Wednesday, March 17, 2010

Jamil Khir Baharom : Pernikahan Islam...

Sememangnya Islam di Malaysia berhadapan dengan ujian gentir. Saban hari, ada saja berita yang mencerminkan kepincangan kehidupan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Kali ini, masyarakat digegarkan pula dengan kehebatan Shamsudin Ajaib yang mempengaruhi ibu bapa kanak-kanak berumur 11 tahun untuk mengkahwinkan kanak-kanak tersebut dengan beliau dengan menjanjikan balasan syurga kepada ibubapa berkenaan. Apakah begitu mudah tiket ke syurga?

Sebagaimana biasa juga, Shahrizat menjanjikan siasatan "terperinci". Apa ke hal ini? Rumah siap pahat berbunyi? Shahrizat nampaknya begitu cenderung dengan sikap "reactive" dan tidak memainkan peranan "pro-active". Lepas satu isu, satu isu yang timbul dan Shahrizat akan menjanjikan siasatan demi siasatan. Bila siasatan selesai? Apa rumusan siasatan? Hanya Sharizat yang tahu... Contohnya kes rogol gadis Penan, kes kematian Syafia Humairah dan terbaru kes Shamsudin Ajaib. Siasat, siasat, siasat kemudian apa terjadi? Kertas siasatan sesat? Apa tindakan Shahrizat selepas itu? Atau apakah beliau akan memilih untuk mengambil tindakan ketika pilihanraya akan datang sebagai modal kempen politik beliau? Kita tinggalkan Shahrizat untuk membaiki labu-labunya dan berharap jangan "saperti tikus membaiki labu"...

Dalam kes Shamsudin Ajaib, dengan tak semena-mena kumpulan tabligh pula menjadi sasaran Shahrizat apabila beliau meminta pihak berkuasa menyiasat kumpulan tersebut. Mungkin siasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai oleh Shamsudin Ajaib tetapi sedikit sebanyak mempalitkan sama kumpulan jemaah tabligh yang lain.

Dalam masa yang sama, berbondong-bondonglah komen dan pandangan dikeluarkan dari pihak-pihak tertentu termasuk dari orang-orang politik hatta Nik Aziz juga telah mengemukakan pendapat dan pandangan beliau.

Terkini, Jamil Khir Baharom pula mengeluarkan kenyataan mempertahankan undang-undang Islam mengenai perkahwinan kanak kanak dibawah 16 tahun sebagai jawapan kepada desakan untuk mengubah perundangan tersebut. Beliau berpendapat :-

  1. Undang-undang sediaada masih relevan kerana mana-mana perkahwinan yang melibatkan gadis dibawah 16 tahun perlu mendapat kebenaran mahkamah;
  2. Mahkamah tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran tersebut;
  3. Kematangan merupakan persoalan subjektif dan tidak bergantung kepada umur sahaja;
Cukuplah setakat ini untuk renungan bersama. Apakah undang-undang yang berteraskan Islam perlu diubah untuk menepati kehendak mereka yang berpandukan logik dan fahaman barat? Tepuk dada tanya selera...sesungguhnya sememangnya Islam kini dihimpit dari semua sudut...terserah kepada umat Islam samada terus mengamal ilmu Allah atau beralih arah memuja ilmu manusia... Wallahualam

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

No comments: