Friday, August 28, 2009

Post Penang N11 : Pembelaan Rohaizat...(translated : in defense of Rohaizat )

Untuk Rohaizat - anda tidak mengenali saya sebagaimana saya tidak pernah bertemu anda. Pesanan saya, bersabarlah...dalam masa dan ketika inilah anda akan tahu siapa kawan yang sebenar dan siapa kawan plastik.

  1. Walau apapun yang telah berlaku, kita adalah bangsa Malaysia. Dan adalah menjadi adat bertanding, ada yang menang dan pasti ada yang kalah.
  2. Dan bak kata orang tua-tua "Biduk berlalu, kiambang bertaut". Itu seharusnya yang berlaku selepas 25hb Ogos 2009.
  3. Tetapi malang bagi saudara Rohaizat. Keadaan beliau kini seolah-olah "sudah jatuh ditimpa tangga". Mengapa? "Rumah siap, pahat berbunyi" jawabnya.
  4. Secara ikhlas, saya terkejut dengan kenyataan Abdul Jalil Abd Majid merangkap Ketua Bahgian UMNO Permatang Pauh. Beliau memberi gambaran bahwa :-
    • belaiu tidak tahu calun BN mempunyai masaalah;
    • calun BN tidak memberitahu UMNO bahgian tentang masaalah beliau;
    • calun BN tidak jujur;
    • calun BN meletakkan UMNO dan BN dalam keadaan tertekan;
    • sekiranya beliau tahu tentang masaalah calun BN, beliau akan menolak pencalunan calun;
    • Bahgian UMNO Permatang Pauh tidak boleh dipersalahkan keatas kekalahan BN tempoh hari;
    • beliau akan mengkaji kedudukan calun BN sebagai setiausaha bahgian;
  5. Inilah yang dikatakan kawan makan kawan. Inikah sifat seorang ketua mithali? Inikah apa yang dikatakan setiakawan UMNO? Inikah sikap General UMNO?
  6. Seharusnya didalam keadaan sekarang, keseluruhan jentera bahgian UMNO Permatang Pauh bersama calun BN untuk sama-sama timbul atau tengelam dalam saf perjuangan. Dalam keadaan sekarang, Rohaizat perlu diberi sokongan moral, bukannya dihenyak sebegitu rupa oleh sesama UMNO.
  7. Apakah Abd Jalil tidak mengetahui bahwa masaalah ini telah diketengahkan kepada kepimpinan UMNO pada 15hb Ogos 2009? Tidak percaya? Sila baca apa yang telah ditulis oleh Datuk Shamsuddin Nawawi (DSN).
  8. Secara ringkasnya, DSN mendakwa bahwa :-
    • beliau menerima message melalui facebook tentang isu calun BN pada pagi 15hb Ogos 2009;
    • beliau telah memanjangkan maklumat tersebut kepada MB Pahang yang membawanya ke pengetahuan Muhyiddein pada hari yang sama;
    • Muhyiddein telah meminta pandangan lawyer UMNO;
    • Lawyer UMNO menasihatkan calun BN tersebut layak bertanding dan tidak akan ditolak pencalunan beliau oleh SPR;
    • beliau membayangkan bahwa yang patut dipersalahkan ialah lawyer UMNO dan ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang;
  9. Nah, sekarang siapa yang benar-benar bersalah? Kenapa calun BN yang dijadikan kambing hitam? Apakah pihak kepimpinan UMNO ingin menafikan bahwa mereka mendapat maklumat tersebut pada 15 hb Ogos 2009, dua hari sebelum penamaan calun di PRK Permatang Pasir?
  10. Apakah kepimpinan UMNO tidak berhubung dengan ketua bahgian UMNO Permatang Pauh dalam masa dua hari tersebut untuk menyampaikan maklumat baru itu? Bukankah dalam zaman serba moden dan canggih, perhubungan antara kepimpinan dan bahgian dapat dilaksanakan dengan pantas?
  11. Masaalah sebenar ialah kegagalan UMNO untuk menangani isu. Itu bukan masalah calun BN. Masaalah yang ketara ialah keegoan UMNO. Apakah UMNO mempunyai pemimpin berkepala besar yang tidak mendengar kata? Apakah mereka fikir hanya keputusan mereka yang terbaik? Hanya strategi mereka yang mengena? Hanya cakap mereka yang perlu dipatuhi?
  12. Walaupun saya mempunyai pandangan yang berbedza dengan UMNO, saya secara peribadi akan berada disamping Rohaizat untuk memberi sokongan moral ketika ini.
  13. Bagi saya, kesilapan yang dilakukan oleh Rohaizat adalah kesilapan yang terbit dari semangat setiakawan beliau terhadap teman. Malangnya dalam semangat beliau untuk membantu teman, diri sendiri terperangkap akibat tindakan teman tersebut. Inilah yang dikatakan "melepaskan anjing tersepit".
