Wednesday, September 02, 2009

Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran...



Orang tua berpesan, jangan sampai "Yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran". Namun sebagai makhluk politik peringatan yang tua diketepikan demi mengejar mimpi dan impian.

Bagi Najib, kejayaan beliau merampas kembali Perak dari PR memberi kepuasan yang tidak terhingga dan kini beliau telah berubah arah dengan mensasarkan Selangor sebagai negeri PR kedua yang akan tumbang. Itu harapan beliau sebagaimana yang telah diwar-warkan secara terbuka. Itu kata Najib.

Najib mungkin merasakan masanya sudah tiba untuk memberi tumpuan mengambil alih Selangor setelah kerajaan PR Selangor dituduh bertubi-tubi bahawa:-
  1. ada dikalangan ADUN Selangor yang mempunyai masaalah sosial;
  2. penyiasatan rasuah terhadap ADUN DAP melemahkan kerajaan PR;
  3. masaalah dalaman diantara PAS dan DAP mengenai penjualan arak dikawasan majoriti Melayu;
  4. masaalah perpindahan kuil yang tidak dapat ditangani dengan baik oleh PR;
  5. masaalah dalaman diantara PKR dan PAS mengenai kedudukan kerusi MB Selangor;
Samada tuduhan tersebut benar atau tidak sudah tidak relevan lagi. Selagi Najib boleh menanamkan perasaan syak wasangka, itu sudah memberi ruang untuk BN bertindak di Selangor. Kehilangan ADUN Pelabuhan Klang mungkin menjadi permulaan gerakan Najib untuk mengambil alih Selangor.

Bagi Najib, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk menawan kembali Selangor sebelum kerajaan PR bertapak lebih kukuh di Selangor. Cara yang paling sesuai untuk menjatuhkan kerajaan PR selangor ialah dengan melaga-lagakan parti-parti PR dengan menanam rasa syak wasangka serta dalam masa yang sama menggunakan jentera kerajaan untuk melemahkan semangat pekerja parti PR dengan mengada-adakan tuduhan-tuduhan yang mencemarkan integriti wakil rakyat PR.

Dalam masa yang sama, Najib sedang bermain mata dengan negeri-negeri Malaysia timur apabila beliau melantik Idris Jala sebagai menteri penuh di JPM yang akan ditugaskan untuk menjaga KPI. Aneh bin ajaib. CEO MAS dilantik sebagai menteri tetapi terpaksa pula melapurkan kepada seorang lagi menteri iaitu Koh Tsu Koon. Pernahkah ada seorang menteri melapurkan kepada menteri lain? Kenapa tidak dilantik saja Idris sebagai timbalan menteri?

Bercakap mengenai Sarawak, apakah Najib sedang mempersiapkan Idris untuk mengambil alih Taib Mahmud? Perlu diingat Taib Mahmud tidak lagi bersemangat untuk meneruskan tugasan politik beliau. Justeru itu, Najib perlu menyediakan pengganti Taib yang bebas dari masaalah politik bagi BN terus berkuasa di Sarawak.

Namun pencaturan Najib kali ini tidak mendapat sokongan padu dari barisan kepimpinan UMNO yang lain. Najib sekali lagi melupakan jasa UMNO Terengganu dalam mempertahankan maruah UMNO pada PRU 12 yang lalu. Terengganu sudah kehilangan 2 kerusi timbalan menteri apabila Dato' Razali meninggal dan Wan Farid tewas dalam PRK yang lalu. Tetapi Najib masih tidak melantik mana-mana pemimpin UMNO Terengganu untuk memenuhi kekosongan tersebut. Apakah Najib dengan sengaja membiarkan UMNO Terengganu dibawah kepimpinan Hishamuddein terkapai-kapai? Adakah ini caranya Najib menghukum cakap-cakap bahwa 9 ADUN Terengganu dari UMNO akan berhijrah ke PR? Apakah akah terjadi pertukaran kerajaan di Terengganu? Yang dikendung berciciran?

Barang diingat, Najib tidak boleh terlalu leka dan berpegang kepada perumpamaan "Kokok berderai-derai, ekor gelumang najis". Mungkin ADUN UMNO Terengganu hanya mengacah dan menjenguk peluang di PR tetapi segalanya mungkin. Pada zahirnya, kemungkinan 9 ADUN UMNO Terengganu untuk berhijrah adalah teramat nipis tetapi tidak mustahil. Cuma, sekiranya penghijrahan itu menyebabkan kerajaan BN Terengganu tersungkur, apakah pihak istana akan mengiktiraf "kerajaan baru" di bawan kepimpinan PR? Atau akan berulangkah kemelut politik sebagaimana di Perak?

Dalam keterujaan Najib bermimpikan Selangor, beliau seharusnya merasa lega kerana pihak SPR telah memutuskan ADUN Kota Seputeh Kedah masih kekal. Ini mengelakkan dari Kota Seputeh dari berhadapan dengan PRK kerana buat masa sekarang PRK tidak menyebelahi UMNO. Dikatakan juga bahwa perancangan Najib untuk mengambil alih Kedah melalui penghijrahan ADUN PR dengan dimulakan dengan ADUN Lunas kurang menjadi. ADUN Lunas tersebut hanya mengisytiharkan keluar PKR tetapi buat masa ini gagal mengheret bersama ADUN PR yang lain untuk menumbangkan Kerajaan PR Kedah.

Yang hairannya, Najib begitu beriya-iya merancang untuk mengambil balik negeri-negeri PR dibawah kepimpinan PKR atau PAS tetapi sunyi apabila berhadapan dengan negeri PR dibawah pengawasan DAP. Adakah Najib gentar dengan DAP? Atau adakah Najib sekadar "juara kampung" yang hanya berupaya membuli negeri-negeri dibawah kelolaan PAS atau PKR?

Kembali kepada tajuk, adakah usaha Najib "mengejar" Selangor satu realiti atau hanya sekadar mengejar bayang-bayang?

Lebih dari itu, Najib seharusnya mengambil seikit masa untuk mengkaji kedudukan UMNO/BN dalam percarturan politik semasa :-
  1. sudahkah Najib membuat benteng pertahanan yang kental untuk menahan kemungkinan penghijrahan beramai-ramai (dianggarkan 9 orang) ADUN UMNO Terengganu kepangkuan PR?;
  2. apakah UMNO bersedia untuk terus kalah dalam PRK yang akan datang?;
  3. apakah Taib Mahmud bersetuju diganti dengan kepimpinan baru di Sarawak?;
  4. apakah UMNO masih boleh berdiri gagah apabila MCA dan MIC sekarang sedang menghadapi kemelut politik mereka?;

Najib harus ingat bahwa adalah lebih baik bagi beliau berkerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri PR dari mengambil sikap pertembungan. Sekurang-kurangnya Najib kini memegang tampuk pemerintahan diperingkat Federal. Seandainya Najib tersilap langkah, tidak mustahi bagi PR menambahkan negeri-negeri dibawah penguasaan PR. Untuk itu, paling baik menjaga negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO/BN dari "tang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran"...wallahuAlam.

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

7 comments:

sunwayopal said...

From how the MACC, PDRM and EC is acting, there is zero indication from BeeEnd that they want to extend the hand of cooperation to the Pakatan states.

ZERO!

nightcaller said...

Well...soon they will realise that their real masters are the rakyat and not the politicians....

Anonymous said...

Nightcaller,
Well, there you have it. That Khir Toyol said that the creation of Hindu enclave would solve all problems.
It's Day 3 or 4 or whatever, where is Hassan Ali? Busy cohoting with Khir Toyol

Hassan Ali,
Islam kah? Buat malu saja

Anonymous said...

Dnightcaller,
I wanna write a long comment on this. However, I have decided to give up. Please watch this video clip by Malaysiakini
Where is Hassan Ali? Nasarudin Tantawi? This is worse that revellers including muslims having fun in Black Eye Peas Concert. Kartika's having 3 cups of beers harmless. If Kartika should kenna sebat, these folks would be.......They are muslims & commotions happen in Ramadhan. Hassan Ali has failed in his Agama Exco. Hassan Ali mesti letak jawatan

http://www.youtube.com/watch?v=Z7XC-UqJrok

nightcaller said...

Looes74

Hassan Ali has been called for audience with HRH Sultan Selangor and reportedly was there from 11 am to 2.15 pm on 5th August 2009.

He did not say what transpired during the audience.

On the video clip, it has been removed by the author.

On the Muslims caught drinking during Ramadan, they were caught in Cheras which is in Federal terittory and I believed is not under Selangor. Apart from that, the operation was carried out by police and not by the religous authority.

Apart from that, I see that Malaysia is still not ready for town hall meeting as evident with what happening during Shah Alam section 23 meeting with MB Selangor...:(

Anonymous said...

Nightcaller,
Nope, it's not removed. Just go to Greenboc (youtube) & I am sure you can find it.
Hisham said that PAS members are in. What's Hassan Ali going to do? I will support with arms & legs if Hassan Ali lead himself vigilante to haul up all those crazy "muslims" make a mess in the town hall meeting. Better still give them a public caning. I can have the honour if given opportunity
In Singapore, these goons would be apprehended, charged. They would be given civil caning (12 strokes). 1 year imprisonment with fine. Plus video recording shaming them. Oh I really miss the good old days

nightcaller said...

Looes 74

Thks, I will look into youtube.

Hisham claimed that PAS|members are in but Mahfodz Omar has confirmed that there is no pAS members involved. The one who sel-proclaimed that he is a PAS member is actually not a registered PAS member.

On top of that, a friend of mine confirmed that there were discussions between the masjid officials and the temple officials and they have badically agree to the relocation of the temple with the temple shifted to another 50 m from the original plan. However, "certain elements" is trying to create havoc and has even sprayed in public places that the Ustaz is a person which can be lead by others.

In Islam, there is tolerance towards other religions and basically these goons never understand that or pretend not to understand.

Civil caning for them and shamed them on TV? Caning sounds good and as for shaming them, I think youtube has done a good job and let's see how they fare at their workplace this Tuesday (Monday is holiday in Selangor)