1. Dalam ucaptama DS Najib Tun Razak senagai Perdana Menteri Malaysia, beliau antara lain menyebut In this spirit, I would like to announce that the government has decided with immediate effect, to remove the temporary ban on TWO news publications, release 13 detainees from ISA detention, and conduct a comprehensive review of the Internal Security Act.
Ucapan itu memberi kiasan bahwa Kerajaan pimpinan DS Najib memandang tinggi terhadap kebebasan akhbar serta akan membuat kajian menyeluruh terhadao Akta Keselamatan Dalam Negeri.
2. Ucaptama itu diharap membayangkan halatuju kerajaan dibawah arhan DS Najib.
3. DS Najib memperkukuhkan ikrar beliau dalam pertemuan belia dengan rakyat diPekan, Pahang dengan slogan "1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan". Ikrar yang mencerminkan kepentingan rakyat akan diuatamakan.
4. Sebagai nakhoda baru juga, DS Najib telah memberi bayangan bahwa BN tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penang N12 Penanti. Sebaliknya, DS Najib meminta rakyat untuk bersama-sama dalam usaha kerajaan menangani masaalah ekonomi yang akan melanda negara. Itu pandangan nakhoda BN yang pada kebiasaannya akan diterima oleh semua parti komponen BN.
5. Itu adalah tafsiran awal berpandukan ucaptama dan retorik DS Najib. Namun perlaksanaannya nampak begitu berbedza...
6. Rais Yatim, Menteri Penerangan, menafikan wujudnya arahan jangan menyiarkan berita mengenai kemelut politik di Terengganu. Dalam masa yang sama, beliau akan bertemu dengan badan-badan penyiaran persendirian (Media prima) supaya memberi keutamaan kepada negara melebihi keperluan komersial. Dalam erti lain, Rais kini sudah mula menunjukkan kuku dalam mengawal berita. Adakah ini yang dikehendakki oleh DS Najib?
7. Begitu juga dengan tindakan Media Prima untuk "mengelapkan" semua berita mengenai model Mongolia yang mengaitkan Razak Baginda, Najib, Rosmah. Adakah ini merupakan permulaan "news blackout" besar-besaran Media Prima dan RTM?
8. Menyentuh Akta Keselamatan Dalam Negeri, walaupun 13 orang tahanan telah dibebaskan pada 3hb April 2009, dilapurkan juga kerajaan Malaysia telah menahan 3 dibawah Akta tersebut pada bulan March 2009.
9. Lapuran awal menyatakan ketiga-tiga tahanan tersebut ditahan kerana disyakki terbabit dengan Jemaah Islam (JI). Malangnya, penanhanan ketiga-tiga orang ini tidah dihebahkan dalam mana-mana media massa. Walaupun DS Najib berikrar untuk mengkaji Akta Keselamatan Dalam Negeri, tindak tanduk pihak berkuasa tidak menjuruskan terhadap kelonggaran tindakan kerajaan. Mungkin ketiga-tiga yang ditahan merbahaya kepada keselamatan umum, tetapi apakah kesalahan mereka yang sebenar? Sekurang-kurangnya pihak berkuasa memberi rentetan kesalahan mereka supaya rakyat boleh menilai ketelusan kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib. Barang diimgat, Kementerian Dalam Negeri adalah dibawah seliaan Hishamuddein Hussein, sepupu DS Najib, bekas Menteri Pelajaran.
10. Sekiranya Hishamuddein Hussein tidak dapat memberi gambaran kesalahan tahanan-tahanan baru ini, ia mungkin mengambarkan kegagalan DS Najib sebagai nakhoda kerajaan baru. Kalau sepupu beliau sendiri tidak mendengar kata, apatah lagi barisan kepimpinan lain.
11. Begitu juga dengan ura-ura DS Najib supaya BN tidak bertanding diPenang N12 Penanti. Koh Tsu Koon dari Gerakan bersetuju dengan pendapat DS Najib manakala Samy Vellu pula tidak bersetuju. Alasan Samy Vellu ialah demi memelihara "integriti, prestij dan imej" BN. Samy masih gagal memahami poergerakan rakyat menolak beliau dalam tahun 2008 dan masih ingin menarik BN terjerumus kedalam "quicksand" yang merbahaya.
12. Mahathir Mohamed pula menyarankan BN tidak patut mengaku kalah di Penang N12. Sebenarnya Penang N12 bukanlah kayu pengukur yang sebenar. Seandainya BN tidak bertanding di Penang N12, kesannya tidak mendalam. Mahathir dan Samy perlu berfikiran lebih jauh iaitu tentang kesejahteraan rakyat dan tidak membabitkan BN dalam polemik politik yang berterusan. Penang N12 ialah perangkap politik Anwar Ibrahim. DS Najib perlu bijak bertindak untuk memilih dimana tempat untuk bertanding. Pilihanraya kecil Penang N12 tidak membawa apa-apa signifikan kepada BN. Biarlah Anwar terjun dengan labu-labunya di Penang N12.
13. Dalam masa kurang sebulan DS Najib memimpin Malaysia, sudah semakin jelas bahwa dalam barisan kabinet pilihan beliau ada individu-individu yang mentafsir retorik DS Najib dengan cara mereka tersendiri. Dan cara mereka tidak selari dengan kehendak DS Najib. Mungkin DS Najib perlu lebih bertegas dengan mereka ini, apatah lagi ada diantara mereka gagal dalam pertandingan PAU yang lalu tetapi masih diberi peluang dan ruang didalam kabinet DS Najib.
14. Dari segi politik, DS Najib perlu mengimbangi pendapat yang berbedza dari Samy Vellu, seorang pemimpin yang gagal untuk menarik sokongan kaum India kepada BN. Mahathir Mohamed akan terus memberi pendapat yang agak berbedza dengan DS Najib. DS Najib harus bertegas didalam isu-isu pokok supaya kepimpinan beliau tidak dilihat goyah dan "flip flop" sebagaimana era Tun AAB dulu.
15. Ucaptama dan retorik DS Najib harus diikuti dengan penafsiran dan perlaksanaan yang selari. Kegagalan barisan kabinet dan parti komponen untuk mengikut halatuju yang dirangka DS Najib akan membawa akibat yang buruk dan memungkinkan BN berkubur dalam GE 13. Mungkinkah DS Najib dalam keadaan "hajat dihati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai"?
Sehingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment