Tanggal 30hb Januari 2011 jam 10:03 pm menyaksikan pengumuman keputusan PRK Johor N5 Tenang yang memihak kepada BN dengan majoriti 3,707 undi.
Tahniah untuk BN yang berjaya membuktikan :-
- Johor masih kubu kuat BN;
- Warga FELDA masih setia pada BN;
- Melayu merupakan "the real king maker" dalam mana-mana pilihanraya di Semenanjung Malaysia;
- UMNO gagal mendidik parti komponen lain (terutamanya MCA) dalam asas pergaulan melibatkan penganut Islam (yang merupakan juga agama resmi Malaysia);
- MIC menggunakan segala kesempatan yang ada untuk menampilkan bahwa kaum India merupakan "playmaker" dalam PRK dan menggunakannya sebagai "senjata rundingan" dengan UMNO;
- BN sanggup menggunakan apa saja cara termasuk serangan peribadi untuk menang dalam mana-mana pilihanraya;
- BN tidak membuat semakan terperinci apabila membuat pilihan calun;
Dalam masa yang sama, SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan PRK N5 Tenang juga membuktikan :-
- SPR gagal untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang baik dalam mengendalikan pengundian semasa hujan hingga menimbulkan keraguan mengenai perkhidmatan "terpilih" pada sesetengah pengundi;
- SPR gagal mengenalpasti pusat-pusat pengundi yang paling selamat dalam keadaan hujan;
- SPR gagal mengistiyharkan calun yang menang pada pukul 8 malam walaupun jumlah pengundi yang sedikit (sekitar 10,000);
- SPR gagal menangani khabar-khabar angin mengenai pengundian ditangguhkan;
Sememangnya telah dijangkakan bahwa BN akan mengekalkan N5 tetapi keputusan semalam menimbulkan beberapa pertanyaan :-
- Bagaimana dan mengapa parti pembangkang masih mampu meraih 2,492 undi dalam PRK Tenang? Dengan seluruh jentera parti dan kerajaan berkampung di Tenang, parti pembangkang masih berjaya meraih 2, 492 undi;
- Tanpa menggunakan alasan hujan, mengapa BN gagal untuk menyapu Tenang dengan majoriti 5,000 sebagaimana yang di mimpikan Muhyiddein? Apakah kegagalan ini mencerminkan BN masih belum pulih sepenuhnya dan Muhyiddin masih belum boleh mendabik dada bahwa Johor merupakan kubu kuat BN?;
- Kekurangan 1,293 undi untuk mencapai impian Muhyiddin bukannya sedikit. Untuk mendapat 3,707 majoriti, Muhyiddin terpaksa membuat perakuan untuk mengubah novel "Interlok", membenarkan Chua SL memperkecilkan Islam selain para juak BN saperti Ahmad Mazlan menghulurkan debat bersyarat kepada ANAK. Pengorbanan sebigu rupa seharusnya menghasilkan satu keputusan yang membolehkan Normala Sudirman hilang deposit!;
- Parti pembangkang yang tersepit dengan kekurangan logistik ketika hujan mencurah-curah di Tenang masih berjaya menambat 2,492 undi. Bayangkan kalau Normala juga disediakan dengan logistik canggih, tidak mustahil bagi beliau mencipta satu sejarah...;
- Selepas 53 tahun merdeka, BN masih gagal untuk menyelesaikan masaalah perparitan di Tenang. Apakah BN akan menguar-uarkan bahwa hujan semalam adalah pada tahap "luarbiasa"? Apakah ini hadiah BN kepada pengundi Tenang yang "setia" kepada parti memerintah?;
Tenang pasti memberi sedikit kegembiraan kepada Ali Rustam untuk menghadapi Merlimau...tetapi awas...kali ini Merlimau bukan semudah itu...dan yang pasti pemanggil malam akan turun gelanggang disana...
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
3 comments:
[URL=http://exgirlfriendporn.pornblogspace.com/]Sexy Gf With Sex Toy[/URL]
Dnightcaller,#
Sorry my friend. Merlimau would be much more tougher for Pakatan Rakyat. Lest Ali Rustam made a terrible mistake. Normally, one arrogant party would be complacent especially after 53 years of rule
# Saw Egypt situation lately. Mubarak won more than 85% of votes during the recent presidential election. I wonder how Najib would be feeling now
Looes74
Yeah, Mubarak's son leaving Egypt with 100 suitcases. Imagine that when not too long ago, one Mike from Selangor caught with 2.5M in 1 suitcase...if 100 suitcases???
BN is harping now that Malaysia will not be another Tunisia or Egypt...but with 50 + years of abuse, the giant in the rakyat will wake up and chase BN out...that's possible...
Merlimau...that's another story, if PR buck up...yours truly has make it a point to be involved...not that it wil change much, but if all chip in...we can achieve it...
Post a Comment