Apakah Malaysia sedang menghadapi krisis identiti dan halatuju? Fikir-fikirkanlah...
Dimana permulaannya? Setelah 58 tahun merdeka, apakah kita benar-benar bebas dari cengkaman penjajah? Mungkinkah kita kini berhadapan dengan cabaran terhebat, dalam sandiwara antarabangsa dengan skrip yang ditangani oleh barisan pelakun-pelakun antarabangsa. Kali ini bentuk penjajahan yang kita hadapi datang dalam pelbagai bentuk dan ragam.
Sebagai satu negara yang strategik dirantau ASEAN, Malaysia memerlukan seoarang pemimpin yang bukan saja dinamik tetapi juga mengamalkan sifat yang terbuka, bukab saja dari segi polisi negara tetapi juga intergriti diri yang tinggi.
BERSIH 4.0 telah berlalu. Suka atau tidak, ia mempunyai impak yang tersendiri bergantung pada dari arah mana pandangan yang kita percaya. Untuk mereka yang menyertai BERSIH 4.0, dari segi fizikal mahupun dari segi sokongan moral, BERSIH 4.0 telah berjaya menghantar satu mesej pada kepimpinan Negara bahwa masih banyak kepincangan yang perlu dihadapi. Sekali lagi, diperturunkan tuntutan BERSIH 4.0 sebagai renungan :-
1. Free and Fair Elections (Pilihan Raya yang Bebas dan Adil)
2. A Transparent Government (Kerajaan yang Telus)
3. The Right to Demonstrate (Hak Berdemonstrasi)
4. Strengthening the Parliamentary Democracy System (Memperkukuh Sistem Demokrasi Berparlimen)
5. Saving the Economy of Malaysia (Menyelamatkan Ekonomi Malaysia) [18]
6. Resignation of Prime Minister, Najib Razak (Perletakan Jawatan Perdana Menteri oleh Najib Razak)
Biarlah gambar berbicara tentang sambutan rakyat terhadap BERSIH 4.0.
Perhimpunan berterusan 36 jam membuktikan bahwa jika tidak ada provokasi, perhimpunan dapat diadakan secara aman tanpa kerosakan harta benda atau memberi kesan negatif kepada ekonomi setakat ketika perhimpunan dijalankan.
Kita menantikan dengan debaran bagaimana pula perhimpunan "baju merah" yang di war-warkan akan diadakan pada 16hb September nanti.
Kembali kepada tajuk asal, walaupun kesemua 6 tuntutan BERSIH 4.0 adalah penting, tetapi tuntutan nombor 5 dan 6 mempunyai impak terus terhadap 1MPM6 Najib. Suka atau tidak, 1MPM6 sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dimana beliau perlu memilih samada untuk terus duduk di Putrajaya atau mengundurkan diri secara terhormat.
Umum mengetahui bahwa Najib memecat TPM dan mengambil rakan regu yang baru iaitu Ahmad Zahid. Umum juga mengetahui bahwa didalam mesyuarat MT UMNO, Timbalan Presiden UMNO mengakui ada konspirasi terancang untuk menjatuhkan Najib. Mungkin pendedahan itu merupakan satu muslihat politik sesudah termetrai perjanjian dalaman antara Presiden dan Timbalannya.
Dengan tekanan yang berterusan terhadap Najib, Najib perlu mengutamakan Malaysia dari diri beliau sendiri. Malaysia memerlukan penggorbanan dari Najib dan Najib perlulah akur pada kehendak ini. Kenapa? Sehingga ke saat ini, Najib tidak menafikan tentang isu "derma" RM 2.6B. Apa yang kita dengar ialah pengakuan Najib bahwa beliau tidak menggunakan dana tersebut untuk dirinya TETAPI beliau tidak menafikan keujudan dana RM 2.6B.
Yang paling mengerunkan ialah apabila pentadbiran 1MPM6 mengambil langkah-langkah yang dilihat sebagai mencengkam serta bertujuan untuk menghalang penyiasatan terhadap ketirisan terutama berkaitan dengan 1MDB. Antara lain :-
1. 1MPM6 Najib memecat Muhyiddin Yasin dan Shafie Afdal dari kabinet serta menamakan mereka yang dilihat sebagai "Yes men" sebagai ahli kabinet yang baru;
2. Peguam Negara Ghani Patail dihentikan dari jawatan dan diganti dengan Apandi yang dilihat sebagai penyokong Najib. Apandi menghentikan penyiasatan terhadap 1MDB;
3. 2 pegawai SPRM yang terlibat dalam pasukan penyiasat khas terhadap 1MDB telah dipindah serta merta ke JPM. Pertukaran tersebut dibatalkan setelah mendapat tentangan;
4. Pengarah SB telah dipencenkan serta Penolong beliau telah dipindakan ke JPM. Walaupun demikian, pertukaran itu mendapat tentangan kerana tidak ada bidang kerja yang diberikan kepadan Timbalan Pengarah B (Hamid);
5. 2 pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) telah ditahan oleh PDRM. Pegawai2 ini adalah sebahgian dari penyiasat khas 1MDB;
6. Lapuran BNM yang telah dimajukan kepada Peguam Negara baru tidak diambil tindakan. Alasan Peguam Negara? Sibuk. Apakah 20 hari masih tidak mencukupi untuk Peguam Negara membuat keputusan tentan lapuran BNM? pakah Peguam Negara merasakan tindakan ndang2 terhadap beberapa individu tidak perlu kerana kepentingan tertentu?;
7. Penyiasatan PAC terhadap 1MDB tertabgguh apabila Najib melantik 4 ahli PAC (dari BN) sebagai sebahgian dari ahli kabinet beliau;
Najib tidak perlu menunding jari pada pihak lain atas kecuaian beliau dalam menguruskan amanah yang telah diberikan. Samada 1MDB menghadapi masaalah kewangan akibat penipuan tersusun atau rangkaian penipuan melibatkan beliau. Najib tidak perlu menuduh pihak lain yang di katakan berkepentingan untuk menjatuhkan beliau. Najib gagal menggunakan kesempatan untuk menjawab terus pada ICAC tempoh hari. Najib memilih untuk tidak menghadirkan diri atas "nasihat" Paul Low. Ini adalah tidak selari dengan laungan beliau "Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan".
Jom kita merenung dari sudut lain tentang apa yang mungkin terjadi tetapi di sembunyikan untuk menutup cerita sebenar.
Kalau dilihat dari makro, gambarannya ialah 1MDB yang diasaskan oleh Najib merupakan biawak hidup yang kini menghantui 1MPM6 Najib. Akibat kepincangan akaun 1MDB dan peralihan wang melalui beberapa akaun serata dunia, beberapa negara telah memulakan penyiasatan sendiri. Selain daripada itu, pendedahan berterusan dari Sarawak Report menjadi punca Justo ditahan di Thailand.
Antara negara-negara yang terlibat dengan pendedahan dan "salah laku" 1MDB adalah Singapura, Switzeland, Hong Kong, Thailand, Britain dengan Perancis dan Amerika Syarikat mungkin akan melibatkan diri dalam masa terdekat. "Minat" yang ditunjukkan oleh negara-negara ini perlu dilihat dari sudut lain. Untuk masa ini, eloklah dikategorikan minat mereka kepada nilai komersil dan politik antarabangsa.
