Berita mutakhir (10.30 pm) : 10 ADUN UMNO akan menghadiri persidangan DUN Terengganu pada hari ketiga dan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Said tidak akan berlaku pada 15hb April 2009.
1. Belum pun sempat Najib Tun Razak memanaskan kerusi Presiden UMNO dan PM Malaysia, kerajaan Terengganu pimpinan UMNO/BN sudah mula bergolak.
2. Khabarnya 3 dari ADUN UMNO telah menerima SMS ugutan dan telah membuat lapuran polis mengenai SMS ugutan tersebut. Akibatnya 10 ADUN yag diketuai Rosol Wahid mengambil tindakan untuk tidak menghadiri sidang DUN hari kedua. Untuk meredakan keadaan, Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan SMS ugut tersebut bukan dari pejabat MB dan telah mengarahkan 10 ADUN menghadiri sidang DUN Terengganu pada hari ke 3 esok. Polis Terengganu juga telah memberi jaminan keselamatan kepada 3 ADUN tersebut.
3. Yang pasti 10 ADUN telah diarah menghadiri sidang DUN Terengganu esok. Itu tidak bermakna Kerajaan Terengganu pimpinan UMNO/BN tidak bermasaalah. Is cuma wayang menghormati arahan Presiden parti. Yang pasti, Muhyidin Yassin akan memanggil MB Terengganu untuk bertemu beliau dan memberi lapuran kepada Timbalan Presiden UMNO itu.
4. Masaalah dalaman yang melanda UMNO Terengganu sebenarnya bermula dari dulu lagi. Bukan setahun dulu semasa Idris Jusoh tidak dilantik semula sebagai MB Terengganu. UMNO Terengganu ibarat sekumpulan ketam yang berlumba-lumba cuba keluar dari bakul dan dalam masa yang sama saling menarikk turun ketam2 lain. Akhirnya, semua ketam tak akan berjaya keluar dari bakul tersebut.
5. Terengganu unik kerana daerah Besut dan Setiu/Permaisuri lebih mirip kepada Kelantan dari dialek dan cara hidup, manakala daerah Kemaman pula mempunyai persamaan dengan Pahang.
6. Dari segi kepimpinan negeri, kebanyakkan MB pasca Ibrahim Fikri berasal dari Kuala Berang, Kemaman manakala Idris Jusoh dari Besut sempat memimpin Terengganu untuk tempoh 4 tahun saja. Justeru itu, ADUN dari Besut dan Setiu/Permaisuri sentiasa merasakan diri mereka tersisih dari arus pembangunan kerana projek-projek pembangunan ditumpukan didaerah Kemaman. Semetelah Ahmad Said diangkat menjadi MB, makin menjadi2lah projek2 didaerah Kemaman.
7. Apabila Terengganu mula mengeluarkan minyak dari persisiran pantainya mulai tahun 70an, kerajaan pimpinan TS Wan Mokhtar telah mula membuat pembangunan pesat dan dalam masa yang sama "tersesat" dengan limpahan wang sehingga timbulnya kroni2 yang boleh membina golf resort dsb. Didalam kealpaan kekayaan itu, kerajaan Terengganu bertukar kepimpinan kepadan kepimpinan PAS dalam akhir 90an.
8. Kekalahan yang mengejutkan TS Wan Mokhtar dan BN itu telah memaksa Roslan Awang Cik, Idris Jusoh dan kepimpinan UMNO Terengganu yang lain menuntut TS Wan Mokhtar berundur dari poltik Terengganu. Dalam masa yang sama, UMNO Terengganu telah meminta kerajaan pusat untuk menarik balik royalti minyak yang dibayar secara tahunan ke Kerajaan Terengganu. Dari situ, bermulalah skim "wang ehsan" yang dikawal dari pusat dan disalurkan kepada bahgian2 UMNO (bukan kerajaan).
9. Dengan kebanjiran wang ehsan ini, Idris Jusoh menjanakan "gelombang biru" yang telah berjaya mengamil balik kerajaan Terengganu. Dengan kemenangan tu juga, skim wang ehsan dilupuskan dan Terengganu mendapat kembali wang royalti tetapi masih dibawah kawalan kerajaan pusat. Bermulalah projek2 mega Terengganu dimana Patrick Abdullah dan Wan Hisham mengaut kekayaan Terengganu dan pengaliran keluar wang royalti itu dibuat dengan pengetahuan dan persetujuan Tun AAB. Dan projek2 mega inilah juga merupakan penyebab utama Idris Jusoh tersungkor dari kerusi MB Terengganu.
