PDRM merupakan satu kerjaya murni yang telah dicemari dengan tangan-tangan yang lebih mementingkan peribadi dari pasukan PDRM sendiri. Sudah tiba masanya untuk Musa Hassan mengundurkan diri dengan hormat dan memberi ruang untuk kerajaan melantik penganti beliau... Dengan berketuakan Musa Hassan, PDRM sedang menghadapi satu dilema. Masyarakat memandang serong dengan tindakan polis. Dalam keadaan warga kerja polis yang tertekan ini, IPCMC perlu diwujudkan segera untuk memulih keyakinan masyarakat terhadap polis. Samada masyarakat sedar atau tidak, insiden-insiden yang berlaku mencerminkan ketidaksempurnaan program latihan polis. Amerika Syarikat menyelesaikan masaalah penahanan dengan "Hak Miranda" dimana seseorang pesalah di beritahu hak mereka ketika ditahan. Bagaimana dengan Malaysia? Apakah kita mempunyai hak yang sama? Apapah OKT diberi layanan yang sama sebagaimana pesalah Amerika? Atau apakah OKT Malaysia dilayan dengan teruk sebagaimana yang dilalui oleh Teresa Kok, MP dari Siputeh? Berbalik kepada insiden penembakan, jelas sekali PDRM tidak mempunyai sistem latihan yang mencukupi untuk membekalkan warga kerja mereka dengan latihan tugasan mereka. Ini perlu di audit dan mencari penyelesaian. Musa Hassan tidak boleh berselinding dibelakang Hishamuddein dalam kes ini dan beliau juga tidak boleh bersandiwara sebagaimana saudara kandung beliau dalam drama-drama terbitan Malaysia. Apa yang kurang perlu diperbetulkan. Persoalan yang perlu ditanya pleh PDRM dalam menyiapakan warga kerja mereka dalam menjalankan tugasan mereka adalah :- PDRM merupakan satu kerjaya murni yang telah dicemari dengan tangan-tangan yang lebih mementingkan peribadi dari pasukan PDRM sendiri. Sudah tiba masanya untuk Musa Hassan mengundurkan diri dengan hormat dan memberi ruang untuk kerajaan melantik penganti beliau... Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
"Join the bandwagon". Satu wabak baru dalam membabitkan kerja polis. Seolah-olah satu pergerakan untuk membabitkan kerjaya polis sebagai satu kumpulan "trigger happy".
Terbaru setakat ini, satu lagi lapuran polis telah dibuat di Shah Alam. Kali ini kejadian dilapurkan berlaku setahun lalu iaitu pada April 2009. Apakah kerja polis untuk menembak seseorang sesuka hati? Apakah lapuran-lapuran yang bertali arus ini akan mengerjakan polis?
Katalah apa saja tetapi yang pasti insiden-insiden yang berlaku ini menunjukkan kegagalan pihak pentadbiran polis dalam memberi keberkesanan latihan anggota polis ketika menjalankan tugas. Mengapa demikian? Seandainya insiden menembak berlaku pada kadar yang kecil, kita dapat menerimanya sebagai satu kelalaian anggota polis ketika bertugas. Tetapi kalau ianya berlaku dan terus berlaku, ia menunujukkan kegagalan sistem latihan sediaada.
Wargakerja polis tidak seharusnya dibebankan dengan satu tanggapan bahwa mereka adalah "trigger happy". Bebanan kegagalan dalam membentuk pasukan polis terlatih dalam menghadapi situasi yang berlainan harus dipikul oleh pihak pengurusan polis. Ianya merupakan tanggungjawab ketua polis negara untuk memastikan warga kerja polis mendapat latihan yang secukupnya.
Musa Hassan, sebagai ketua polis negara harus bertaggungjawab dalam kesemua insiden yang berlaku. Keghairahan beliau untuk "berlaga bahu" dengan pemimpin politik telah memesongkan priority beliau dalam menjaga hal-ehwal anggota bawahan. Musa Hassan menjadi liabiliti kepada pasukan polis apabila beliau beriya-iya benar "memuaskan" hati pemimpin negara dalam usaha menjatuhkan musuh-musuh politik mereka sehingga Musa Hassan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua polis yang baik.
Sebagai ketua polis negara, Musa Hassan seharusnya memikirkan cara-cara untuk memertabatkan lagi profesyen polis. Malangnya, beliau tidak menumpukan perhatian untuk menjaga profesyen yang murni ini. Sebaliknya lebih cenderung untuk "menurut kata" kepimpinan politik negara. Ini kesilapan ketara Musa Hassan.
Dalam masa yang sama, kesemua anggota polis yang terlibat dalam insiden penembakan tidak seharusnya menggalas tuduhan kecuaian didalam mahkamah. Dalam masa yang sama, lapuran demi lapuran polis yang dibuat tidak membebaskan mereka yang ditembak dan tidak pula berhajat untuk menaikkan taraf mereka yang ditembak sebagai wira. Apa tidaknya, hampir kesemua mereka yang ditembak mempunyai kesalahan yang nyata saperti tidak mempunyai lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan yang sah, berada didalam keadaan yang mencurigakan, berada didalam kelompok yang mencurigakan, tidak mengendah amaran dan arahan polis dan sebagainya.
Apa tindakan Menteri dalam negeri dalam kes-kes ini? Untuk menenangkan semua pihak, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan ketua polis untuk cuti sementara insiden ini disiasat sepenuhnya. Oleh kerana tempoh perkhidmatan Musa Hassan hanya berbaki beberapa bulan saja lagi, kerajaan akan bertindak bijak kalau terus menamakan bakal ketua polis negara yang baru dan memberi kesempatan kepada bakal IGP untuk membuat pelan tindakan untuk memulihkan kepercayaan masyarakat kepada polis. Apakah Hishamuddein berani mengambil tindakan tersebut? Apakah Najib 1MPM6 sanggup mengambil tindakan tersebut? Atau apakah Najib dan Hishamuddein terbelengu dengan Musa Hassan sebagaimana Truman, Kennedy dan Johnson terikat dengan Edgar Hoover, pengarah FBI Amerika?
Cuba bayangkan :-
Aspects of an uncommon law. The acquittal of Malaysia's Marie Antoinette.
Tales by an unknown blogger. No 3
-
1. As the character Dr Johnson in the British comedy series Blackadder, c
is for contrabularitity says, he interrupted his solo sojourn ie sleep, to
comple...
13 hours ago
No comments:
Post a Comment