Monday, March 07, 2011

Melaka N27 Merlimau : Rekod lagi...

  1. Pertama, tahniah buat Roslan yang kenduri besar di Merlimau. Tetapi tahniah yang sebenarnya dikhaskan untuk Othman Muhamad, speaker DUN Melaka yang super effisien... mengalahkan Ali Rustam, KM Melaka.
  2. Othman Muhamad super effisien? Yea... super effisien kerana inilah julung kali seorang pemenang pilihanraya mengangkat sumpah dalam tempuh kurang dari 24 jam setelah menang. Inilah yang dikatakan Malaysia Boleh, Melaka lagi boleh!!!
  3. Ini bukan cerita yang dibuat-buat dan bukan juga berita yang direka-reka. Ini adalah dari liputan berita mstar berjudul ADUN baru Merlimau dijangka angkat sumpah Isnin ini - Speaker DUN Melaka. Kalau ini keluaran harakah ke, Malaysiakini ke, Malaysia today ke, Suara Keadilan ke, Rocket ke, UMNO online ke mungkin boleh dikatakan bermotifkan politik. Tetapi ini keluaran mstar beb, akhbar MSM yang dicop telus dan benar, tidak saperti Utusan Malaysia yang sememangnya mengaku akhbar bantuan UMNO!
  4. Berbalik kepada topik asal, bolehkah seseorang yang menang pilihanraya kecil terus mengangkat sumpat sebagai DUN sebelum SPR mewartakan keputusan itu?
  5. Kalau boleh, apa gunanya SPR untuk mewartakan keputusan? Apakah speaker dewan mendahului SPR? Bolehkah ini berlaku?
  6. Apapun, sekalung tahniah kepada Othman Muhamad yang mencipta satu lagi Malaysian Book of Records sebagai seaper paling cekap seantero Malaysia. Mungkin Othman Muhamad akan naik pangkat selepas GE 13 nanti, untuk menjadi speaker Dewan Negara. Ganti Pandikar pun boleh juga... kalau tak pun jadi speaker UMNO dala persidangan UMNO akan datang!
  7. Tengok sajalah... pukul 8 malam diisytihar menang, pukul 8 pagi angkat sumpah jawatan dan pukul 10 terus masuk DUN. Hebat sungguh orang bernama Roslan ini. Jauh lebih hebat dari Syed Ibrahim. Walaupun kedua-dua calun yang menang adalah anak si Ahmad, bezanya seorang ber"bin"kan Ahmad manakala yang satu lagi ber"bin"kan Syed Ahmad.
  8. Jadi, apakah speaker Pahang akan memecahkan rekod Othman Muhamad? Masih ingatkah ketika YDP Melaka mengeluarkan bintang2 kebesaran Melaka dulu? Bagaimana Pahang memintas Melaka dalam mengeluarkan bintang2 kebesaran, begitu juga tidak mustahil untuk Pahang memintas speaker DUN Melaka. Caranya? Hanya speaker DUN Pahang yang tahu! Kalau speaker DUN Pahang tak tahu, maka malulah kerajaan Denan kerana tidak mampu "mengatasi" Ali Rustam dalam hal ini...
  9. Puan Zaleha kita kena2lah belajar panggil YB Roslan... mana tahu untung sabut timbul, untung batu tengelam...
  10. Yang lain-lain tu, jangan sibuk-sibuk nak "challenge" speaker DUN Melaka... Roslan Ahmad dah pun mengangkat sumpah, jadi jangan lah ada yang berangan-angan nak menambah kerja tuan-tuan hakim kita yang sememangnya tidak menang tangan...
  11. Waema mana pun, selamat menjalankan tugas sebagai YB Merlimau... jangan lupa itu lembu jaga punya orang sudah tanya mana lembu tenusu mereka..., itu ah lee pun sudah tanya mana sekolah kebangsaan tionghua, dan jangan lupa sama bayaran Ummi Hafilda tempoh hari..., dan yang paling penting itu pekerja-pekerja BN termasuk "rempit-masters" yang meriuhkan suasana semalam...
  12. Roslan mengantuk? Sori... kerja berlambak perlu dibereskan. Lepas GE 13 nanti, boleh tidur...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

3 comments:

looes74 said...

Welcome to Malaysia Boleh.....Anyway, it's payback time to cronies including Gamuda

http://www.malaysiakini.tv/video/21203/mrt-why-award-to-gamudas-pricier-bid-.html

nightcaller said...

Looes74

Limited choice. It's either Perak-linked Gamuda or Pak Lah-linked Scomi...

Heads or tails ... it leads to BN coffers.

Other choice? So far none :(

looes74 said...

Dnightcaller,
At least, it can create a wedge between the 2 goons