Wednesday, March 02, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Jom kita apit P113 Jelebu...

Woit! Ingat semua PHd cerdik?...baca yang ini...

  1. Let's start with a simple geography quiz, shall we? What stands between Kerdau, Pahang and Merlimau, Melaka?
  2. Couldn't find ol' trusted atlas? No need to stand on chairs or desks... the answer is Jelebu, Negeri Sembilan.
  3. Since this is about Rais "I burnt the bridge" Yatim, I choose to switch mode... to Bahasa Malaysia.
  4. Jom, kita mula... nak kata cerdik, bodoh. Nak kata bodoh, ada PHd. Woit, ni bukan PHd beli tau! Ni ori punya. Dari King's College, London lagi.....
  5. Malangnya PHd holder kita dari Rembau ni tak berapa pandai buat kenyataan. Beliau dipetik oleh Bernama mempertahankan liputan berita dari mainstream media (MSM) dengan mengatakan bahwa liputan dari MSM adalah adil dan tepat (fair and accurate).
  6. Sah, bahwa anak si Yatim ni tidak merujuk Utusan Malaysia sebagai MSM kerana baru semalam ketua Pengarang UM menyatakan bahwa tugas utama UM ialah untuk mempertahankan UMNO/BN. Dah kalau mempertahankan UMNO/BN, sudah pasti liputan berita dari UM tidak akan "adil dan tepat"!
  7. Rais membuat lawak "kurang cerdik" dengan menyamakan MSM dengan harakah/rocket / suara keadilan. Rais seharusnya lebih mengetahui bahwa harakah/rocket/suara keadilan merupakan lidah parti politik sebagaimana UMNO mempunyai lidah resminya.
  8. Apa cerdiknya Rais apabila menyamakan atau membandingkan lidah resmi parti politik dengan MSM?
  9. Mungkin inilah yang dikatakan "Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar"...
  10. Jom, pengundi Kerdau dan Merlimau. Apa kata kita pakat-pakat apit P113 Jelebu nie. Bukan apa...perabis ke beras je MP yang syiok sendiri nak jadi TPM nie...
  11. Kenapalah UMNO/BN terima Semangat 46 reject yang bernama Rais "I burnt the bridge" Yatim ni? Tengok apa dah jadi? Sudahnya...mengeluarkan kenyataan paling kurang cerdik (setakat ini) untuk PRK C N28 dan M N27...
  12. Sebagaimana Jerry Lewis berganding bahu bersama Dean Martin, sudah pasti Rais "I burnt the bridge" Yatim pun ada pasangannya. Siapakah pasangan Rais? Tak lain dan tak bukan Hishamuddin "the clown" Hussein. Nanti kita sembang lagi mengenai Hishamuddin dalam "Nasi lemak kopi O"... heh heh heh
  13. Jangan lupa... 6hb Mac 2011, jom kita ramai-ramai jangan mengundi BN di C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau... undilah selain BN!

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

2 comments:

Anonymous said...

This is the song for you....Enjoy!

http://www.youtube.com/watch?v=wZX8RAaRNIk&feature=related

nightcaller said...

Looes74

Yes, I am getting old, and still searching for a heart of gold :)