Monday, March 01, 2010

Post Syafia : Kemungkinan yang ada...




Berbalik kepada posting terdahulu mengenai Syafia Humairah, maka tidak ail rasanya kalau dibiarkan beberapa isu yang dibangkitkan dibiarkan bergantung tak bertali. Justeru itu, penulis kali ini mengambil kesempatan yang terluang untuk memberi gambaran yang lebih jelas berpandukan kepada kenyataan akhbar dan lapuran media massa yang lain...

Ibu Syafia, Siti Nurhanim Aziz 25 tahun mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sedih beliau atas tohmahan bahwa beliau sedang mengandung 4 bulan hasil hubungan beliau dengan "Abang Mat", suspek yang ditahan reman atas kematian Syafia Humairah.

Antara lain, beliau dipetik sebagai berkata :-
  1. Beliau menafikan bahwa beliau sedang mengandung 4 bulan dan seterusnya menyatakan kekesalan beliau atas tuduhan melulu yang telah menambahkan tekanan dan kesedihan atas kematian Syafia;
  2. Beliau juga menegaskan bahwa anak beliau yang kini berumur 18 bulan, Shakimi Iqbal Sahari, adalah anak beliau dengan suami beliau yang kini sedang di tahan tanpa jaminan di penjara Sungei Buloh sejak 2006;
  3. Syafia ditinggalkan bersama suspek dari hari Rabu 24hb Februari) kerana Nurhanim terpaksa bekerja;
  4. Nurhanim mendapat panggilan pada pukul 8.30 pm mengenai kematian Syafia;
  5. Nurhanim bercadang untuk mendirikan rumahtangga bersama suspek selepas permohonan cerai fasakh beliau dengan suami beliau selesai dibicarakan;
Buat masa ini, penulis tidak ingin mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan tapi hanya sekadar mencari jawapan kepada :-
  1. Bagaimana boleh tersiar berita mengatakan bahwa ibu Syafia sedang mengandung 4 bulan? Siapakah yang mula-mula mengeluarkan cerita itu dan mengapakan berita itu turut disuarkan didada dada akhbar? Apatah lagi pihak berkuasa juga menyentuh perkara yang sama disini.
  2. Dinyatakan juga bahwa suami Siti Nurhanim telah dipenjara sejak 2006. Bagaimana pula Siti boleh mengenali suspek selama 6 tahun (iaitu sejak 2004) lagi kalau suami beliau dipenjarakan tahun 2006 iaitu 4 tahun lalu?;
  3. Bila Siti mengambil langkah untuk mendapat cerai fasakh? Kenapa jabatan agama mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masaalah ini?;
  4. Kenapakah masyarakat setempat tidak prihatin kepada keadaan yang dihadapi oleh Siti? Dimanakah pemimpin masyarakat? Dimanakah ahli agama dan kariah masjid ketika itu?

Sayugia dimaklumkan dalam masa yang sama, seorang blogger telah mengemukakan cabaran yang perlu ditanggung oleh masyarakat blogger. Penulis telah membalas cabaran itu dengan beberapa cadangan awal sebagaimana berikut :-

WJ



I am all ears on this. My first response?



1. Putting politics aside, the first act is to gather bloggers from both sides to sit together in planning out plans to be a "pro-active" group in handling cases that needs special attention. I am proposing an equal number of pro-BN and pro-PR bloggers to sit in the "caucus" together with apolitical bloggers. I have no problem if YB KJ choose to lead the group as he has the sufficient resources to be utilised by the bloggers;
2. The first sitting is to draw the plans on what to do when faced with such tragedies;3. YB KJ to provide facilitators to help bloggers in identifying potential problem areas and how to provide the best solutions to the problems;4. The group will meet at specific intervals to discuss the progress and what can be done to improve the situation as well as to monitor the feedback on cases attended;5. The group can be expanded when and where necessary so that the network can reach all walks of life regardless of religion, race and background;6. For first meeting, it is possible to have it during the 2nd week of March and the invitation can be extended by designated bloggers like WJ, Sak, Zorro so that each is responsible to contact the identified members.7. For pro-BN bloggers, WJ and Sak can take the lead to identify their group whilst Zorro and People's parliament can take theirs with pro-PR and Fi-sha can facilitate the apolitical ones...8. If this is a serious step to help those affected, may I suggest 5 bloggers from pro-BN, 5 from pro-PR and 3 from apolitical ones.9. BTW, these sets of bloggers who sit in this group will honour the pact that their identities will remains a secret, if that's what they choose...)
Let's see where we go from there...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...



Itu cadangan awal yang boleh diperkembangkan lagi sekiranya mendapat sambutan.

Penulis berhenti disini dan membuka peluang dan ruang untuk pembaca memberi buah fikiran...sementara penulis mencari penyelesaian terhadap susunatur blog ini...

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

No comments: