaman? Sudah tentu melebihi dari pelajar yang tinggal dikawasan bandar (besar atau kosmopolitan).
10. Jadi, apa masaalahnya? Apakah kementerian Hishamuddein Hussein masih gagal untuk melahirkan pendidik-pendidik yang fasih dalam PPSMI di kawasan-kawasan luar bandar? Apakah Hishamuddein akan menunding jari pula keatas maktab-maktab danUniversiti perguruan yang gagal melahirkan pendidik PPSMI?
11. Sekiranya Hishamuddein Hussein memperakui kegagalan ini, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut? Satu cadangan ialah untuk kita memakmurkan semula balairaya-balairaya dikampung-kampung. Dalam tahun-tahun 60'an, 70'an, balairaya-balairaya adalah merupakan "community centre" yang penting dimana aktibiti-aktibiti dijalankan. Ada kelas memasak untuk kaum ibu, ada kelas belajar jawi dan rumi untuk kaum bapa, ada kelas mengaji untuk kanak-kanak bahkan ada kelas tanbahan percuma untuk pelajar-pelajar. Dan pada masa itu, semua aktibiti ini dijalankan secara sukarela oleh belia dan beliawanis kampung tersebut. Masa itu, mereka tidak dikaburi dengan wang ringgit atau pulangan wang. Untuk memulihkan kembali semangat balairaya ini, pendirian politik samada dari UMNO, BN, PKR, PAS, DAP hendaklah ditinggalkan dipintu masuk balairaya dan yang hadir sebagai tenaga pengajar mahupun pelajar adalah mereka yang berbangsa Malaysia dengan berbahasa Melayu sebagai bahasa resmi.
12. Belia dan beliawanis dari Universiti boleh memainkan peranan untuk memberi pendekatan betapa pentingnya PPSMI dalam menghadapi cabaran gobal dan juga untuk memperlengkapkan pelajar pada dunia kerja. PPSMI sebenarnya tidak merendahkan martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi negara tetapi ia menyediakan dan mempersiapkan generasi baru untuk menghadapi cabaran global.
13. Malangnya, dimanakah fungsi balairaya sekarang? Balairaya kini merupakan tempat bermesuaratnya si kambing dan si ayam. Kenapa? Kerana balairaya dengan pebinaannya yang ringkas, tidak berhawa dingin, tidak berdinding penuh telah ditinggalkan masyarakat setempat dan menjadi kadang kambing dan reban ayam.
14. Bahasa melambangkan Bangsa. Pembelajaran dan Pengajaran subjek-subjek lain dalam Bahasa Melayu masih dikekalkan. Justeru, tidak ada apa yang perlu ditakuti atau digeruni oleh pencinta Bahasa Melayu. Cuma, hakikatnya, kita masih belum bersedia untuk mengubah dasar PPSMI kerana kegagalan Hishamuddein dan rakan-rakan kabinet beliau untuk menyediakan para pendidik Matematiks dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Hishamuddein juga gagal untuk menerajui usaha untuk memperkayakan lagi bahasa Melayu dalam subjek Matematiks dan Sains kerana sehingga kini, pelajar masih ketandusan buku-buku rujukan berkualiti dalam subjek-subjek tersebut.
15. Untuk menyelesaikan isu PPSMI untuk masa jangka pendek, Hishamuddein harus merangka strategi untuk memperbanyakkan pendidik-pendidik yang mahir dalam kaedah PPSMI terutamanya dikawasan-kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama initiatif haruslah dbuat sekarang untuk meneruskan option bagi pelajar-pelajar menjawab dalam Bahasa Melayu atau Inggeris berdasarkan "preference" mereka. Cara ini akan menyelesaikan sebahgian dari isu PPSMI secara "menarik benang dari tepung". Cara ini akan memberi keselesaan bagi anak-anak bandar untuk menjawab dalam bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama memberi ruang untuk mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris menjawab dalam bahasa Melayu.
16. Untuk jangka panjang, Hishamuddein perlu bersungguh-sungguh menjana pendidik yang fasih dan mahir mengajar Inggeris dalam subjek-subjek Matematiks dan Sains dengan kadar yang segera. Dalam masa yang sama, Kerajaan perlu berkerjasama dengan GMP untuk mempertabatkan lagi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi negara.
Apakah perlu GMP bertindak lagi? "Tepuk dada tanya selera"...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Gambar : Ihsan Malaysiakini.
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment