Buletin pagi 4hb Mach 2010 mengejutkan kita lagi...sebuah restoren di Kota Damansara telah mempermainkan pengunjung Islam dengan mempamerkan logo "Halal" untuk menarik pelanggan.
Bagaimana ia boleh berlaku? Demi mengaut keuntungan, pemilik restoren tersebut tidak segan silu lagi menampalkan tanda "halal" sebagai "pelaris" namun hasil serbuan Jakim, adalah dipercayai bahwa restoren tersebut menggunakan logo "halal" palsu dan pekerjanya pula tidak beragama Islam (walaupun menggunakan nama seakan-akan Islam).
Lihat pula uniform yang dipakai oleh pekerja tersebut. Rasanya macam kenal saja unifom itu tapi dimana ya! Dari pakaian serangam mamak yang ditemubual, penulis percaya ini merupakan restoren berangkai yang kini tumbuh bagai cendawan dilembah Klang. Bagi mereka yang arif dengan restoren mamak, sekilas pandang sudah tahu nama restoren tersebut.
Persoalannya - dimanakan kepekaan rakyat Islam Malaysia? Apakah kita masih lagi diperkuda dan dipermainkan? Hanya dengan logo "Halal" dan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran, kita sidah percaya dan yakin bahwa pemilik dan pekerja restoren itu Muslim? Apakah dengan "warna" mereka sudah layak dipanggil "mamak"?
Begitupun, apakah Jakim akan mengenakan tindakan dibawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan? Apakah pegawai Jakim telah mengeluarkan saman dibawah seksyen tersebut semalam? Sekiranya tidak, mengapa tidak?
Mengarahkan pemilik premis tersebut menurunkan logo "Halal" palsu tidak mencukupi kerana ini soal maruah agama dan akidah. Pemilik premis tersebut selayaknya dikenakan sama dibawah seksyen tersebut. Jakim harus bersikap tegas dalam hal ini walaupun mungkin ada unsur-unsur campurtangan dari
pihak luar akan berlaku sekiranya tindakan tegas diambil. Jakim harus bertegas dalam hal ini dan tidak perlu berkompromi atau memberi nasihat akhir lagi. Kerana nasihat hanya akan tinggal nasihat bagi peniaga yang lebih mementingkan keuntungan dari mematuhi undang-undang.
OIM (cuma di Malaysia) kita berhadapan dengan hal ini. Semua kerana kelemahan umat Islam sendiri...kita lebih rela makan roti canai tanpa mengira halal haramnya...
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
No comments:
Post a Comment