- Posting kali ini agak sensitif bagi penulis. Selama ini, penulis cuba menjauhkan diri dari terjerumus didalam isu yang melibatkan perbedaan pendapat dalam hal-hal bersangkutan agama. Walaupun demikian, ada masanya, isu saperti ini perlu diketengahkan dan dibincang dengan cara rasional.
- Isu pertukaran agama yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur telah dibincangkan hingga ke tahap kabinet dimana akhirnya satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membincangkan dan mencari penyelesaian kepada masaalah yang ditimbulkan.
- Secara ringkasnya, ia membabitkan pasangan Mohd Ridzuan Abdullah seorang saudara baru dengan isterinya Puan Indra Ghandhi. Mohd Ridzuan telah memeluk agama Islam dan didakwa memaksa anak-anaknya memeluk Islam.
- Nazri Aziz, Menteri diJPM, berkata jemaah kabinet memutuskan kanak-kanak kekal menganut agama asal ketika ibubapa mereka berkahwin. Apakah keputusan kabinet adalah sebulat suara? Apa kata Jamil Khir Baharom, menteri diJPM yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal agama Islam? Apa kata Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi, yang pada satu ketika ditugaskan untuk menjaga hal ehwal agama Islam?
- Anihnya, Malaysiakini melapurkan bahwa Koh Tsu Koon mengatakan bahwa semua ahli mesyuarat lebih memahami keadaan dengan lebih mendalam. Tsu Koon tidak pula mengatakan bahwa kabinet telah memberi keputusan sebagaimana yang dinyatakan oleh Nazri, walhal Tsu Koon ialah pengerusi mesyuarat yang dihadiri oleh Shahrizat, S Subramaniam, Jamil Khir Baharom, Presiden Malaysia Hindu Sangam, dan pemimpin MHS Perak. Apakah JAKIM dan JAIP tidak dipanggil sama? Jika tidak, mengapa?
- Didalam isu ini, adalah diharapkan bahwa kedua-dua ibubapa dapat berbincang dengan rasional demi masa depan anak-anak mereka. Persoalannya, apakah pihak-pihak berkuasa yang terbabit tidak memberi kounseling kepada kedua-dua Mohd Ridzuan dan Puan Indra.
- Bagi pendapat penulis, Mohd Ridzuan perlu berbincang dengan tenang dengan isteri beliau sebelum membuat keputusan. MHS tidak perlu terlibat secara langsung. Seharusnya, MHS dan JAIP perlu memberi ruang untuk Mohd Ridzuan dan Puan Indira berbincang. Sesungguhnya, kanak-kanak dari keluarga yang pincang akan menghadapi masalah. Jangan ditambah pada masaalah kanak-kanak tersebut dengan memberi tekanan yang tidak tertanggung oleh mereka.
- Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Nazri Aziz, maka sesungguhnya ia merupakan hari yang malang bagi Malaysia. Apa-apa keputusan kabinet yang melibatkan isu tukar agama perlu diluluskan oleh parlimen.
- Penulis bersetuju dengan saranan mufti Perak. Didalam hal yang sensitif ini, kabinet perlu merujuk kepada majlis fatwa atau kepada mufti. Begitu juga dengan pegangan Islam dalam anakanak dimana ibu bapa mereka menganut agama Islam.
- Penulis menunggu beberapa hari sebelum menulis posting ini dan mencari-cari sekiranya ada blog-blog terkemuka Malaysia membincangkan perkara ini. Setakat ini, tidak ada blog yang secara langsung membincangkan perkara ini. Penarik beca ada menyebut isu ini dari sudut pandang Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS. Bagaimana pula pandangan pemimpin UMNO? Sunyi tanpa berita...
- Mahaguru58 tidak membincangkan isu tukar agama tetapi membangkitkan kes pertunjukan fesyen yang disulami dengan hidangan arak ditempat awam yakni di KLCC.
- Satu persoalan yang timbul dibenak penulis ialah , apakah jabatan agama islam negeri akan bertindak sebagaimana MHS sekiranya ada penganut Islam yang ingin menukar agama?
- Penulis teringat tentang hadis yang mengatakan bahwa di akhir zaman umat islam melata dimuka bumi tetapi hanyalah sebagai buih-buih yang senang ditiup angin....fikir-fikirkanlah......
- Penulis juga menanti dan sentiasa mencari pendapat dan pandangan penulis blog lain termasuk sakmongkol, rockybru, raja petra, merah hitam, WJ khairy, marina mahathir, nuraina samad, norisha. Apakah mereka peka kepada isu ini? Penulis menanti dengan sabar dan tabah...
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment