Gendang perang berbunyi lagi. Kali ini di DUN N11 Permatang Pasir. Saperti yang dijangkakan, kali ini pertandingan satu lawan satu antara PAS mewakili PR dan UMNO mewakili BN. Untuk kali pertamanya, Kamrul Ramizu "pakar" payung tidak bertanding sebagai bebas. Adakah kerana cuaca yang tidak menyebelahi beliau atau kerana fulus yang tidak mencukupi?
Malaysian Insider menwar-warkan bahwa UMNO memainkan lagu perkauman. Kalau benarlah berita ini, maka terkedulah Najib kerana konsep 1Malaysia beliau telah diketepikan Muhyiddein Yassin. Lebih penting, apakah penjelasan Muhyiddein kepada Najib nanti? Atau apakah lagu ini dimainkan oleh KJ, pemuda dari Rembau?
Apapun, isu pengharaman penjualan arak di Selangor seharusnya tidak dipolitikkan oleh UMNO. Isu itu telah mencapai kata sepakat dan pihak penjual terbabit telah menjalankan "self-regulation" untuk mengatasi masaalah tersebut. Setelah 50 tahun berkuasa dan gagal membendung masaalah arak, UMNO perlu berterima kasih kepada PAS dan PR kerana telah mengambil jalan penyeleasaian terhadap isu penjualan arak dikawasan majoriti Melayu.
KJ pula telah "curi ayam" apabila mendakwa terdapat pengundi hantu di Permatang Pasir. SPR telah meminta KJ membuktikan dakwaan beliau dengan memberi senrai pengundi hantu. SPR seterusnya berpendapat bahwa kemungkinan pengundi hantu tipis dan hanya berlaku dalam tahun 2002.
Walhasilnya...pi mai pi mai...UMNO dah nampak riak kecundang lagi sekali.....
UMNO...UMNO.....agaknya ayam jantan UMNO hanya tahu berkokok saja....yang lain...haprak.....
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment