Thursday, January 27, 2011

Tiada kocakan dalam Tenang...

2 hari pada penentuan Tenang dan jelas sekali Tenang menjadi pilihanraya kecil yang menjurus kepada "memperkecilkan" calun...


Mungkin masa telah melupakan ketika dimana MCA pernah menjadi "taiko" kepimpinan Malaysia apabila parti tersebut dimandatkan untuk "mengetuai" BN buat beberapa jam sebelum BN menerima masuk kembali UMNO (Baru) sebagai parti komponen BN. Justeru itu, tidak heranlah kalau UMNO gagal untuk mendisplinkan MCA apabila Chua SL memainkan isu "bejabat tangan" dalam N5 Johor. Hatta Muhyiddein hanya berupaya membuat saranan kepada MCA tetapi jelas sekali saranan Muhyiddein tidak diendahkan...kesian Muhyiddein aka General pilihanraya BN!

Begitu juga mengenai salahlaku Azahar Ibrhim dengan "pendedahan" PAS berhubung dengan kes lelongan tanah di Segamat. Apapun, amatlah menghairankan apabila suratkhabar dan segelintir bloggers "mantauliahkan" pangillan timangan Tok Ai kepada calun UMNO. Bila masa dia mendapat gelaran Datuk? Anak pun kecil lagi kalaupun hendak ber"datu"kan cucu...

Menang kalah, Tok Ai pasti mendapat ganjaran dan pampasan setimpal dengan "pengorbanan" beliau pada UMNO. Mungkin pengarah untuk 24 syarikat? Lain pula dengan Normala yang akan berdepan dengan senario kewangan baru selepas 30 hb ini.

Biarlah BN bermegah dengan "rekod buruk" yang mengulang "kejayaan" BN sejak zaman berzaman. BN ternyata gagal menangani desakan MIC dalam kes novel "Interlok". Dimana letaknya kreativiti Abdullah Husein? Apatah lagi novel tersebut dicetak sejak 1971! Mengapa perlu tunduk kepada desakan MIC? Apakah Muhyiddein dah terlalu desperate untuk memenangi hati MIC? Apa salahnya Interlok? Seandainya ianya dikatakan mencetus ketidakpuasan hati kaum India, apakah ianya bukan hakikat pada masa dahulu? Apakah rakyat Australia akan bangkit menuntut novel Great Expectation karya Charles Dicken diubahsuai kerana mengambarkan Australia sebagai pulau buangan penjenayah England? Sememangnya Australia pada satu ketika dahulu pusat buangan penjenayah...jadi apa hal? Sememangnya India menngandungi kasta, jadi kenapa perlu kita menidakkan sejarah? Kalau MIC nak bersensitif pun, biarlah kena pada tempatnya...apa yag dilakukan oleh MIC ialah mengugut BN dengan 12 % undi Tenang yang dipegang oleh kaum India. Seandainya BN tunduk (dan sememangnya tunduk pun), maka apalah harapan kita kepada BN yang akur kepada tuntutan kaum-kaum lain asalkan mereka kekal memerintah negara? Dimana maruah BN? Dimana maruah negara kalau parti memerintah akur pada ugutan yang dibuat oleh kaum-kaum atas nama sensitiviti walaupun hakikatnya ada kebenaran pada isu yang dianggap sensitif itu?

Begitu juga dengan pengumuman Ahmad Mazlan yang sanggup untuk membincang dengan cara tertutup mengenai tuntutan generasi kedua peneroka FELDA. Mengapa tertutup dan mengapa sekarang? Apakah Mazlan fikir beliau dapat mengula-gulakan peneroka dengan janji tersebut? Seandainya apa yang dikatakan ANAK benar, mengapa BN mengambil sikap berdiam diri? Apakah BN anggap peneroka FELDA boleh diperalatkan sepanjang masa untuk kepentingan BN? Tun Razak mencetuskan idea FELDA, apakah 1MPM6 Najib akan mengkuburkan FELDA dengan menidakkan hak peneroka dan generasi kedua anak-anak FELDA?

Memang tiada kocakan dalam Tenang. Tapi bak kata Aspan Alias "Air tenang jangan disangka tiada buaya"... kisaran underwater current mungkin akan menengelamkan bahtera BN yang sememangnya koyak rabak sejak Mac 2008...

Ya, BN mungkin masih berupaya mempertahankan Tenang tetapi sekiranya ianya berlaku, kemenangan BN bukanlah atas usaha UMNO, MCA atau MIC tetapi lebih berupa rasa "terhutang budi" peneroka FELDA atas "kemurahan" Tun Razak memberi mereka peluang mengerjakan tanah FELDA dan selepas Tenang, maka terlunaslah "hutang" peneroka FELDA kepada BN khususnya UMNO!

Peribadi? Saya mengharapkan satu keajaibpan di Tenang. Semuanya tidak mustahil... bersediakah anda dengan keajaibpan itu? Bersdia atau tidak... 30hb akan kujung jua...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

1 comment:

Anonymous said...

TweetAttacks

has anyone heard of this software?

thanks