Sunday, March 01, 2009

Mengenai PAS : Hadi dan batu-batunya...


Aneh tetapi benar? Sekiranya lapuran Malaysian Insider benar, maka benarlah bahawa Datuk Seri Hadi Awang mencadangkan satu kerajaan campuran peringkat nasional. Harapnya pandangan DS Hadi ialah pandangan peribadi beliau.

Lapuran yang sama telah dikupas oleh saudara Zulkifli Sulong dengan tajuk "Jangan salah tafsir pandangan..." sementara saudara Nobisha merasakan cadangan itu baik tetapi tidak perlu.

Samaada setuju atau tidak dengan DS tidak penting. Yang lebih penting ialah samaada pembaca memahami apa yang ingin diutarakan oleh DS.

1. Pembentukan kerajaan campuran mungkin perlu memandangkan masaalah ekonomi yang melanda;

2. BN tidak boleh mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi secara persendirian;

3. DS yakin bahwa PAS tidak akan disingkirkan sebagaimana ia disingkirkan dalam tahun 70'an sehingga kehilangan perintah di negeri Kelantan;

4. Mengesahkan bahwa pandangan ini sedang dibincang dalam parti dan belum dikemukakan kepada pimpinan PR;

5. Pandangan ini, sekiranya di terima, tidak bermakna PR brgabung dalam BN atau BN bergabung dalam PR;

Secara rasionalnya, PAS tidak perlu dan tidak akan bergabung kembali dengan BN kerana :

1. Sejarah hitam tahun 60'an bagaimana parti Perikatan (pre-BN) telah membeli wakil rakyat PAS untuk menumbangkan kerajaan PAS Terengganu;
2. Sejarah hitam 70'an dimana BN dengan liciknya menggunakan MAGERAN sebagai langkah pertama untuk mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan Kelantan;
3. Setelah PAS menyertai BN dalam tahun 70'an tetapi kemudiannya keluar (dipecat ?) keluar dari BN ekoran krisis kerajaan Kelantan;
4. Bagaimana BN dengan secara halus menyebabkan PAS berpecah kepada parti-parti serpihan saperti Berjasa, Hamim dan sebagainya;
5. Bagaimana UMNO memujuk salah seorang naib Presidennya, Nakhaei Ahmad, untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO;
6. Bagaimana BN sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan terutamanya pada tahun 2004 - 2008 dimana majoriti PAS hanyalah 1;
7. Bagaimana BN menjatuhkan kerajaan PR di Perak apabila 3 ADUN dari PR mengisyhtiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas;

Didalam mana-mana keadaan pun, apa yang utama ialah, siapa yang lebih memerlukan siapa (who needs who more). Dalam keadaan semasa, BN khususnya UMNO lebih memerlukan PAS dan PR. Ini berdasarkah statistik dimana lebih dari 50 % pengundi Melayu (Islam) menolak BN (UMNO) sementara hampir 40 % pengundi bukan melayu memilih PR. Ini bermakna BN (UMNO) bukan lagi berada didalam "driver's seat".

Oleh itu, BN (UMNO) sekarang berusaha memecahkan kerjasama yang terjalin diantara PKR-DAP-PAS dengan cara menggula-gulakan PAS. BN (UMNO) mempunyai lebih peluang untuk menggula-gulakan PAS atas sebab-sebab berikut :-

1. PAS di lihat sebagai satu parti berteraskan Islam yang boleh dipertunganggkan UMNO;
2. PKR, yang berketuakan Anwar, lebih merupakan musuh peribadi UMNO;
3. Majoriti ahli PKR Melayu adalah bekas ahli UMNO, jadi kemahuan dan kehendak kedua-dua pihak ini adalah hampir sama. Saperti kata perpatah Cina "Atas 1 bukit tidak boleh ada 2 singa". UMNO tidak mungkin dapat menerima PKR sebagai rakan politik BN (UMNO);
4. BN (UMNO) tidak boleh menerima DAP kerana sikap keras DAP yang tidak boleh bertolak ansur dengan BN (UMNO);
5. PAS, dengan bilangan ahli parlimen yang paling kurang dalam gagasan PR, dilihat sebagai parti yang senang di"masuk jarum" oleh UMNO;

Setakat ini, saranan DS Hj Hadi disambut sepi oleh BN (UMNO). Adalah lebih baik bagi DS Hj Hadi dan PAS menumpukan kepada usahasama gagasan PR dari memberi ruang dan peluang untuk UMNO memecah-belahkan PR.

Apa-apa pun, DS Hj Hadi dan PAS perlu meneliti tindakan BN (UMNO) dalam menghadapi isu-isu berikut sebelum mengambil keputusan susulan :-

1. Reaksi dan tindakan BN (UMNO) dalam menghadapi isu DUN Perak pada 3hb Mac nanti;
2. Reaksi dan tindakan BN (UMNO) dalam tindakan undang-undang MB Nizar terhadap MB Zambry dalam kemelut politik Perak;
3. Reaksi dan tindakan UMNO dalam isu pemuda UMNO dan Karpal Singh;
4. Reaksi dan tindakan UMNO dalam menghadapi pilihanraya lecil Bt Gantang dan Bukit Selimbau;
5. Reaksi dan tindakan UMNO (BN) dalam tuntutan membebaskan tahanan ISA;
6. Barisan kepimpinan UMNO dan negara selepas 1hb April 2009;

Penubuhan kerajaan campuran (Unity government) hanya boleh di ambil serious sekiranya semua parti politik dikerah untuk sama-sama menangani masaalah ekonomi yang melanda dunia. Untuk itu berlaku, mungkin UMNO (BN) perlu membuat pengorbanan yang besar. Dan apakah BN (UMNO) sanggup berkorban hatta membiarkan parti lain menerajui kerajaan Malaysia? Sekiranya jawapannya tidak, maka hampir pasti cadangan kerajaan campuran yang diutarakan oleh DS Hj Hadi tidak akan menjadi kenyataan.

Andaikata, DS Hj Hadi masih ingin meneruskan hasratnya membentuk kerajaan campuran tanpa penyertaan PKR-DAP, PAS akan sekali lagi mengharungi krisis dalaman yang mana DS Hj Hadi terpaksa terjun bersama batu-batunya dan lambat laun akan dijadikan batu loncatan UMNO (BN) sebagaimana Nakhaie Ahmad pernah dan sedang dipermainkan UMNO (BN)...

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

No comments: