Sunday, September 06, 2009

Piawaian 1 Malaysia untuk seksyen 23...



Nak tulis salah, tak tulis pun salah. Walau apa pun, perkara itu telah berlaku. Tak mungkin kita dapat memutarkan pusingan jam untuk merubah apa yang telah berlaku...Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul...

  1. Nak tulis salah, tak tulis pun salah. Walau apa pun, perkara itu telah berlaku. Tak mungkin kita dapat memutarkan pusingan jam untuk merubah apa yang telah berlaku...Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul...
  2. Apa yang telah berlaku dalam perbincangan antara peduduk seksyen 23 Shah Alam dengan MB Selangor? Malaysia dikejutkan dengan tindakan biadab segerombolan manusia yang mengaku diri mereka Islam dan berketurunan Melayu.
  3. Video selama 7 minit merakamkan detik memalukan itu yang diketuai oleh beberapa peserta berketurunan Melayu dan beragama Islam apabila :-

    • gerombolan tersebut memaki dan mempersoalkan tindakan MBSA kerana pada mulanya menghalang dua warga emas dari menyertai perbincangan tersebut;
    • gerombolan tersebut terus mengejek MB Selangor, MP Shah Alam dan ADUN ketika majlis dan memaki hamun mereka;
    • salah seorang dari gerombolan tersebut menarik kebelakang kerusi yang ingin diduduki oleh seorang penduduk berketurunan India menyebabkab beliau jatuh keatas lantai;
    • gerombolan tersebut terus menerus mengecohkan perjalanan majlis;
    • gerombolan tersebut tidak menghormati bulan ramadan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kepimpinan negeri;
    • gerombolan tersebut tidak memberi peluang dan ruang untuk hadirin berhujah dengan cara ilmiah mengenai isu perpindahan kuil dari Seksyen 19;

  4. Itu di Seksyen 23 Shah Alam. Pada hari yang sama, HINDRAF menganjurkan nyalaan lilin di Kuala Lumpur yang berakhir dengan 16 peserta ditahan PDRM.
  5. Video selama 9 minit menunjukkan :-

    • rata-rata perarakan nyalaan lilin disertai oleh mereka yang berketurunan India;
    • lebih kurang 50 orang menyertai perarakan nyalaan lilin tersebut;
    • perarakan tersebut dijalankan sejurus lepas waktu maghrib (berbuka puasa) dibulan Ramadan;
    • sepanjang perarakan tersebut, peserta menyayikan lagu tamil (?);
    • PDRM telah memberi amaran secukupnya sebelum bertindak menahan sebahgian dari peserta perarakan nyalaan lilin;

  6. Walaupun kedua-dua kejadian berlaku jauh antara satu sama lain, ianya berkaitan dengan isu yang sama iaitu isu cadangan perpindahan kuil dari seksyan 19 ke seksyen 23. Selain dari itu, kedua-duanya zahir dari apa yang telah berlaku pada 28hb Ogos 2009 dimana sekumpulan penduduk seksyen 23 telah berarak kebangunan kerajaan negeri Selangor untuk membantah cadangan perpendahan kuil tersebut dengan membawa kepala lembu serta memijak-mijak kepala lembu tersebut. Barang diingat bahwa lembu merupakan haiwan suci bagi penganut ajaran Hindu.
  7. Yang jelas, didalam laungan "1 Malaysia", Malaysia masih terumbang ambing dalam mencari identiti.
  8. Gerombolan seksyen 23 membuktikan keujudan perasaan "ini tempat kami!" dan "Kalau kamu nak, pergi cari tempat lain". Gerombolan ini mungkin terlepas pandang atau lebih mementingkan diri sendiri. Islam mengajar umatnya bertoleransi dan menghormati agama lain. Apakah pendirian gerombolan ini selari dengan kehendak Islam? Kalau tidak, dimanakah silapnya?
  9. Sekilas pandang, seksyen 23 Shah Alam merupakan kawasan perumahan pertengahan dan didiami oleh mereka yang seharusnya berpendidikan tinggi. Malangnya terbukti bahwa pendidikan tinggi tidak semestinya selari dengan nilai hidup yang tinggi. Gerombolan ini telah menjatuhkan maruah mereka yang tinggal di seksyen 23. Gerombolan ini lebih mementingkan perjuangan politik mereka dari hidup dalam masyarakay majmuk dari pelbagai anutan agama.
  10. Sekiranya gerombolan ini begitu berkeras untuk menidakkan hak agama lain, adalah lebih baik bagi gerombolan ini memilih menduduki kawasan simpanan rezab Melayu kerana yang pasti kawasan sedemikian akan didiami sepenuhnya oleh orang Melayu beragama Islam.
  11. Atau apakah gerombolan ini tidak sudi menghuni dikawasan perumahan rezab Melayu kerana bimbang nilaian hartanah mereka tidak tinggi? Dan bimbang kalau-kalau perbuatan mereka mencemar kesucian agama Islam dan mungkin ditegur oleh penduduk setempat?
  12. Dalam masa yang sama, tertanya juga adakah gerombolan ini terdiri dari ahli-masjid? Sekiranya ya, tidakkah mereka mengetahui bahwa pihak masjid telah mengadakan perbincangan-perbincangan dengan penganut Hindu dan secara amnya telah bersetuju dengan cadangan pemindahan kuil tersebut dengan kedudukannya dialih sejauh 50 m dari tapak yang dicadangkan? terbaru, kenyataan ini terbukti ada unsur kebenarannya apabila Khalid Ibrahim menyatakan, selepas satu lawatan tapak yang diadakan pada 7hb September 2009, bahwa cadangan tapak kuil adalah di seksyen 23 dan terletak kira-kira 400 meter dari tapak cadangan asal. Agaknya, apa pula alasan yang akan diutarakan oleh gerombolan dari seksyen 23 nanti?
  13. Kalau gerombolan ini bukan dari jemaah masjid, dimana tempat mereka berkumpul? Tepuk dada tanya selera...
  14. Tidakkah gerombolan seksyen 23 prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh penduduk Islam seksyen 19? Atau memang benarkah bahwa gerombolan seksyen 23 ini lebih mementingkan diri sendiri? Cuma gerombolan itu saja yang dapat menjawabnya.
  15. Apakah ini piawaian 1 Malaysia yang ingin diketengahkan oleh gerombolan seksyen 23?
  16. Berbalik pada perarakan nyalaan lilin yang dianjurkan HINDRAF. Setelah dikecam hebat oleh masyarakat terhadap PDRM yang gagal mengambil tindakan ketika perarakan kepala lembu dijalankan pada 28 hb Ogos 2009, PDRM telah mengambil langkah pro-aktif dengan mengambil tindakan terhadap peserta nyalaan lilin di Kuala Lumpur.
  17. Walaupun jumlah peserta yang hampir sama, iaitu seramai 50 orang, PDRM memilih menahan peserta nyalaan lilin. Munkin bagi setengah pihak ini merupakan "double standard", ianya satu tundakan yang wajar.
  18. Peserta nyalaan lilin sememangnya tidak menghormati bulan Ramadan dan memilih mengadakannya sejurus selepas berbuka puasa. Tidakah penganjur faham bahwa sebilangan besar anggota PDRM beragama Islam dan kerana program HINDRAF, mereka terpaksa berbuka dilapangan kerja?
  19. Selain dari itu, ianya juga menunujukkan kebiadapan HINDRAF yang memilih lagu Tamil ketika berarak. Apakah penganjur tidak mampu memilih lagu Melayu (Bahasa Malaysia) yang sesuai? Apakah penganjur cuba menyalakan api keturunan dalam perarakan nyalaan lilin tersebut?
  20. Harus diingat bahwa perarakan tersebut dianjurkan oleh Waymoorthy yang berada di London dan menggunakan P Uthayakumar dan tunang beliau. Apakah matlamat asal mereka?
  21. Kedua-dua perhimpunan yang dibincangkan berkait rapat dengan cadangan permindahan kuil ke seksyen 23. Jelas sekali bahwa sebahgian masyarakat yang mengaku beragama Islam masih tidak memahami sikap toleransi yang dibawakan oleh Mohamad SAW.
  22. Ia menunjukkan bahwa kita belum bersedia untuk berbincang dengan cara ilmiah atas cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa. Ada lagi diantara kita yang merasakan bahwa mentaliti "konfrontasi" dan mentaliti "ugut" boleh menyelesaikan masaalah. Sebenarnya tidak. Ia menunjukkan kebodohan gerombolan seksyen 23 dalam menghadapi sesuatu isu.
  23. Secara ikhlas, didoakan agar penduduk seksyen 23 yang lain tidak berpendirian sebagaimana gerombolan seksyen 23 ini.

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

6 comments:

sunwayopal said...

I think we have reached a tipping point.

The more UMNO discovers that the chinese and indians have deserted MCA and MIC, the more 'racial' will be their tones.

nightcaller said...

I have no problem if UMNO tends to be more racial when more Chinese and Indians deserted MCA/MIC.

However, I am more concerned that these few "hooligans" are tainting the good name of Islam and Malays.

These few may think that hey win the battle since they manage to stop the discussion, but they forget that their faces are captured in youtubes and splash all over the mediaprint. Mana mahu letak muka bila balik kerja esok? Lebih2 lagi kalau ditempat kerja ada Melayu, China dan India..macamana lakunan mereka? Masih sehebat tempoh hari di dalam dewan? Jangan balik menangis dan mengadu ke Hishamuddein, sudahlah...

sunwayopal said...

True, but i think they must come from an environment where their rakan rakan sekerja and rakan rakan sekampung think of them as heroes for acting this way.

Worse still, i think they r bringing up their children to think and act in the same exact manner.

nightcaller said...

sunwayopal

The more I review the videoclip, the more I pity them for being so self-centered, glory-seeking humans who trespass on keturunan and agama just to say they are hero kampung.

Will they be as "brave" in Batu Caves?

Anonymous said...

Nightcaller,
FYI. Perhaps, we should forward this information to those "cows" who disrupted section 23. Just read!

http://en.wikipedia.org/wiki/Babri_Mosque

Anonymous said...

Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.