Permulaan yang baik?
1. Dalam ucaptama sebagai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.
2. Satu retorik yang besar dari Perdana Menteri ke 6. Samada beliau dapat membentuk transformasi yang diidamkan atau retorik tersebut akan menemui kegagalan sebagaimana janji "Bekerja bersama saya" yang dilaungkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa mula-mula menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia 5 tahun yang lalu.
3. Datuk Seri Najib Tun Razak diwariskan UMNO yang lemah dalam keadaan BN buat kali pertama dalam sejarahnya gagal mengawal 2/3 kerusi parlimen.
4. Datuk Seri Najib Tun Razak merayu para perwakilan dalam perhimpuan agung UMNO untuk memberi satu barisan yang mantap untuk membantu beliau mentadbir Malaysia dan para perwakilan telah membariskan Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishamuddein Hussein Onn, Shafie Afdal serta Shahrizat dan Khairy Jamaluddin untuk membantu beliau.
5. Suka atau tidak, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bekerjasama dengan barisan yang diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk menerajui UMNO.
6. Cabaran pertama yang menunggu barisan baru kepimpinan UMNO ialah tiga pilihanraya kecil di DUN Bukit Selambau (Kedah), Batang Ai (Sarawak) dan Bukit Gantang (Perak). Walaupun ketiga-tiga pilihanraya itu tidak akan menukar kerajaan atau pemerintah, pilihanraya ini dianggap sebagai ujian terhadap penerimaan Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan beliau.
7. 3 pilihanraya kecil yang akan dijalankan serentak pada 7hb April 2009 memberi erti yang besar kepada kawasan setempat secara khusus dan memberi gambaran besar tentang keberkesanan UMNO dan BN dalam menerajui Malaysia. 3 tempat yang berbeza dengan adunan pengundi yang berbedza mempunyai kepelbagaian dam persamaan.
8. Untuk Bukit Selambau (Kedah), kerusi tradisional yang diwakili oleh MIC memecah rekod Malaysia apabila 15 calun telah menghantar borang pencalunan. 15 pencalunan, 15 calun, 13 bebas (6 Melayu, 6 India, 1 Cina), calun dari BN (MIC), calun dari PR (PKR).
9. Datuk Seri Samy Vellu, Presiden MIC, telah berkampung di Bukit Selambau 1 minggu sebelum penamaan calun dalam mengerakkan MIC untuk membuktikan kepada rakan kongsi BN bahwa MIC merupakan parti yang mewakili kaum India. Dalam menamakan Datuk Ganesan, MIC berharap ketokohan bekas YB dapat memenangkan BN dalam pilihanraya kecil ini.
10. Sekiranya MIC gagal memenangi Bukit Selambau, kedudukan Datuk Seri Samy Vellu akan bertambah goyah dan kedudukan MIC sebagai parti ketiga besar dalam BN mungkin akan tercabar. Ini juga akan membayangkan gerhana yang akan melanda MIC dimana MIC tidak akan mempunyai "leverage" untuk menuntut kerusi menteri persekutuan.
11. Sekiranya MIC gagal di Bukit Selambau dimana pengundi India ialah 20 % dari undi keseluruhan, MIC bukan lagi parti yang mewakili kaum India, Ini bermakna MIC perlu merubah dan perubahan itu perlu dilakukan dalam tempoh terdekat untuk mengembalikan kepercayaan kaum India terhadap MIC.
12. Di Batang Ai (Sarawak), pilihanraya kecil ini penting untuk kedua-dua belah pihak. Bagi BN, kemenangan di Batang Ai akan memberikan PBB ruang dan peluang untuk meminta "peruntukan" lebih kerana berjaya mengekang pengaruh PR.
13. Walaupun demikian, Batang Ai merupakan satu DUN unik dimana kaum pribumi Sarawak, kaum Iban merupakan 90 % dari jumlah pengundi berdaftar di Batang Ai. Selama tempoh BN memerintah Sarawak, Batang Ai merupakan salah satu kubu kuat BN.
14. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum Iban mula bersuara tentang kepincangan politik dimana janji BN yang dibuat sejak 20 tahun dulu masih belum ditunaikan. Kehidupan mereka masih ditakuk lama. Ada rumah panjang tanpa bekalan letrik, ada yang dalam keadaan daif, ada yang tanpa bekalan air tetap. Janji BN mengenai pembahgian tanah untuk mereka yang terlibat dalam program penempatan semula, terhasil dari pembinaan ampangan hidoelektrik Batang Ai pada tahun 80an, masih belum tertunai sepenuhnya.
15 Kaum Iban yang merupakan 90% dari pengundi berdaftar DUN N29 Batang Ai sudah muak dengan janji demi janji. Dengan gerakan bersepadu dari badan-badan bukan Kerajaan Iban yang bergerak bersama PKR dan diperkuatkan dengan media alternatif meningatkan kaum Iban tentang janiji-janji yang tidak tertunai. Kaum muda kaum Iban sudah mula menerima kehadiran pembangkang dan jika ini terus berlaku, tidak mustahil Batang Ai akan memberi kejutan kepada politik semasa Sarawak.
16. Dalam keadaan unik politik Sarawak dimana DUN Sarawak mempunyai 2 tahun lagi sebelum pilihanraya DUN egeri Sarawak akan diadakan, pilihanraya kecil DUN Batang Ai merupakan kayu pengukur tentang kekuatan BN Sarawak setelah BN dilanda tsunami politik dalam pilihanraya yag diadakan pada Mac 2008. Seandainya BN tewas di Batang Ai, BN perlu bekerja lebih kuat untuk mempastikan kekuasaan mereka di Sarawak tidak menerima kejutan Mac 2008.
17. BN yang menggunakan pembangunan sebagai sandaran kempen politik perlu merubah dan menjadi lebih peka kepada sentimen rakyat. Penguasaan terhadap media arus perdana sudah kurang berkesan dengan kehadiran media alternatif. Perpecahan diantara pemimpin-pemimpin BN Sarawak sudah dapat dihidu dan dieksploitasikan sepenuhnya oleh pihak pembangkang.
18. Batang Ai akan juga menjadi kayu pengukur tentang pengaruh tuai rumah terhadap anak-anak buahnya dalam mempastikan "bloc voting" kepada BN. Seandainya tuai rumah gagal untuk mempengaruhi anak-anak buah mereka dalam mengundi sesebuah parti tertentu, ini akan menunjukkan satu tren baru dimana pengundi sudah mula bebas memilih parti yang didokong oleh mereka secara individu.
19. Sekiranya BN tewas di Batang Ai, PBB dan BN perlu menyediakan pelan peralihan kuasa dari Ketua Menteri Sarawak sekarang kepada generasi muda kerana ini akan memberi petanda awal bahwa kepimpinan TS Abd Rahman Taib sudah mula ditolak oleh rakyat Sarawak.
20. Dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan serentak itu, pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang merupakan satu-satunya cabaran UMNO. UMNO, yang merupakan tulang belakang BN, hanya bertanding diBukit Gantang menentang musuh tradisi mereka, PAS.
21. Bagi BN, mereka perlu menang di Bukit Gantang untuk membuktikan bahwa rakyat Perak sudah menerima BN setelah tercetusnya krisis perlembagaan Perak.
22. Bagi PAS dan PR pula, pilihanraya kecil ini dilihat sebagai referendum rakyat Perak terhadap krisis perlembagaan Perak. Walaupun Bukit Gantang merupakan kubu kuat BN pra-2008, kemenangan atau kekalahan calun kali ini akan bergantung kepada polar pengundian kaum India dan Cina.
23. Sekiranya hari penamaan calun dijadikan ukuran, BN akan berdepan dengan tugasan berat untuk memenangi Bukit Gantang. Justeru itu, UMNO dan BN telah mengempur Bukit Gantang dengan kepimpinan tertinggi mereka termasuklah Timbalan Presiden UMNO MuhyiddinYassin. Tidak cukup dengan itu, BN akan juga menggunakan khidmat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed, unruk berkempen di Bukit Gantang. Ini menunjukkan kesungguhan UMNO dan BN untuk memenangi Bukit Gantang.
24. Setakat ini, berbagai cara telah digunakan untuk mempengaruhi pengundi, dari media arus perdana, risalah, program pembangunan, program kemasyarakatan dsb.
25. Kekalahan di Bukit Gantang akan memberi tamparan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Baru Malaysia.
26. Ketiga-tiga pilihanraya kecil ini adalah permulaan kearah satu Malaysia. Keunikan dan kepentingan setiap pilihanraya kecil ini akan memberi pentunjuk samada pengundi sudah mula membuat pilihan atas dasar parti atau masih bersandarkan kaum. Dengan kaum Melayu yang merupakan 60% dari pengundi berdaftar diBukit Selambau, jumlah undi yang banyak keatas calun-calun bebas Melayu akan membuktikan bahwa Malaysia masih membuat pilihan berpandukan politik kaum. Kemenagan kepada BN atau PR akan membuktikan bahwa Malaysia sudah melangkau kaum dalam ideologi politik.
27. Berlainan dengan kes Batang Ai. Di sana, pemilihan akan menunjukkan samada politik pembangunan masih menguasai aliran pengundian atau rakyat akan mengundi berdasarkan kemampuan parti dalam melaksanakan janji politik mereka. Ia juga akan memberi gambaran awal corak politik Sarawak dimasa depan.
28. Bukit Gantang akan membuktikan samada rakyat peka dengan keadaan semasa atau setia kepada parti politik. Peralihan pengundian bagi kaum India dan Cina kearah PR akan memberi gambaran bahwa rakyat menolak politik "ketuanan Melayu" yang diperjuangkan dan diwar-warkan UMNO. Kemenangan besar PR, sekiranya ia berlaku, akan membuktikan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan "buangan" PR dan ini akan "mendesak" BN untuk mengkaji semula pendekatan BN dan kerajaan persekutuan dalam menangani krisis perlembagaan Perak.
29. Begitulah cabaran yang dihadapi Datuk Seri Najib dalam impian beliau untuk membentuk satu Malaysia. Ini belum lagi termasuk dengan tuduhan-tuduhan peribadi yang mungkin memberi kesan terhadap kepimpinan beliau.
30. Walaupun demikian, kehadiran Tun Mahathir semula dalam UMNO, akan sedikit sebanyak memperkuatkan Datuk Seri Najib.
Fikir-fikirkanlah...satu Malaysia adalah satu konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kata-kata Malaysia boleh dari Tun Mahathir dan Islam hadari laungan Tun Abdullah kini perlu ketepi untuk memberi ruang kepada satu Malaysia nukilan Datuk seri Najib...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

No comments:
Post a Comment