PAS adalah bulan purnama. Apakah kegerhanaan akan menimpa dengan tertubuhnya PAN?Setiap kali musim bah, setiapkali jualah pantai berubah. Itu lumrah alam... Bagaimana pula dengan dunia politik?
SEcara peribadinya, saya melihat klimaks politik Islam agak kurang terurus dengan perginya TGNA Februari lalu. Kalau semasa hayat beliau, sudah timbul aliran pemikiran baru yang mula mencabar kepimpinan ulama', pemergian TGNA memberi laluan untuk golongan yang dilabel "progresif" untuk terang-terangan mencari ruang-ruang untuk menempelak kepimpinan ulamak. Paling serius ialah apabila Gerakan ini mula berdiri dibawah "Gerakan Harapan Baru" dan mula mempersoal tentang "timing" Hudud.
Satria GHB yang dikemudi oleh Mat Sabu tlah dengan jayanya mengenepikan PASMA dari kelompok kepimpinan mereka. GHB yang saya pasti didalangi oleh parti-parti politik dibawah Pakatan Rakyat telah memasukkan jarum-jarum untuk mempersoalkan segalan tindak tanduk PAS. Bukan itu saja, golongan ini yang dahulunya diketengahkan oleh PAS secara terang-terangan mempersoalkan ketokohan kempimpinan ulamak selain dari mengijak-ijak Majlis syura' PAS. Tindakan mereka menjadi lebih berani apabila DAP terus-menerus menyerang PAS.
Dalam pilihanraya parti yang lalu, pasukan GHB telah tersungkur dimana hampair kesemua kepimpinan GHB kalah dalam perebutan parti. Kekalahan ini telah menyalakan lagi api untuk GHB membentuk parti politik baru. Permohonan mereka telah ditolak oleh ROS. Akhirnya, pada 31 hb Ogos, Mat Sabu telah mengumumkan GHB mengambil alih parti pekerja (Workers party) dan rebranding kepada PAN (Parti Amanah Negara). Maka berdoyong-doynglah penyokong GHB mengisytihar keluar dari PAS. Mereka termasuk beberapa ahli parlimen dan wakil rakyat.
Antara nama-nama mereka adalah Mat Sabu, Ahmad Awang, Khalid Samad, Zulkefly, Mariah, Hatta Ramli. Namun, dalam kekalutan mereka bergodong-godong menyertai PAN, ada juga satu dua kerat dari saf pendokong GHB yang masih setia bersama PAS. Antaranya ialah Mahfuz Omar. Untuk itu, saya menghormati pendirian Mahfuz yang setakat ini masih setia bersama perjuangan PAS.
Begitu juga dengan Husam Musa. SEhingga kini, masih belum dengar riak beliau akan menyertai PAN walaupun dikatakan Mat Sabu sanggup memberi laluan kepada Husam Musa.
Apa reaksi saya? Saya melihat kelompok GHB yang kini bernaung dibawah PAN sebagai kelompok yang gelojoh. Kegelojohan mereka makin terserlah apabila sanggup mengambilalih kepompong Workers party untuk dijadikan vehicle perjuangan mereka. Tahukah mereka bahwa bukan senang untuk menukar perlembagaan parti untuk mencerminkan perjuangan? A picture can paints a thousand words tapi tak mungkin perlembagaan parti dapat menterjemahkan segala intipati perjuangan? Selain daripada itu, dalam perasaan syiok sendiri, Hanipa Maidin telah menjadi jurucakap sukarela DAP untuk menolak PAS dalam gugusan Pakatan Rakyat 2.0. Mugkin kerana perasaan syiok sendiri inilah, Hanipa Maidin merasakan pakatan pembangkang tidak lagi perlu kehadiran PAS dalam barisan itu. Apa yang disuarakan oleh Hanipa adalah bertentangan dengan kenyataan Anwar Ibrahim tempoh hari.
Sebenarnya, siapa yang "Boss" sekarang? Nampaknya LGE mla mengorak langkah bersama Mat Sabu utk mengenepikan Anwar/Wan Azizah...
PAS masih tidak memberi respons pada kenyataan Hanipa kerana PAS telah menyatakan pendirian mereka satu ketika dulu. Apa alternatif yang ada? DAP boleh menuntut rakan pakatan rakyat iaitu PKR utk mengambil pendirian bersama memulaukan PAS atau mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Itu hak DAP dan PKR..terpulang.
Buat masa ini, adalah lebih baik PAS berdiam diri kerana pasti kebenaran akan terserlah jua... mungkin juga adalahlebih baik PAS berjalan sendiri atas landasan untuk menegakkan syiar Islam. Sekiranya PAN dan Mat Sabu "gatal" benar nak keluarkan PAS, biarlah PAN membuktikan kekuatan politik mereka dalam pilhanraya akan datang. Bagi saya, ahl parlimen yang menyertai PAN adalah untested. Biarlah mereka berdiri dibawah panji-pamji PAN dan kita lihat samada mereka menang bertarung atau tidak.
Mungkin juga, ini adalah pembersihan yang diperlukan untuk menapis mereka yang terlalu taksud dengan idea Anwar sebagai PM. Saya rasa PAS lebih matang dari itu dan pengajaran Kajang move telah memisahkan yang satu dari yang lain.
Mungkin juga, ini adalah cubaan yang maha kuasa....wallahualam
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment