Thursday, March 03, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Mencurah air di daun keladi... itulah BN

  1. Ada orang kata BN tu Barang Naik...tu dia punya hal lah...
  2. Mungkinkah BN bermaksud BeNak? Tahu apa makna benak? Webster online dictionary menterjemahkan benak sebagai stupid (bodoh, tolol, pandir), silly (bodoh, bahlul).
  3. Kenapa benak? Apa tidaknya... apakah masih ingat dengan kata-kata 1MPM6 Najib bahwa beliau sudah mendengar keluhan rakyat yang diterjemahkan kepada undi dalam tsunami 308?

    Lanjutan dari itu, Najib mula mendekati rakyat dan dalam masa yang sama meminta pimpinan BN dan UMNO mendekati rakyat. Itu tahun 2009, 2 tahun yang lalu...


  4. Kini, pimpinan BN sudah mula alpha dan lupa tsunami 308! Perangai kepimpinan BN sudah saperti sebelum 308. Lihat saja apa yang berlaku di Merlimau, Melaka.

    • sebahgian pentas DAP dibakar menjelang jamuan besar pada 4hb Mac 2011;
    • pintu cermin, kunci motorsikal dipecahkan semasa ceramah PKR;
    • mencetak dan mengedar gambar lucah kepimipinan parti lawan;
    • mengugut (secara halus) pengundi, calun PAS;
    • menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen;
    • mengunci pagar estet dan tidak membenarkan perayu undi PAS dari memasuki kawasan estet;

  5. Itu di Merlimau, bagaimana pula keadaannya di Kerdau? Antara lain :-

  6. BN pasti tidak akan mengaku kesalahan-kesalahan ini. Tetapi apa yang berlaku di Merlimau tidak berlaku sebelum PRK. Apakah kadar jenayah naik secara mendadak di Merlimau kerana kemasukan orang luar?
  7. BN juga akan menyangkal penggunaan agensi kerajaan dalam kempen mereka. Itu biasa dan SOP BN.
  8. BN juga akan menyangkal mengenai projek mee segera dikawasan PRK.
  9. Dan SPR akan terus "buta, pekak dan bisu" dengan kesalahan-kesalahan "tidak berbukti" ini. Itu pun SOP SPR.
  10. Maka harapan untuk membetulkan keadaan terletak ditangan pengundi Merlimau dan Kerdau.
  11. Ayuh! Buktikan kepada "Raja BN" bahwa rakyat sudah cuak dengan gelagat mereka. Setiap kali pilihanraya, maka terhenggeh-henggeh lah bertandang ke Merlimau dan Kerdau untuk undi.
  12. Jom Merlimau dan Kerdau! Kita ajar BN dengan mengundi calun bukan BN. Tak kiralah siapa calun itu asalkan bukan BN. Boleh? Sama-sama kita berganding bahu menegelamkan BN di Merlimau dan Kerdau pada 6hb Mac ini...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

1 comment:

Anonymous said...

Gosh,
Is this the way to win a by election? It's a pity shame.....I am sorry to say this....So many voters especially felda folks....Kenna tipu 50 tahun tak cukup....Kenna tipu lagi 50 tahun

http://malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/38531-kereta-anwar-dikepung-dan-dibaling-batu