Friday, March 04, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Pertandingan dua MB...tersempit...

  1. MSM menggambarkan seolah-olah Merlimau dan Kerdau sudah berada didalam genggaman BN. Itu gambarannya... bukan hakikat lagi.
  2. Oleh kerana MSM begitu beriya-iya benar mendahului keputusan, apa kata kalau kita menyelak disebalik Merlimau dan Kerdau... pasti ada yang menarik bukan!
  3. Lupakan tentang omong-omong Ali "tak boleh bertanding" Rustam mengarahkan semua anggota RELA mengundi BN dengan rela hati. Alasan Ali? Dia merupakan Bridgadier General RELA dan anggota RELA mesti mendengar arahan ketua.

    Aik! Nie dah terlebih melampau nie... Apa, Ali Rustam ingat kita masih dizaman medieval lagi ke? Time tu, pengantin perempuan pun terpaksa memulakan zaman perkahwinan dengan ketua tentera (zaman dulu depa panggil "king"). Tapi, ini tidak heranlah...kerana mentaliti Ali Rustamlah yang keluar dengan idea "bernas" skuad skodeng yang akhirnya berkubur setelah mendapat teguran bos politik.
  4. Ali Rustam juga menghadiri jamuan makan malam NGO 1M di Merlimau. Bezanya? Bezanya, kali ini jamuan makan malam 1M menjurus kepada pengundi India, siap dengan cabutan bertuah motorsikal, TV LCD dan sebagainya.

    Nie yang pelik bin ajaib! Andainya BN Melaka begitu konfiden dengan kemenangan di Merlimau, kenapa NGO 1M membuat satu jamuan khas untuk pengundi India, siap dengan cabutan bertuah lagi? Dan kenapa pengundi India? Adakah ini satu mesej tersembunyi bahwa pengundi Melayu boleh dipikat dengan sehelai kain pelikan dan sekilo gula? Tak perlu jamuan, tak perlu cabutan bertuah kerana pengundi Melayu sudah layu dengan cerita Umi "I am a virgin" Hafilda?
  5. Apakah Ali "tak boleh bertanding" Rustam sedang berlumba dengan Adnan "my GF is a Selangor corporate"Yaakob?
  6. Adnan "my GF is a Selangor corporate princess" Yaakob mengambil pendekatan berlainan dari Ali Rustam. Beliau menggunakan cara "asalkan jawab, balun sajalah labu..."

    Yang dipersoalkan ialah cara menguruskan kewangan, tup, tup Adnan jawab Pahang tidak bankrup. Yang ditanya "A", dijawabnya "ba"... kesian dier. Nak kata pekak, tidak, nak kata buta pun tidak. Jadi apa ke hal Adnan merapu menafikan Pahang bankrup?
  7. Adnan menggunakan projek segera dan kelulusan segera untuk menenangi pengundi dan dalam masa yang sama untuk mengikat pengundi untuk terus bersama BN.

    Masaalahnya,janji lama Sanglang masih belum terlunas, Adnan terus menggali lubang membuat janji baru Kerdau. Ada duit tak ni?
  8. Dalam saat-sat akhir ini, Adnan menggunakan "kehebatan" malam Jumaat dengan menjemput Umi Hafilda untuk berceramah di Kerdau. Mungkin Adnan berharap sangat "pendedahan" Ummi akan "menceriakan" persiapan pertembungan malam Jumaat...
  9. Dua MB, satu dari Pahang dan satu dari Melaka. Kedua-duanya "bermasaalah".

    Adnan sedang sibuk merangka peluang untuk hidup ala "madu tiga" dengan buah hati pengarang jantung dari Selangor. Adnan alpa bahwa kedudukan beliau sebagai MB Pahang sekian hari sekian goyah kerana kegagalan beliau untuk menangani pengurusan kewangan negeri dengan baik. Lapuran audit negara mengatkan begitu dan Adnan tidak mungkin menyangkal apa yang dilapurkan oleh Audit Negara! Audit Negara bukan tunggangan parti politik, justeru itu Adnan tidak mungkin mempalitkan Audit Negara dengan parti pembangkang!

    Ali Rustam pula bercita-cita tinggi. Citanya tidak tercapai apabila JK displin UMNO melarang Ali dari bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dulu. Ali Rustam kini mungkin menggunakan Shah Rukh Khan untuk "menjinakkan" Rose"CT"mah yang memang diakui sebagai "PM" sebenar. 1M Najib? Hanya sekadar Najib Kerja Rose"CT"mah Arah (NKRA). Apakah Muhyiddein akan membenarkan Ali Rustam terus naik dan menggantikan beliau? Tak mungkin, tak mungkin... Atas sebab itu, Ali Rustam juga dalam "perhatian" untuk di"sarakan"...
  10. Adnan bermasaalah, Ali bermasaalah. Dua-dua menggunakan apa cara yang ada untuk teruis membodek 1MPM6 Najib. Dua-dua dahagakan kemenangan besar untuk "memujuk" Najib terus mengekalkan mereka dalam GE 13.
  11. Oleh itu, Kerdau dan Merlimau sebenarnya bukan pertandingan diantara PAS menentang UMNO (BN) tetapi sebenarnya diantara UMNO Pahang menentang UMNO Melaka!

    UMNO Pahang ingin menghadiahkan kemenangan Kerdau kepada 1MPM6 Najib yang juga berasal dari Pahang. Adnan benar-benar berharap kemenangan besar Kerdau dapat terus menjamin kedudukan beliau sebagai MB Pahang! Untuk itu, BN perlu memenangi Kerdau dengan lebihan undi yang banyak! Mungkin majoriti 2,500 atau lebih ialah jangkaan BN!

    UMNO Melaka pula ingin kembali kekegemilangan mereka ketika Tun Ghaffar Baba. Sekiranya Ghaffar baba boleh menjadi timbalan presiden UMNO, apa kurangnya Ali Rustam? Untuk itu, UMNO Melaka terpaksa mengunci pagar estet, membuncitkan pengundi Cina dan India dengan jamuan dan cabutan nombor bertuah, melalaikan pengundi Melayu dengan cerita lucah Ummi Hafilda. Kemenangan besar di Merlimau akan meninjolkan Ali Rustam sebagai General RELA yang sentiasa rela untuk dinaik pangkat! Muhyiddin dan UMNO Johor boleh diketepikan dengan kemenangan besar di Merlimau dan dalam masa yang sama Ali akan menggunakan kesempatan "menghindustankan" Rose"CT"mah, QC 1MPM Najib, dengan kehebatan SRK.


  12. Akhirnya, apa pilihan pengundi? Mudah saja kan... sudah terang lagi bersuluh... Merlimau dan Kerdau bukan "kuda" tunggangan Ali "tak boleh bertanding" Rustam dan Adnan "my GF is a Selangor corporate princess" Yaakob!

    Inilah masanya untuk pengundi tegar UMNO menterjemahkan "sayang" mereka kepada UMNO. UMNO tidak mungkin sanggup melihat Muhyiddin diketepikan oleh Ali Rustam. UMNO juga tidak ingin peristiwa 2 Muhammad dari Selangor berulang kembali... kerana ini akan menjejaskan "hubungan akrab" UMNO dan istana!

    Jika pengundi tegar UMNO di Merlimau dan Kerdau sayangkan UMNO, maka pilihan mereka ialah untuk mengundi calun yang bukan dari UMNO (BN). Undilah sesiapa saja asalkan bukan calun UMNO (BN)! Mudah kan? Cuma satu saja lawan UMNO (BN) di Merlimau dan Kerdau...
  13. Bagi pengundi tidak tegar BN? Pilihan mereka menjadi lebih mudah dan senang! Undilah untuk masa depan dan inilah masa untuk berubah! Setelah 52 tahun berada dibawah kepompong UMNO (BN), inilah masa untuk pengundi Merlimau dan Kerdau memecahkan tempurung dan melihat dunia luar. Keluarlah mengundi dan undilah selain BN (UMNO).

    Jom, kita sama-sama menuju kearah perubahan...


    Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

3 comments:

looes74 said...

Dnightcaller,
Are we going to have another by election in NS? It's that true....Hip hip hurray!

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lenggeng-rep-guilty-of-corruption/

Heard of Moody Blues? Besides, Go Now song for UBN.......Lagi satu music bagi UMNO.......No more lies

http://www.youtube.com/watch?v=KX5-9w1cx60&feature=relmfu

http://www.youtube.com/watch?v=qLgdcGEqgcw

nightcaller said...

Looes74

Sorry to disappoint you but there will be no by-election in Lenggeng, NS.

Reason? the judge will only impose the sentencing on 1st April 2011 which is after 8th March, the last day for a possible by-election. After 8th March 2011, there is no necessity for by-election as the duration between the by-election to the mandatory GE 13 is less than 2 years.

Even if the judge backdates the sentence, teh ADUN will only lost his Adunship if he goes to jail. Even that, with the appeal and counter appeal complete with stay order will render the sentencing ineffective!

The better picture to see is the Kerdau and Merlimau. Even if BN wins both Kerdau anmd Merlimau, the combined by-election resu;lts will be 8 (PR) and 8(BN). However, if we were to countback, PR manage to win 2 BN-held seats (KT and Sibu) whilst BN only manage to wrest Galas from PAS. Overall? Still a moral victory to PR.

The worrying thing is the latest trend where BN won most of the seats. There is a good chance for Najib to go for snap election, more so when another blogger hinted that 1MPM6 may be meeting the fugitive blogger in Australia... that is still within the rumour mill :)

Let's see if BN can wins with bigger majority in Kerdau and Merlimau or PAS manage to create an upset there. If PAS manage to reduce the majority (what more if they manage to wrest one of those seats), you can say bye bye BN in GE13 and Sarawak will be a hotbed for Taib mahmud....

Me? still waiting for takers to Merlimau... :(

looes74 said...

Dnightcaller,
RPK has rejected Lajib naa.....I would not do RPK any good....Lajib is still Lajib.....leopard never changes its spots....Hehehe
Lets cross our finger & hope for miracles