Monday, February 28, 2011

Of M N27 Merlimau : Nak kerja? Undilah BN...

  1. Dulu perkara ini ialah "rahsia terbuka" dan kini Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, tanpa segan silu mengiyakan "rahsia" ini. Sekarang ia bukan lagi "rahsia terbuka" tetapi boleh dikategorikan sebagai "pengetahuan umum".
  2. Ali Rustam dipetik mengatakan "Kalau ada orang minta pertolongan untuk mendapatkan kerja, saya akan memilih (memberikan) kepada penyokong BN, sama juga jika ada orang yang meminta pembinaan jalan".
  3. Ali Rustam seterusnya mengertak "bahwa beliau tidak akan bekerja kuat untuk rakyat Merlimau" sekiranya BN tewas di Merlimau pada PRK 6hb Mac ini.
  4. Ali, Ali... terima kasih kerana membuat kenyataan terbuka yang mengiyakan persepsi bahwa kerajaan Melaka (dan seterusnya kerajaan Persekutuan) hanya memberi kerja kepada penyokong BN saja. Kalau bukan penyokong BN, jangan haraplah kerajaan akan membantu.
  5. Ali "yang tidak dibenarkan bertanding" Rustam juga mengertak pengundi Merlimau dengan kenyataan bahwa beliau tidak akan bekerja kuat kalau PAS menang di Merlimau. Apa ke hal? Tidakkah ini mengiyakan lagi bahwa sememang Ali Rustam tidak pernah bekerja kuat untuk Merlimau dan hanya menunjukkan mukanya ketika PRK ini?
  6. Ali Rustam seterusnya "menghadkan" falsafah tersebut dengan mengecualikan yang miskin dengan mengatakan bahwa kerajaan beliau tidak membezakan yang miskin dari segi pendirian politik mereka.
  7. Betul ke nie? Nampak sangat bahwa Ali Rustam tidak peduli dan tidak prihatin terhadap masyarakat miskin. Kalau kerajaan Melaka prihatin, sudah pasti Melaka akan mempunyai "sifar kemiskinan". Kan Ali Rustam "kuat kerja" dan tidak menghabiskan masa "tengok wayang" bersama isteri? Ali Rustam cuma rajin "main wayang" dengan Shah Ruth Khan... kerana nak mem***** Rose Putrajaya. Betul tak?
  8. Apa-apa pun... Merlimau perlu sedar bahwa gurindam Ali Rustam hanya untuk Najib dan konco-konco BN.... Orang macam nie perlu diajar sikit...
  9. Buat masa nie...biarlah Ali Rustam lelap dengan "Ku sangka panas hingga ke petang", nanti rakyat akan beri "rupanya hujan ditengah hari"....

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

2 comments:

Anonymous said...

Need to find how many percent PAS win from the malay electorate last time.....The chinese votes would be all time high when some idiot MCA said things can only be solved after election.....

Perhaps, UMNO wanna do some Indian war dance so that rain may come. With flooding comes glad tiding.....Hahaha

Serious, I am pretty sadden by one story whereby one felda fella willing to vote BN while abandoning the cattle to die in the flooding. It's pretty sad that being cheated by own kind & yet heaps trouble on others

When are they gonna woken up?

nightcaller said...

Looes74

PAS needs 75% of Chinese voters and 45% on Indian votes to stand a chance in Merlimau....

As for the malay votes, let's see what is the vote swing when the Wanita UMNO is unhappy...(remember that women is the majority voters here)....