Tuesday, March 01, 2011

Of M N27 Merlimau : Rumah kerajaan BN punya ke???

  1. Apa dah jadi dengan BN di Merlimau? Panik ke?
  2. Kalau sebelum ini Ali "tak boleh bertanding" Rustam membuat pengakuan terbuka bahwa beliau akan memberi kerja (dan projek) kepada penyokong BN sahaja, kini Muhyiddein "menang kerana Ali tak ada" Yassin mengeluarkan satu lagi kenyataan tahap mengarut!
  3. Muhyidein, antara lain, berucap mengatakan bahwa calun PAS merupakan rakyat yang tidak berterima kasih kerana menduduki rumah kerajaan (quarters).
  4. Apabila pemimpin sudah tidak dapat membezakan yang mana parti dan yang mana kerajaa, ini sudah masuk ketahap kritikal.
  5. Muhyiddein, pemimpin UMNO yang akan mangambil alih tempat Najib sekiranya Najib mengikut jejak langkah ayahnya, seharusnya tahu membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu kerajaan.
  6. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kuarters untuk wargakerja mereka. Itu bukan kemudahan tetapi tanggungjawab! Sebagaimana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan bekalan air bersih, elektrik kepada rakyat.
  7. Dan apabila seorang isteri yang kebetulan pula menjadi isteri calun PAS mendapat kemudahan itu, Muhyiddein tidak mempunya kuasa untuk menidakkan kemudahan tersebut!
  8. Lagipun kuarters itu dibina dengan wang rakyat, bukan wang UMNO dan sudah tentu bukan wang BN.
  9. BN seharusnya berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan yang berupa ugutan samada kepada calun PAS, penyokong PAS/PR mahupun pada rakyat biasa. Apa yang BN (sebelumnya Perikatan) sediakan adalah tanggungjawab kerana mereka diundi sebagai parti pemerintah. Atas itu juga, rakyat boleh menyatakan ketiadakpuasan hati mereka atas sifat "pilihkasih" Ali Rustam dan keangkuhan Muhyiddein.
  10. Seandainya Muhyiddein ingin lama bertapak diarena politik, Muhyiddein perlulah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih cerdik... maklumlah Muhyiddein hanya setangkuk lagi untuk menduduki kerusi empuk Najib.
  11. Rose si Timah tidak mungkin menggantikan tempat Najib... hanya Muhyiddein yang mempunyai peluang itu. Jadi Muhyiddein, mulalah belajar buat kenyataan cerdik...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

3 comments:

Anonymous said...

Dnightcaller,
Yet there are people who believe in those sort of words. I do hope that PAS would win this time

nightcaller said...

Looes74

I do hope too.. ISA Samad and Ali Rustam is a dangerous combination. One was caught and sentenced for "bribery" when elected as one of UMNO's VP whilst the other was "dq-ed" in his attempt for UMNO's DP...

Anonymous said...

Dnightcaller,
Come to think of it....Moohydeen should be very afraid of Ali Ketam.....He is no Tengku Razaleigh.....What if BN win big in Merlimau
Moo moo might have serious contender for the next PMship....Hahaha