Sunday, August 30, 2009

Kemerdekaan: Harapan generasi kedua?

  1. Tunku Abdul Rahman merintis kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957.
  2. Ibarat bayi yang membesar, Malaysia menjadi lebih dewasa pada tahun 1969, dimana rakyat dikejutkan dengan hakikat bahwa untuk terus maju mereka perlu berkerjasama tanpa mengira kaum dan agama.
  3. Rentetan dari peristiwa tragis 1969, muncul seorang lagi negarawan yang mengambil alih tempat Tunku, mengutamakan perasaan muhibbah dengan memprkenalkan prinsip Rukun negara sambil terus membangunkan negara. Beliau ialah Tun Abdul Razak.
  4. Bak kata orang tua "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi", 40 tahun kemudian benih Tun Razak kembali menerajui negara dalam bentuk Najib Tun Razak. Dan dengan itu, bermulalah generasi kedua...
  5. Namun, dalam masa 40 tahun, persepsi rakyat telah berubah. Rakyat kini menjadi lebih matang berpolitik. Sekarang ahli politik perlu berkhidmat untuk rakyat dan bukannya rakyat memperhambakan diri kepada ahli politik.
  6. Kemunculan Najib adalah dalam keadaan yang lebih mencabar. Beliau perlu menangani cabaran merangkumi keperibadian beliau dan cabaran alaf baru.
  7. Dari segi peribadi, Najib perlu menyakinkan rakyat bahwa :-
    • beliau tidak terlibat dengan kes model yang telah mengegarkan Malaysia satu ketika dulu;
    • beliau tidak terlibat dengan wang komisyen kontrak sukhoi dan kapal selam;
    • beliau membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberi dan bukannya berdasarkan desakan rakan hidup beliau masa kini;
    • pengalaman yang ditimba selama 40 tahun akan memacukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan lebih berdaya saing menghadapi cabaran globalisasi;
  8. Dari segi jawatan pula, sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau perlu bersifat terbuka untuk menangani masaalah-masaalah yang telah diwariskan kepada beliau dengan :-
    • samada menghapuskan akta ISA atau merobah besar-besaran akta tersebut supaya ia tidak menzalimi rakyat;
    • membuat penilaian terperinci mengenai sambungan kontrak jawatan Ketua Polis Negara yang kini dipersoalkan oleh sebilangan besar rakyat;
    • memberi kuasa perundangan dan kebebasan yang lebih untuk SPRM menjalankan penyiasatan yang mungkin memerlukan beliau "menyarakan" pesuruhjaya SPRM kini yang kelihatan "lebih sudu dari kuah";
    • memberi ruang untuk pihak berkuasa syariah untuk menjalan hukum yang telah dijatuhkan kerana ini melibatkan agama dan orang Islam;
    • meneruskan konsep 1Malaysia beliau tanpa menutamakan keturunan dan agama;
    • berkerjasama dengan negeri-negeri yang dikuasai PR dan tidak mengambil tindakan-tindakan yang boleh mengugatkan kerajaan negeri;
    • menyelesaikan kes tuntutan wang royalti minyak yang telah dibangkitkan Kerajaan negeri Kelantan;
    • mengembalikan kebebasan serta memertabatkan kembali sistem kehakiman negara;
    • mengimplimentasikan cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh SUHAKAM;
    • membuat rombakan kabinet, jika perlu, untuk mengeluarkan "non-performers" dan memasukkan mereka yang mempunyai visi 1Malaysia serta inovatif dalam meyelesaikan masaalah;
  9. Tetapi cabaran terbesar yang dihadapi Najib adalah cabaran politik. Sebagai pemimpin ulung BN, beliau mempunyai tugas berat dalam memulihkan keyakinan pengundi kepada BN. Justeru itu, rakyat akan menikuti rapat perkembangan beliau dalam :-
    • memulihkan BN supaya terus menjadi parti politik yang menjai pilihan rakyat;
    • membuat perancangan dan perlaksanaan supaya BN kembali memerintah Malaysia dengan 2/3 majoriti;
    • menarajui BN untk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan LKelantan dari PR;
    • menyelesaikan masaalah dalaman MCA;
    • memberi panduan kepada halatuju MIC;
    • menunjuk jalan kepada pemulihan PPP;
    • mengembalikan zaman kegemilangan Gerakan;
    • mencari jalan penyelesaian terbaik kepada kedudukan kerajaan negeri Perak;
    • memberi laluan kepada badan-badan kehakiman, SPRM dan polis mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik BN yang menyalahi undang-undang;
    • memisahkan ahli politik dari menyekat badan-badan kerajaan menjalankan tugasan mereka;
  10. Diambang 31 Ogos 2009, adalah menjadi harapan rakyat supaya PM mengambil tindakan yang akan mencerminkan kejujuran beliau memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.
  11. Perlu diingat bahwa generasi kedua ini mengamalkan sifat keterbukaan dan dengan sistem komunikasi terkini, ahli politik tidak lagi kalis maklumat. Ahli politik tidak lagi boleh berselindung dibelakang tabir politik dalam menyembunyikan kesalahan dan tingkah laku mereka.
  12. Generasi kedua, dengan sifatnya yang lebih terbuka, terdedah kepada aliran maklumat dari akhbar dan internet. Ahli politik perlu bersedia untuk menjawab atau mengiyakan penyebaran maklumat mengenai mereka.
  13. Disinilah bermulanya kemerdekaan dan harapan generasi kedua dimana terukirnya bangsa Malaysia yang ditunjangi berbilang keturunan, berlainan agama dan fahaman politik.
  14. Malaysia perlu lebih terbuka dan berupaya memisahkan fahaman politik dengan kepentingan negara. Penyokong politik zaman generasi kedua lebih versatil dan tidak lagi berkiblatkan kepada sesuatu fahaman politik secara total.
  15. Sempena menyambut kemerdekaan kali ini, harapan kini ialah untuk Perdana Menteri mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperkasakan negara serta memulihkan kembali sistem beraja, sistem eksekutif, sistem kehakiman dan sistem legislatif ketempat asal sesuai dengan kehendak sistem Malaysia iaitu sistem Raja berpelembagaan.

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

2 comments:

sunwayopal said...

He will be long kicked out by his own goons in UMNO if he ever tried even one of those things you are suggesting above.

nightcaller said...

sunwayopal

That is the choice that Najib has to make. Either he cleans up the mess left his predecessors or he will be swept along together in GE 13.

And that list accumulation covers his 5 months in office. What will be accumulated later on?