Mahathir Mohamed pernah menasihatkan Bumiputera supaya bersedia untuk buang "tongkat". Tup tup, 1MPM6 Najib memperkenalkan BR1M dan entah apa-apa **1M lagi kepada rakyat serta diperluakan sehingga membabit seluruh bangsa di Malaysia. Apa tak kena?Selalunya kita mendengar ungkapan-ungkapan supaya mereka yang perlu diberikan bantuan diberi peluang dan "technical know how". Ini adalah lebih baik dari memberikan "one-off" bantuan yang hanya bersifat sementara.
Begitu juga dengan kenyataan Mahathir Mohamed. Beliau membayangkan sudah tiba masanya untuk Bumiputera bertatih sendiri tanpa bantuan "tongkat". Sudah pasti ada yang terjatuh pada permulaannya tetapi lambat laun, mereka ini akan berdirikari. Mungkin juga ada yang bukan saja dapat berjalan tanpa tongkat tetapi berlari menggunakan kudrat sendiri.
Namun dalam usaha untuk "prop-up" imej beliau, 1MPM6 Najib telah menogkah arus dengan memperkenalkan **1M yang berpaksikan kepada "tongkat". Pendek kata, Najib memilih untuk membiarkan mereka2 yang perlukan bantuan diberi "tongkat" virtual yang akan lenyap dalam masa yang singkat. Akhirnya, mereka-mereka ini akan kembali terkial-kial ditengah-tengah perjalanan.
Apabila Mahathir lebih menumpukan kepada memberikan joran serta "technical know how" pada yang memerlukan, 1MPM6 Najib lebih gemar memberikan ikan kepada mereka. Berapa lama ikan ini dapat bertahan dan berapa lama mereka yang divberi bantuan akan hidup dengan seekor (one time) ikan? Tidakkah lebih baik kalau Najib memberikan joran serta membimbing mereka tentang cara-cara untuk mengail ikan dari melonggokkan ikan pada satu kali saja? Apa yang mereka perlu dibuat pada hari-hari yang berikut? Berpuasa?
Inilah kelemahan Najib. Dalam tempoh 4 tahun menerajui Malaysia, pencapaian terunngul beliau ialah slogan "1Malaysia" dengan menangkat jari penunjuk sebagai simbol 1Malaysia. Malangnya, sekiranya itulah pemikiran bernas Najib, maka budak hingusan berumur 4 tahun pun boleh menjadi PM hanya dengan menggunakan jari penunjuk untuk lambang 1Malaysia.
Apa punca kelemahan Najib? Antara lain, belia dilahirkan dalam golongan bangsawan. Malangnya Najib tidak pernah merasa kesusahan yang dialami oleh rakyat marhaen saperti kamu dan saya. Bak kata orang putih "he is born with a silver spoon". Apabila meningkat remaja, beliau dihantar ke England untuk menyambung pelajarannya dan dalam umur awal 20-an, beliau kehilangan bapa yang juga PM Malaysia yang kedua.
Sebagai "menatang minyak yang penuh", beliau diberi segala bantuan dan kemudahan yang membolehkan beliau bertapa diarena politik serta menjadi MB Pahang. Beliau tidak pernah merasa betapa susahnya berlumba untuk mendapat "academic excellence", beliau tidak merasa betapa susahnya mengharapkan bantuan pelajaran. Bagi beliau, makan maggi dizaman persekolahan adalah hobi, walhal bagi kita rakyat marhaen bergelar pelajar, maka maggi adalah keperluan hidup kerana kesempitan kewangan dsbnya.
Dari kerusi empuk MB Pahang, beliau digoda oleh pengampu projek sehinggakan beliau tergamak membuat tuduhan melulu terhadap pasangan hidup beliau. Yang lainnya, kata orang "is history".
Sebagai aristokrat, beliau mendapat bekalan ikan yang melimpahruah. Pemberian "one-off" ikan pada yang memerlukan bantuan tidak sama dengan ikan Najib. Pendekkata, Najib tidak perlu belajar untuk mengail untuk mendapatkan ikan. Just a snap of his fingers and fishes will jump onto his lap sebagaimana terjadi di Port Dickson dan kadangkala ada juga ikan "international" yang "tersesat" dipangkuan beliau. Tidak faham? Read between the lines... :)
Dalam menempuh pilihanraya paling gentir sejak UMNO (B) ditubuhkan, 1MPM6 Najib sudah nampak tanda-tanda kekalahan apabila beliau sering mengungkapkan "Jangan Ubah". Unconciously he is admitting that defeat isstaring straight into his eyes. Not much can be done now unless he push all the panic buttons.
Najib mengembargemburkan kejayaan BN untuk sesuatu tetapi lebih penting dari itu - Is that enough? Maybe PR can do better!
Tidak disangkal bahwa BN membawa pembanungunan dan prascarana tetapi mungkinkah perkara yang sama dapat dibuat pada kadar yang lebih rendah dengan mutu yang lebih tinggi? Menyediakan prascarana adalah tanggungjawab ie responsibility kerajaan ie government of the day.
Apa yang dipersoalkan ranyat islah "apakah pembangunan itu bernilai saperti apa yang digambarkan?" Di Selangor telah terbukti bahwa kerajaan terdahulu pimpinan BN telah menyeleweng dan memberi habuan kepada kroni-kroni. Mungkin apabila BN tumbang nanti, rakyat marhaen akan didedahkan dengan penipuan dan penyewelengan yang lebih besar bernilai ratusan juta ringgit malah billion juta ringgit.
Atas dasar itulah, Najib "merayu" supaya "jangan ubah". Too many skeletons in the closet dan Najib tidak mungkin dan tidak mampu menyembunyikan semua apabila BN kalah 5hb Mei ini. Hanya satu cara untuk menghalang, pastikan BN "menang" dalam apa jua keadaan and at whatever cost.
Malangnya Najib is no Mahathir. Najib don't have the killer instinct of Mahathir. That is why Najib needs Mahathir to personally show Najib the way in GE 13. But then again, Mahathir is no Najib either!.
Mahathir is known as a no-nonsense guy who will not stand to his lieutenants' infidelity. Pernah dengar tentang MB yang beristeri 2 ketika zaman Mahathir? In short, Mahathir does not play the field like Najib. And what goes around comes around...
Najib dijulang atas jasa bapanya. Najib naik dengan menuduh bekas pasangannya "sakit", Najib diulit dengan bini kedua. Mungkinkan wanita yang menaikkan Najib akan juga menjadi punca untuk kejatuhan Najib? Fikir-fikirkanlah...
Hingga ketemu lagi...Selamat malam M'sia...Dimana jua anda berada...
Mat shabu2 to mat beras. Tales by an unknown blogger. No 30.
-
1. Corruption, is anywhere and everywhere a product of the deep state.
That's the collusion between a politician, business people or patron and
the comprad...
4 days ago
No comments:
Post a Comment