10. Rakyat Terengganu, didalam khayalan wang royalti dan wang ehsan, lupa bahwa pada satu ketika dulu dalam tahun 70an bagaimana Ibrihim Fikri terpaksa meminta belas ehsan PM Malaysia untuk membayar gaji pegawai TCS. Memang Melayu mudah lupa dan dan sememangnya UMNO lagi cepat lupa atau buat buat lupa.
11. Uniknya Terengganu ialah politik cantas mencatas sesama UMNO sentiasa wujud dan terjadi. Selain dari cantas mencantas pada peringkat bahgian, ia juga mebiak diperingkat negeri. Idris Jusoh, sebagai Ketua Pemuda UMNO Terenggan pernah menghentam TS Wan Mokhtar dalam konvensyen. Selepas menghentam, cepat2 Idris Jusoh "menyambung" pelajaran diluar negeri dan meninggalkan barisan pemuda Terengganu.
12. Idris Jusoh, sebagai MB Terengganu, menamatkan perkhidmatan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri serta membekukan beberapa yang lain mengakibatkan pegawai2 ini tidak mendapat kenaikan pangkat.
13. Semua orang tahu bagaimana Wan Farid berpecak politik dengan allahyarham datuk Razali sehingga allahyarham kalah dalam pertandingan bahgian. Begitu juga dengan permainan politik Nasir Ibrahm Fikri di bahgian Nerus/Seberang Takir.
14. Begitu juga Ahmad Said dibahgian Kemaman. UMNO Terengganu berpecah belah dan berpuak2 sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Dan jika ini berterusan, tidak mustahil untuk PAS kembali bertapak dan mengambil alih kerajaan Terengganu.
15. Dalam keunikan politik Terengganu, ada juga keanihannya. Anihnya, UMNO Terengganu tidak pernah bergerak sebagai satu jemaah dalam PAU. Akibatnya, UMNO Terengganu tidak pernah menambat hati Presiden UMNO dulu, sekarang dan selamanya. Lihat saja kepada barisan kabinet Najib Tun Razak. Hanya satu menteri dari Terengganu. Apakah itu nilai pengorbanan UMNO Terengganu setelah bertungku lumus menyekat kemaraan PAS/PR? Bandingkan pula dengan Perak, Selangor, Penang, Kedah, Kelantan - berapa ramaikah menteri kabinet datang dari negeri2 dibawah gagasan PR. Itulah keanihan UMNO Terengganu, gegap gempita dinegeri sendiri tetapi menikus di PAU dan dihadapan barisan kepimpinan UMNO pusat.
16. Seterusnya, apakah senario menarik menanti esok? Apakah 10 ADUN akan menghadiri persidangan DUN negeri? Apakah mereka akan membuat usul tidak percaya kepada MB? Apakah mereka akan mendapat sokongan dari 8 DUN PAS?
17. Atau mungkinkah mereka akan membuat usul undi percaya kepada MB? Mungkinkah itu berlaku? Mungkinkah Ahmad Said dapat mengarah 10ADUN tersebut menyokong usul kepercayaan terhadap MB?
18. Yang pasti, kedudukan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sudah goyah dan beliau mesti membuat sesuatu untuk mengekalkan kedudukan beliau. Sanggupkah Ahmad Said mengadap Najib merayu dua jawatan timbalam menteri dikhaskan untuk Terengganu? Seantero dunia kenal kegedebelan Ahmad Said dalam menentang Eric Chia dalam kes perumahan Perwaja dan isu kereta Perdana. Mungkinkah Ahmad Said akan terus gedebe bila bersua dengan Muhyiddin Yassin dan Najib nanti? Atau, mungkinkah Ahmad Said akan mengecut bak ikan laga-laga yang hanya berani dibelakang botol kaca?
19. Sememangnya Terengganu negeri cantik, budaya menarik...dan sesungguhnya politik Terengganu pelik... sepelik makanan yang berselerak dipasar besar Kedai Payang...begitu juga dengan Rosol Wahid yang mengetuai 10 ADUN UMNO, kenapa beliau tidak membuat kenyataan mengenai polemik politik ini didalam blog beliau? Pelik juga kan....
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: The vocal YB Hassan Karim was called up by his own
party’s disciplinary c...
3 days ago
No comments:
Post a Comment