Bagi DUN Kedah N25, kini merupakan malam2 kritikal untuk menarik dan mengumpan pengundi. Hujung minggu Kedah jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Parti2 yang bertanding akan bergiat lebih aktif pada 2 malam ini.
Begitu juga dengan pelayar-pelayar internet. Bloggers PR dan BN akan saling berebut mengeluarkan posting2 maut untuk menarik perhatian pengunjung.
Saya tertarik dengan posting Nobisha yang meletakkan benchmark yang agak tinggi untuk kerajaan PR Kedah. Bagi beliau, kenyataan ahli EXCO PKR untuk mengeluarkan geran tanah untuk penduduk yang terlibat. 120 keluaga akan mendapat geran2 tersebut. Sekilas pandang, Nobisha menyamakan kerajaan PR dengan Coca Cola, ertinya tiada beza diantara PR dan BN.
Kalau dihalusi kembali kenyataan ahli EXCO tersebut, jelas bahwa pemberian geran telah dijanjikan sejak Julai 2008 dan dibuat secara berperingkat. Harus diingat bahwa ahli EXCO tersebut tidak mengagih-agihkan geran tetapi membuat kenyataan bahwa pihak beliau akan meneliti keperluan tersebut.
Bagaimana dengan janji2 BN? Posting anilnetto melapurkan tentang Muhyiddin Yassin menyerahkan cek bernilai RM 350000untuk kerja2 pengubahsuaian Sek Jenis Kebangsaan (T) Sungai Tukang dalam DUN Bukit Selambau. Jelas dan sahih, gitu...betul tak?
Persoalannya, apakah BN OK untuk membuat sesuatu tetapi perkara yang sama tdak boleh dibuat oleh PR? Apa ke hal ini?
Jelas sekali, BN makin tertekan...dan dalam keadaan tersebut, BN terkapai-kapai...terus mencapai, mencengkam, apa2apa yang dapat untuk terus hidup...
Dalam perbualan telepon dengan rakan di Sungai Petani, beliau dengan ringkasnya mengatakan bahwa beliau akan mengundi calon bebas. Siapa? Dia masih belum pasti tetapi yang pasti undian beliau ialah untuk pengundi bebas. Kenapa? Kerana beliau sudah pening akibat terlalu ramai calon!
Seorang surirumah akan pulang mengundi diBukit Selambau. Untuk menjalankan kewajipan ini, beliau terpaksa berjauhan dengan suaminya. Katanya "Kenapalah gomen pilih hari Selasa?" "Bukan hari pertama kerja tetapi hari kedua". Untuk menjalankan kewajipan itu, beliau terpaksa mengambil cuti selama 2 hari....Nah, SPR dalam cerdik ada juga yang kurang cerdik....
Siapa menang? BN berusaha, PR berusaha, Bebas pun berusaha...7 hb, keputusan di tangan para pengundi...BN menang, PR menang no hal....sebab tak akan mengubah kerajaan PR Kedah...tapi kalau BN kalah, kat mana agaknya Semi Velu nak letak muka? Mungkin beliau terpaksa berjiran dengan Bala PI....nasib kau lah Semi....
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment