Monday, March 22, 2010

Antara 2 Ong dan 1 C : Ada JHEOA?

Minggu lepas agak memenatkan. Musim cuti sekolah dipergunakan sepenuhnya dimana begitu banyak majlis perkahwinan diadakan. Penulis juga tidak terlepas dari tugasan biasa - menjaga dan mengawal selia kerja mebasuh pinggan mangkuk, gelas, periuk belanga, baldi dsb.

Untuk itu, penulis akan membiarkan kisah antara 2 Ong dan 1 Chua seketika bagi kita sama-sama menilai satu lagi dakwaan "nakal" mengenai JHEOA dan dalam masa yang sama mengambil peluang menjelajah ke pantai timur untuk mendengar rungutan pengusaha chalet disana...

Kita mulakan dengan tindak tanduk pihak pencegah maksiat dari JHEAT yang dikatakan mengambil tindakan yang tidak mencerminkan kebudayaan timur dan tidak mengambarkan kebijaksanaan agama Islam itu sendiri. Bayangkan :-

  1. Kumpulan yang dipercayai anggota kerja JHEAT mengentuk pintu chalet dengan kuat pada pukul 2: 25 pagi;
  2. Menguut akan memecah pintu bilik walaupun diberitahu bahwa penghuninya sedang memakai tudung sebelum membenarkan mereka masuk;
  3. Mereka tidak menunjukkan sebarak kad kuasa dan bukti bahwa mereka memang benar-benar dari JHEAT;
  4. Salah seorang dari mereka mengintai melalui ruang tingkap;
  5. Tidak mengambil pendekatan memberitahu pengusaha chalet bahwa mereka sedang menjalankan operasi;
Kelemahan dan kepincangan ini (kalaupun boleh dikatakan kelemahan dan kepincangan) telah dikupas oleh pembaca MT disini. Rata-ratanya,hampir semua mengaitkan insiden itu dengan Islam dan Melayu.

Dalam masa yang sama, MK menyiarkan surat dari pembaca mengenai komuniti orang asli dan bagaimana beliau mentafsirkan kelemahan JHEOA dengan Melayu dan Islam. Antara lain, dari pengamatan beliau :-
  1. Kebanyakan klinik yang disediakan untuk merawat orang asli telah ditinggalkan atau tidak diuruskan (tiada pegawai perubatan) kerana pegawai perubatan yang ditugaskan tidak datang bertugas;
  2. Dalam masa yang sama, pegawai perubatan ini akan membuat tuntutan dan gaji keatas perkhidmatan yang tidak pernah diberikan;
  3. Terdapat kes dimana perempuan orang asli yang sarat mengandung terpaksa berjalan kaki ke jalan besar untuk mendapat rawatan dan meninggal didalam perjalanan;
  4. Terdapat pegawai perubatan yang enggan merawat pesakit orang asli kerana "mereka" adalah "kotor";
  5. Dalam kejadian banjir yang lepas, beras yang dihantar ke kampung orang asli untuk diagihkan telah ditinggalkan dirumah Tok Batin, yang merupakan ahli UMNO, dan beliau dikatakan menjual beras tersebut kepihak ketiga;
  6. Terdapat kes dimana tanah orang asli dipajakkan untuk menanam kelapa sawit dan sebagai ganjaran, setiap keluarga diberikan "duit sewa" sebanyak RM 500 sebulan bergantung pada budibicara Tok Batin;
  7. Asrama yang disediakan disekolah-sekolah dikatakan hanya untuk mereka yang beragama Islam sahaja;
  8. Bilangan kenderaan pancuan 4 roda dengan sisipan JHEOA berada begitu banyak dijalanraya KL dan selangor tetapi tidak begitu banyak untuk memberi khidmat dikawasan pendalaman Pahang;
Sekali lagi olahan pengamatan beliau mencerminkan budaya kerja yang tidak sihat dikalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Penulis tidak berhasrat untuk mempertikaikan berita dan pengamat mereka tetapi hanya sekadar memberi pandangan yang mungkin berbedza dari mereka :-
  1. Sebagai pemilik tanah chalet, pengusaha Chalet tersebut boleh mengambil tindakan untuk menghubungi polis untuk mendapat kepastian samada mereka benar-benar dari JHEAT ataupun tidak;
  2. Alasan pengusaha Chalet bahwa beliau tidak menyedari insiden tersebut adalah agak mengelirukan kerana pengusaha chalet tersebut seharusnya mengaji pegawai keselamatan atau jaga untuk memastikan persekitaran chalet tersebut selamat dan tidak dicerobohi;
  3. Pekerja chalet tentunya mempunyai alat perhubungan untuk menghubungi polis;
  4. Pihak pengurusan chalet seharusnya memastikan bahwa kumpulan tersebut meninggalkan kawasan chalet selepas operasi tersebut dan tidak kembali untuk mengintai penghuni chalet;
  5. Pihak JHEAT seharusnya mengeluarkan kenyataan samada mengiyakan atau menidakkan insiden ini kerana nama baik agama Islamm diheret sama dalam insiden tersebut;
  6. Pihak JHEAT bersama dengan polis serta pengusaha chalet tersebut harus berbincang dan mencapai sata kata sepakat bagaimana untuk mengatasi dari insiden tersebut berulang;
  7. Pengusaha chalet seharusnya mengambil langkah pro-aktif untuk menanagani masaalah ini dengan cara mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pihak pelancongan;
  8. JHEOA perlu maju untuk memberi penjelasan mengenai klinik-klinik yang telah ditinggalkan. Kenapa jadi begitu dan apakah alternatif yang disediakan untuk membantu pesakit orang asli;
  9. Pihak kementerian kesihatan harus tampil untuk memberi penjelasan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap pegawai perubatan yang meninggalkan tempat dan tugasan mereka;
  10. Pihak kementerian pelajaran perlu tampil untuk memberi perangkaan mengenai asrama dan apakah benar mengenai dakwaan bahwa asrama hanya dikhaskan untuk mereka yang beragama Islam sahaja;
  11. Berapakah pegawai perubatan yang disediakan? Apakah mereka ditempatkan untuk menyelia satu kawasan saja atau mereka ditugaskan untuk membuat pusingan keatas komuniti rang asli setempat (rotational basis)?;
  12. JHEOA perlu memberi data mengapa kenderaan pancuan 4WD tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk menjaga kebajikan orang asli?;
  13. Apakah bentuk tindakan yang dikenakan terhadap Tok Batin yang pilih kasih?
  14. Apakah peranan JHEOA untuk mengadakan dialog antara sukarelawan/orang asli/JHEOA untuk menjelaskan keadaan sebenar. Apakah JHEOA bersedia untuk mengambil tindakan pro-aktif untuk menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan masaalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli?;
Apa pandangan anda? Apakah JHEAT betul dalam tindakan mereka? Apakah JHEOA sebuah "non-performing" jabatan? Kita tunggu dan lihat...


Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

2 comments:

Anonymous said...

Pak Dnightcaller,
Minta maaf gunakan istilah Indonesia.....Saya bukan keturunan Jawa semacam bapak Khir Toyol.
Saya lebih berharap Majlis agama Terengganu boleh berpaling kepada pengajaran & menyampaikan maklumat kepada seluruh orang2 terutamanya umat2 Islam
Ni kan lebih berkesan daripada pencegahan. Malah saya tak faham mengapa pihak2 berkenaan kenna harass tanpa permit. Macam Gestapo. Seingat saya Islam tu Adil. Betul tak Dnightcaller

Dnightcaller,
If PAS wanna win hearts & minds of all folks, treat it as a social issue. Guess I don't really agree of turning Malaysia into Islamic State. I know PAS don't really has the power to do so.
Be like those early moslems in Jerusalem. Respect each other

Dnightcaller,
By the way, Sarawak election is around the corner. I hope that Hadi Awang doesn't do something stupid.
Always remember that in the original 20 points document, Sabah/Sarawak does not have a state religion.
Focus on social justice

nightcaller said...

Bapak Looes74

Waduh, waduh...istilah Jawa mu mengacam skali...:)

1. That's why I raise the issue of JHEAT, it seems that those manning the religous council and departments are prescribing to a different "islamic" teachings than us, mere mortals. There are better ways to arrest the declining moral values but their actions is certainly not one of those in my mind.

2. Fortunately PAS is not leading the Terengganu state govt or this will be manipulated to the fullest by BN and UMNO. UMNO just could not turn its back on this issue as although JHEAT is under the purview of HRH but the officials are selected by the state govt viz UMNO. So, UMNO has a hand in this.

3. On Sarawak election, Hadi better listen to the advise of PAS' bureaus as these are manned by professionals who has PAS and the nations' interest at heart. I believe PAS will tread carefully in Sabah and Sarawak, unless those "kepala batus" in PAS are left unchecked...