  14. Kesilapan kedua beliau ialah membabitkan bekas rakankongsi beliau. Seharusnya, pakar strategi UMNO memberi cara yang lebih baik. Adalah lebih baik bagi Rohaizat mengaku kesilapan beliau dan apa yang telah dilakukan oleh firma guaman beliau untuk memulihkan keadaan. Kenapa perlu mengheret pihak ketiga yang merupakan teman rapat calun yang sama-sama belajar di gedung ilmu yang sama kedalam isu tersebut?
  15. Dan yang paling sensitif ialah mengenai status beliau. Sebagai seorang Muslim, beliau dibolehkan bernikah lebih dari satu. Tetapi dalam masa yang sama, beliau mungkin terperangkap dengan undang-undang buatan manusia yang menyukarkan beliau mendaftarkan pernikahan tersebut. Wallahualam.
  16. Mungkin beliau bernar-benar bernikah, mungkin tidak. Apapun yang terjadi, isu ini pasti melukai hati isteri beliau. Saya bersimpati. Isu ini boleh diselesaikan dengan baik. Bak kata orang. : "umpama menarik rambut dari tepung, rambut ditarik, tepung tak rosak".
  17. Saya melihat ada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap saudara Rohaizat. Sebaik-baiknya, Rohaizat disimpan untuk perlawanan GE 13. Tetapi kerana ada unsur-unsur tertentu yang ingin melihat Rohaizat kecundang awal, beliau diketengahkan untuk PRK Permatang Pasir. Maka berkuburlah impian Rohaizat...berkubur jugalah harapan BN untuk mengemukakan seorang calun berwibawa dalam GE 13...
  18. Dengan apa yang berlaku terhadap Rohaizat sekarang, maka lenyaplah impian beliau untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanahair dari segi politik. Maka bergembiralah para pensabotaj yang berkemungkinan besar terdiri dari ahli-ahli UMNO dalam bahgian Permatang Pauh sendiri kerana peluang terbuka untuk mereka pula melangkah kedalam gelanggang politik GE 13.
  19. Lebih dari itu, kini Rohaizat berhadapan dengan dilema lain yang tak perlu dibahaskan disini. Yang pasti, dua insan berilmu tinggi kini terluka. Tanpa disedari, dua insan berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah kini berada dipersimpangan dilemma.
  20. Untuk UMNO - dalam keadaan tertekan saperti sekarang, terserlahlah sifat buruk pihak kepimpinan yang begitu gemar menunding jari pada pihak lain sekiranya kalah bertanding. Juga terbuktilah bahwa ada ahli-ahli UMNO yang begitu sinonim dengan "baling batu sembunyi tangan" sehingga tersungkurnya calun BN sebelum bertanding.
  21. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan supaya calun BN dibuat sebegitu rupa sebagai alasan bahwa golongan muda dalam UMNO bermasaalah dan tidak layak dijadikan calun? Apakah ada unsur-unsur mencatas secara halus untuk menangani kebangkitan gelombang baru UMNO dibawah kelolaan KJ?
  22. Tidak mungkin UMNO dengan jenteranya yang hebat dibantu oleh SB dan MI boleh terlepas pandang akan masaalah calun. Ini semua adalah pergerakan licik dan operasi bawah tanah untuk menjatuhkan Rohaizat didepan umum. Sememangnya ia berjaya menjatuhkan Rohaizat dan beliau terpaksa membayarnya dengan harga yang terlalu tinggi.
  23. Sekiranya ada sekelumit kebenaran dalam pandangan ini, maka sahlah UMNO sudah tengelam punca dan mengikut resam "ketam didalam bakul" masing-masing berlumba untuk untuk keluar dengan saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Ternyata juga bahwa UMNO makin jauh dari pegangan agama yang mengutarakan sifat ukhwah antara jemaah.
  24. Untuk Rohaizat - anda tidak mengenali saya sebagaimana saya tidak pernah bertemu anda. Pesanan saya, bersabarlah...dalam masa dan ketika inilah anda akan tahu siapa kawan yang sebenar dan siapa kawan plastik.
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

TRANSLATION
  1. Whatever happen, we are Malaysians. And it has been a fact that in any competition, there will be a winner and losers.
  2. As wise men say "when the boat pass, the lotus will enjoined". That should have happened after 25th August 2009.
  3. Unfortunately for Rohaizat. For the time being he is as per "after slipping, the ladder falls on him". Why? "The house is ready but the chisel is still chiselling".
  4. Honestly, I am caught surprised with statements from Abdul Jalil Abd Majid cum the Permatang Pauh UMNO division chief. He painted that :-
    • he did not know that the BN candidate has problems;
    • the candidate did not tell UMNO division of his problems;
    • BN candidate is not honest;
    • BN candidate puts UMNO and BN in an awkward situation;
    • if he were to know of the candidate's problems, he would have rejected the candidate nomination;
    • Permatang Pauh UMNO division should not be penalised for the recent BN loss;
    • he will study the position of BN candidate who is the division secretary;
  5. This is what they say friends betraying friends. Is this an example of ideal leader? Is this what is known as UMNO's comradeship? Is this the action of UMNO general?
  6. What should have happened in his situation is for the whole Permatang Pauh division machinery to stay together with BN candidate through thick and thin. In the current position, Rohaizat should be given moral support and not the thrashing amongst UMNO members.
  7. Didn't Abd jalil knew that the problems has been forwarded to UMNO leadership on 15th August 2009? Don't believe? Please read what was written by Datuk Shamsuddin Nawawi (DSN).
  8. Briefly, DSN implied that :-
    • he received a facebook message on the candidate issue on 15th August 2009 morning;
    • he has forwarded the information to Pahang MB who brings it to the attention of Muhyiddein on the same day;
    • Muhyiddein request UMNO lawyer's comments;
    • UMNO lawyer advised that the BN candidate is eligible to contest;
    • he indicated that the UMNO lawyer and Penang UMNO liason chief should be at fault;
  9. So, who is really at fault? Why must BN candidate be the scapegoat? Is the UMNO leadership denying that they receive the information on 15th August 2009, 2 days before the nomination day in Permatang Pasir?
  10. Did UMNO leadership in contact with Permatang Paug division chief within the 2 days to pass the new information? Is it in this modern age, communication between the two parties can be done instantly?
  11. The real problem is UMNO's failure to handle the issue. This is not about the BN candidate. The sticking problem is UMNO's ego. Do UMNO has thick-headed leaders? Do they think that only their decision is the best? Only their strategies work? Only their instructions to be followed?
  12. Although I have different stand fromRohaizat, personally I will stand by his side to provide moral support.
  13. To me, the mistakes done by Rohaizat derived from his comradeship towards his friends. Unfortunately, in helping his friends, he himself were caught by his friends' actions. This is what known as "letting go a trapped dog".
  14. His second mistake is to drag in his ex-partner. By right, UMNO strategists should offer a better approach. It is better for Rohaizat to admit his mistakes and what his firm has done to solve the problems. Why must a third party be dragged in who happens to be his close friend and University mate?
  15. And the most sensitive is his status. As a Muslim, he is allowed to practise polygamy. But at the same time, maybe he is caught by man-made laws which makes it diffcult for him to register the marriage. Wallahualam.
  16. Maybe he is really a polygamist, maybe not. Whatever it is, the issue will definitely hurt his wife. I symphatise with her. This issue can be amicably solved if all parties sit down and discuss.
  17. I see elements of sabotage against Rohaizat. The best is to keep Rohaizat for GE 13 but there are elements who likes to see Rohaizat falls now. With this issue, Rohaizat can say goodbye to his political dreams,,,and BN can kiss goodbye to a potential candidate for GE 13.
  18. With what's happening to Rohaizat now, his dreams of politically serving his religion, the nation and the country is gone. So for those saboteurs, be happy for the chances are there for them to take their turn to enter GE 13.
  19. More than that, Rohaizat is now facing other dilemmas which need not be debated here. What is sure, 2 highly educated person has been hurt. Without knowing, 2 talented person is now at a crossroad.
  20. For UMNO - in this situation, the poor leadership qualities are exposed, accussing others on the loss. And it has been synonymous for UMNO to "hide behind their evil deeds" leading to their candidate's loss.
  21. Are there hidden hands playing a role to ensure taht the youth in BN who are not qualified to be candidates? Is there a hidden attempt to check KJ's rising star?
  22. It is impossible for UMNO with the backing of SB and MI overlook the problems. This is a well choreographed underground mobvement to make sure Rohaizat fall and he has paid that with a big price.
  23. For Rohaizat - you do not know me as I have never met you. My advise, be patient...at this time and moment you will know who is your real froends and who are the plastic friends.
Till then...G'nite M'sia...wherever you are...

2 comments:

Anonymous said...

I agree with you.

With the govt machinery at their disposal anytime anywhere, it was impossible for UMNO to NOT know of the issues connected with Rohaizat.

Somebody somewhere is planning the dirty.

I feel sorry for the guy. Now being betrayed left right and center by the media, by UMNO so called leaders, by UMNO bloggers that as recent as the eve of polling day were saying no matter what, Rohaizat is still the best candidate possible.

Now sudah kalah, semuanya pun problem Rohaizat tu lah.

I seriously wonder what the hell is Rohaizat still hanging around UMNO for.

nightcaller said...

Anon 5:37

Betul...UMNO just lump the loss to Rohaizat. For UMNO, no further analysis required - it's justthe Rohaizat factor.

For the time being, Rohaizat may have too many "financial outstanding commitments" to repay UMNO. In time, hopefully Rohaizat join PR if he really wants to serve the rakyat.