Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masyarakat memilih untuk memandang serong terhadap Siti dan keluarga. Malah ada juga yang mengambarkan bahwa ayah Siti telah menipu masyarakat dengan menguar-uarkan bahwa beliau telah menikahkan anaknya dengan suspek. Itu kata mereka, itu kata sebahgian masyarakat. Benar atau tidak bukan hak penulis ini untuk mengulas...
Pemergian adik Syafia Humairah Sahari kini merungkai seribu persoalan. Bermulanya tragedi beliau disini dan disini.
Dalam mencari kebenaran dan kasahihan berita, penulis berkesempatan membaca apa yang dilakarkan oleh wartawan TV3 disini. Sudah tiba masanya untuk penulis mengambil pendirian yang berbedza yakni melihat dari kacamata Siti Nurhanim, ibu Syafia...
Dalam wawancara terawalnya, Siti Nurhanim mengatakan disini mengenai kesempitan hidup yang dihadapi dan Bernama mengulas dengan lebih lanjut disini. Antara lain, Siti Nurhanim dan Bernama meluahkan :-
- Siti Nurhanim, 25 tahun, merayu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan beliau dan dua anaknya dirumah kebajikan untuk menjalani pemulihan, kaunselling dan perlindungan bagi memulakan hidup baru;
- Beliau memperakui bahwa beliau sudah banyak melakukan kesilapan dan meminta bantuan JKM;
- Beliau tidak sanggup lagi hidup menderita yang bermula dengan penahanan suaminya, Sahari Usol 33 tahun;
- Bapa Syafia Humairah, Sahari Usol, dipercayai adalah bekas anggota polis yang ditahan di penjara Sungei Buloh;
- Siti Nurhanim, seorang suri rumahtangga terpaksa berkerja sebagai promoter di ibu kota untuk menyara hidup 3 anaknya selepas suami beliau dipenjarakan;
- Beliau tidak sanggup lagi berdepan dengan pandangan serong masyarakat terhadap beliau kerana bersuamikan banduan;
- Kehadiran teman lelaki, yang kini ditahan reman sejak kematian Syafia Humairah, membantu Siti dan menjaga beliau serta merancang untuk mendirikan rumahtangga;
- Rancangan mereka terbantut kerana keengganan suami Siti untuk melepaskan dan seterusnya membolehkan Siti menjalinkan hubungan sah dengan suspek;
- Banyak pihak menyalahkan beliau (Siti) tetapi ketika beliau menghadapi kesusahan, tiada pihak yang tampil membantu;
Itu adalah sebahgian dari luahan Siti Nurhanim. Malangnya, masyarakat begitu cepat untuk melabelkan Siti seolah-olah beliau merupakan ibu yang tidak bertanggungjawab. Kini, sudah sampai masanya unuk kita sama-sama menilai :-
- Sekiranya benar lapuran yang menyatakan bahwa Sahari Usol ialah bekas anggota polis yang dipenjarakan, apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pertubuhan amal anggota polis untuk membantu Siti Nurhanim sebelum ini? Apakah Siti Nurhanim tidak layak untuk menikmati kemudahan yang diberikan kepada isteri anggota polis?;
- Dimanakah pegawai JKM ketika Siti Nurhanim berhadapan dengan masaalah yang menimpa beliau? Apakah Siti diberi bantuan dan sekiranya, apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada beliau?;
- Bagaimana dengan sikap masyarakat setempat? Apakah tindakan mereka untuk membantu ibu tunggal ini? Apakah beliau tersenarai sebagai salah seorang yang perlukan bantuan?;
- Apa pula peranan JKKK dalam mengatasi masaalah Siti? Apakah Siti hanya sekadar statistik? Pernahkan JKKK mengambil berat tentang Siti?
- Tanpa prasangka, kenyataan yang dikeluarkan Siti adalah suara hati beliau. Selepas begitu lama tertekan dengan konflik, beliau meluahkan rasa hati beliau - siapa yang mampu mendengar? Siapa pula yang mampu membantu?;
- Benar, Shahrizat menziarah keluarga Syafia tetapi itu adalah lawatan gimik politik. Benar, Shahrizat menjanjikan bantuan kepada Siti, tetapi persoalannya siapa pula yang akan memastikan Siti benar-benar dibantu?;
- Kini kesalahan lepas menghantui Siti. Beliau berdepan dengan tohmahan dan pandangan serong atas perbuatan beliau, tetapi sebenarnya kegagalan ini bukanlah kegagalan beliau tetapi kegagalan masyarakat untuk menangani masaalah beliau. Tidak salah kalau penulis katakan bahwa BN telah gagal di peringkat pusat untuk menjana satu masyarakat madani. Rhetorik politik BN tentang 1M dan keprihatinan hanyalah bagai menanam tebu dibibir, sekadar memenangi hati rakyat untuk mendapat undi penentu.Begitu juga dengan PR. Rhetorik mereka sama cuma nada mereka berbeda. PR yang telah diberi kepercayaan untuk menerajui Selangor juga mempunyai tanggungjawab terhadap Siti Nurhanim. Mana perginya EXCO yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ibu tunggal?
Persoalan yang lebih penting adalah - Apakah kita gagal untuk membentuk masyarakat prihatin? Apakah kita terlalu asyik mengejar kemewahan material sehingga kita melupakan tanggungjawab sosial? Apakah kita sudah lupa nilai-nilai kehidupan cara timur yang kaya dengan budi pekerti dan tingkahlaku yang sopan?
Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masyarakat memilih untuk memandang serong terhadap Siti dan keluarga. Malah ada juga yang mengambarkan bahwa ayah Siti telah menipu masyarakat dengan menguar-uarkan bahwa beliau telah menikahkan anaknya dengan suspek. Itu kata mereka, itu kata sebahgian masyarakat. Benar atau tidak bukan hak penulis ini untuk mengulas...
Tetapi dalam masa yang sama, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahwa suspek yang ditahan reman perlu diambil tindakan segera. Kalau benar beliau bersalah, ambil tindakan terhadap beliau melalui proses undang-undang sedia ada.
Mengapa ada suara sumbang yang kini mempersoalkan anak siapakah Syafia. Apa gunanya? Apa lebihnya dan apa kurangnya siapa bapanya? Bagi penulis, Syafia ialah seorang insan yang telah kembali menemui pencipta. Sudah tiba masanya untuk masyarakat kembali bersatu untuk membantu yang lemah. Apakah masyarakat masih memilih untuk mendahulukan kekayaan dari tanggungjawab sosial? Jawapannya senang - Tepuk dada tanya selera...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
2 comments:
Semoga Siti Nurhanim dan anak-anaknya mendapat bantuan dan perlindungan yang sewajarnya
Benar-benar seperti desain grafis dan navigasi dari situs, mudah di mata dan konten yang baik. situs lain hanya terlalu meluap dengan menambahkan
Post a Comment