1. Dengar guruh dilangit, pasti halalintar memecah bumi...begitulah agaknya gahnya 10 ADUN UMNO apabila mereka tidak hadir pada hari kedua dipersidangan DUN Terengganu.
2. Berpandukan jumlah ADUN Terengganu seramai 32 orang dan PAS mempunyai 8 ADUN, selebih 24 terdiri dari ADUN BN, dan dari 24 itu 10 pula dikatakan tidak menyokong Ahmad Said. Maka bergoncanglah kepimpinan negeri Terengganu dibawah Ahmad Said.
3. Namun apa yang berlaku adalah antiklimaks. Najib dan Muhyiddin telah mengarahkan 10 ADUN UMNO untuk hadir dhari ketiga dan berbondong-bondonglah ke sepuluh ADUN tersebut masuk kedewan pada hari ketiga. Macam lembu ditindik hidung...hampeh...tak bermaya...takde gah...
4. Kalau dulunya qanita UMNO dan KJ melaung PAS dok rok secetong, nampaknya yang sebenarnya 10 ADUN UMNO inilah yang betul-betul dok rok secetong...
5. Berselindunglah dibalik kenyataan apapun, hakikatnya 10 ADUN ini memang dok rok secetong. Lembik...
6. Masihkan ada yang ingat bagaimana Rosol Wahid begitu beriya-iya mempertahankan Idris Jusoh ketika krisis MB Terengganu dalam tahun 2008? Betapa Rosol memberi kiasan bahwa mereka sanggup melepaskan dan meletak jawatan sekiranya Idris tidak menjadi MB Terengganu. Nah...Idris Jusoh tidak menjadi MB dan Rosol serta geng 10 masih menjadi ADUN. Dimana letaknya harga diri Rosol? Atau sememangnya Rosol dan geng 10 tidak mempunyai harga diri?
7. Tergelak pula bila membaca blog Rosol yang menyentuh peristiwa 10 ADUN tidak hadir persidangan DUN. Dia yang memulakan angkara, PAS ula yang disalahkan...apa ke hal ni? Berani buat, berani tanggunglah brader...Dan dalam dalah satu wawancara akhbar, Rosol telah menyatakan bahwa Ahmad Said tidak pernah berbincang dengan 10 ADUN UMNO ini. Rosol, Rosol, tak faham faham ke? Orang dah tak sudi, kenapa masih terhegih hegih menanti bulan jatuh keriba?
8. Bercakap tentang DUN Terengganu ini, Malaysiakini melapurkan bahwa RTM tidak menyiarkan berita ini. Takkan censor kot...Kan Najib sendiri menyarankan bahwa media harus berani menyiarkan berita yang sebenar? Takkan RTM nak lawan towkay...
9. Nampaknya di Terengganu sekarang, macam macam ada...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment