Pemuda UMNO, kemana halatuju mu? Menongkah arus atau memacu gelombang? Ngaumanmu bagai Halilintar memecah bumi tapi langkah pencakmu sumbang. Semangat berkobar-kobar hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
Kalau tahun-tahun 60 an, 70 an dan mungkin 80 an, pemuda UMNO berada dibarisan depan apabila bicara tentang agama, bangsa dan negara, kini pemuda layu sebelum berkembang. Datang bersama ombak besar tapi rupa-rupanya pemuda UMNO hanyalah buih yang berterbangan. Di mana silapnya? Dimana sifat juang pemuda UMNO, harapan bangsa, tonggak agama?
Sejak akhir-akhir ini, beberapa isu telah membuktikan bahwa pemuda UMNO memerlukan suntikan baru. Asakan lebih kurang 20 ahli pemuda UMNO terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh di ruang legar parlimen memperlihatkan betepa ceteknya pemikiran pemimpim pemuda UMNO. Dengan hanya berbekalkan alasan Karpal telah mengeluarkan kata-kata "celaka" terhadap pemuda UMNO tidak memberi lesen untuk kumpulan tersebut mengepung dan mengasak Karpal. Benar, apa yang Karpal lakukan mungkin menyinggung perasaan pemuda tetapi pemuda dengan ketuanya (Krismuddin), naibnya (KJ) dan exconya (MM) seharusnya boleh berhujah dengan Karpal di sidang Parlimen. Atau apakah Krismuddin dan KJ juga tergaman dan memperakukan kata-kata Karpal? Kalau benar, memang "celakalah" pemuda UMNO.
Pemuda UMNO dibawah pimpinan Krismuddin dan KJ telah membawa pemuda UMNO ke era ke"samseng"an yang amat ketara. Kata-kata semangat dengan keris ditangan telah menghantar satu mesej negatif kepada rakan-rakan BN serta menakutkan penduduk majmuk yang lain. Mungkin tujuan Krismuddin ialah untuk membangkitkan kesedaran kepada pemuda UMNO tetapi mesej yang tersurat dan tersirat gagal mencapai matlamat. Sebaliknya, Krismuddin telah berjaya menakut-nakutkan bangsa lain dengan retorik yang mengegar bumi yang sebenarnya hanyalah gedangan tong kosong.
Naibnya tidak kurang hebat. Menunjuk lagak persis pahlawan jalanan (street fighter), pilihanraya kecil Ijok menjadi bukti keceluparan KJ berbunga dan menghasilkan pemuda UMNO yang lebih suka bertindak liar dari menyahut cabaran dengan cara berdebat dan fakta. Keakraban KJ dengan "mat rempit" menjauhkan lagi massa dengan gerombolan pemuda UMNO. pemuda UMNO lebih alpha bertemankan putri dari memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Akhirnya, satu demi satu, tembok pertahanan UMNO runtuh akibat kelalaian pemuda UMNO. Maka jatuhlah Kedah,Penang, Perak dan Selangor.
Dikaca TV, semasa diruanglegar parlimen, pemuda UMNO beriya-iya benar melaungkan keghairahan mempertahankan agama, bangsa dan negara dengan diakhiri laungan "Daulat Tuanku". Tetapi sebenarnya, apakah sebenarnya motif gerombolan tersebut ? Sekiranya ingin meminta Karpal menarik balik kata-kata "celaka" yang dihamburkan, itu sudah dibuat dalam sidang parlimen. Oleh itu, gerombolan pemuda UMNO tersebut sebenarnya sudah hilang punca, tak tahu atau tak nak ambil tahu sebab apa mereka terlalu marah pada Karpal.
Hendak dikata mengenai perkataan "Singh is King" pun tidak juga. Kalau perkataan "king" atau "raja" tak boleh disebut sewenang-wenangnya, kenapa perlu ada "raja lawak" dan gelaran "raja SMS". Kenapa gerombolan tersebut tidak menyerbu Astro atau mengerumuni Mawi? Heran bin Ajaib. So apa sebenarnya yang dikehendakki oleh gerombolan tersebut? Publisiti murahan?
Sebenarnya gerombolan tersebut akan mendapat "political mileage" dan sokongan padu rakyat sekiranya mereka berada diruang parlimen untuk membantah kenaikan tol yang dibuat pada masa mereka berada disitu. Sekiranya gerombolan tersebut berfikiran dan berjiwa rakyat, kehadiran mereka untuk membantah keaikan tol akan melonjak nama pemuda UMNO sebagai pejuang rakyat. Tapi, malangnya, mereka gagal untuk memanafaatkan peluang untuk membaiki imej pemuda UMNO dan BN yang sememangnya sudah tercalar.
Begitu juga sekiranya gerombolan tersebut prihatin dengan agama. Mereka seharusnya menggunakan kesempatan itu untuk meluahkan perasaan terhadap Hamid Albar tentang penggunaan perkataan "Allah" dalam makalah agama. Heran juga, macam mana boleh menulis perkataan "Allah" tetapi tidak boeh menyebut "Allah"? Macam mana kita boleh "melukis" tetapi tidak boleh "melihat" lukisan tersebut? Atau apakah Malaysia sudah mencipta kaedah sebutan baru? Membaca "Allah" tetapi menyebutnya sebagai dot dot dot? Pening bukan?
Pengakhir kata, penutup bicara - pemuda UMNO kini sudah patah sayap. Untuk pulih, pemuda UMNO perlu mencari identiti baru yang mendekatkan diri pada rakyat marhaen. Cuba-cubalah melabuhkan punggung dimajlis-majlis ilmu di surau dan masjid. Tak perlu lagi pemuda "menambah ilmu" di pusat kara-o-k. Kalau tak nak ke surau, cuba-cubalah menjenguk sakmongkol berbicara dengan TDZ. Ada juga faedah...tepuk dada, tanya selera...
Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
50 minutes ago
No comments:
Post a Comment