Nilai komersil yang dimaksudkan adalah nilai pertukaran wang antara negara apabila Malaysia perlu membuat tempahan besar. Sebagai contoh ialah minat Malaysia untuk memiliki Helicopter carrier dan pesawat pejuan yang baru. Cuba kita perhatikan keadaan mutakhir apabila :-
1. Perdana Menteri Britain datang ke Malaysia untuk mempromosikan jet pejuang Typhoon walaupun dikecam hebat oleh pembangkang. Barang diingat kedatangan Cameroon tidak dengan tangan yang kosong kerana Britain telah menolak permintaan Malaysia untuk menahan Claire Brown yang merupakan peneraju Sarawak Report. Sebaliknya, Britain yang mempunyai hubungan rapat dengan Hong Kong akan menggunakan pengaruh mereka untuk mendesak Najib membeli jet pejuang Typhoon kerana Hong Kong telah membuka penyiasatan terhadap akaun-akaun bank yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Najib;
2. Dalam masa yang sama, Perancis juga datang bertamu ke Malaysia untuk menawarkan Mistral helicopter carrier dan jet pejuang Rafale. Perancis juga mempunyai "saham" dalam diri Najib apabila kes kapal selam Scorpene masih dalam siasatan mereka. Perancis mempunyai asas untuk mendesak Najib membuat pilihan kerana penyiasatan pembunuhan Altantunya serta "brokerage fee" ditangguh sementara atas sebab-sebab politik dalaman Perancis. Perancis akan mempercepatkan penyiasatan sekiranya ia dapat mempengaruhi Najib untuk membeli senjata dari Perancis;
Itu baru dari segi komersil, bagaimana pula dari segi politik antarabangsa? Kemungkinannya ada, antaranya :-
1. Diantara kesan 1MDB, Singapura telah membekukan 2 akaun yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Selain dari itu, Singapura telah meminta kerjasama Malaysia untuk mengesahkan beberapa perkara dibawah "money laundering act". Singapura juga mempunyai beberapa isu "sensitif" melibatkan Malaysia. Antaranya ialah bekalan air mentah ke Republik tersebut. Mungkinkah Singapura akan menggunakan hasil siasatan itu sebagai percaturan memandangkan Najib amat terlibat dalam 1MDB?;
2. Thailand juga mempunyai sesuatu yang melibatkan 1MDB. Justo Xavier telah ditahan di Thailand kerana dipercayai cuba menggunakan maklumat tentang 1MDB untuk mengugut syarikat beliau. Wlaupun ditangkap, Thailand mungkin akan menggunakan maklumat yang ada untuk mempengaruhi Najib apabila mereka bertemu untuk hubungan dua hala. Ini akan merupakan satu "setback" dan "disadvantage" kepada Najib secara peribadi dan Malaysia secara am;
3. Perlu juga diingat bahwa didalam apa-apa jua hal, Amerika Syarikat akan masuk campur sekiranya ia mengguntungkan mereka. Bank2 yang berniaga dengan 1MDB akan tertekan sekiranya terdapat unsur-unsur peralihan wang haram, apatah lagi sekiranya ia membabitkan 1MPM6 Najib. Ada sebahgian bank ini menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat dan secara "indirect" perlu malapurkan perbuatan "money laundering" kepada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat sudah lama mengidam untuk mengawal Selat elaka dan ni akan memberi peluang yang paling cerah untuk mereka mengawal Selat Melaka serta menjejaskan pengaliran minyak kepada China yang kini merupakan saingan utama Amerika Syarikat dalam pentas dunia.
Seandainya Najib mempunyai jiwa yang besar, beliau seharusnya mengambil langkah berani untuk mengundurkan diri dari pesada politik tanahair dan membiarkan pengganti beliau mengambil alih. Mungkin Najib mempunyai sedikit ruang apabila mesyuarat MT yang lalu berjalan lancar dan membibitkan satu jambatan rapuh antara Najib dan team Muhyiddin/Shafie Afdal. Itu tidak bererti Najib dapat berlapang dada untuk mula menjelajah dunia sebagaimana yang dibuat sebeum skandal 1MDB.
Andainya benar Najib akan memulakan perjalanan pada 15hb September ini, maka ternyatalah beliau tidak peka bahwa 16hb September merupakan tarikh keramat tertubuhnya Malaysia. Sebagai Perdana Menteri, 1MPM6 Najib perlu dilihat di Malaysia untuk bersama-sama rakyat menyambut tarikh tersebut dan bukannya berada di England, tempat penjajah terdahulu sebelum kita mencapi kemerdekaan.
Selain dari itu, ketiadaan beliau dan Menteri Pertahanan kerana menghadiri pertunjukan dan pameran pertahanan antarabangsa mungkin akan memberi ruang dan peluang untuk musuh-musuh politik beliau bertindak.
Untuk itu, fikir-fikirkanlah...
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment