Tahniah untuk BN yang berjaya membuktikan :-
- Johor masih kubu kuat BN;
- Warga FELDA masih setia pada BN;
- Melayu merupakan "the real king maker" dalam mana-mana pilihanraya di Semenanjung Malaysia;
- UMNO gagal mendidik parti komponen lain (terutamanya MCA) dalam asas pergaulan melibatkan penganut Islam (yang merupakan juga agama resmi Malaysia);
- MIC menggunakan segala kesempatan yang ada untuk menampilkan bahwa kaum India merupakan "playmaker" dalam PRK dan menggunakannya sebagai "senjata rundingan" dengan UMNO;
- BN sanggup menggunakan apa saja cara termasuk serangan peribadi untuk menang dalam mana-mana pilihanraya;
- BN tidak membuat semakan terperinci apabila membuat pilihan calun;
- SPR gagal untuk menyediakan perkhidmatan sokongan yang baik dalam mengendalikan pengundian semasa hujan hingga menimbulkan keraguan mengenai perkhidmatan "terpilih" pada sesetengah pengundi;
- SPR gagal mengenalpasti pusat-pusat pengundi yang paling selamat dalam keadaan hujan;
- SPR gagal mengistiyharkan calun yang menang pada pukul 8 malam walaupun jumlah pengundi yang sedikit (sekitar 10,000);
- SPR gagal menangani khabar-khabar angin mengenai pengundian ditangguhkan;
- Bagaimana dan mengapa parti pembangkang masih mampu meraih 2,492 undi dalam PRK Tenang? Dengan seluruh jentera parti dan kerajaan berkampung di Tenang, parti pembangkang masih berjaya meraih 2, 492 undi;
- Tanpa menggunakan alasan hujan, mengapa BN gagal untuk menyapu Tenang dengan majoriti 5,000 sebagaimana yang di mimpikan Muhyiddein? Apakah kegagalan ini mencerminkan BN masih belum pulih sepenuhnya dan Muhyiddin masih belum boleh mendabik dada bahwa Johor merupakan kubu kuat BN?;
- Kekurangan 1,293 undi untuk mencapai impian Muhyiddin bukannya sedikit. Untuk mendapat 3,707 majoriti, Muhyiddin terpaksa membuat perakuan untuk mengubah novel "Interlok", membenarkan Chua SL memperkecilkan Islam selain para juak BN saperti Ahmad Mazlan menghulurkan debat bersyarat kepada ANAK. Pengorbanan sebigu rupa seharusnya menghasilkan satu keputusan yang membolehkan Normala Sudirman hilang deposit!;
- Parti pembangkang yang tersepit dengan kekurangan logistik ketika hujan mencurah-curah di Tenang masih berjaya menambat 2,492 undi. Bayangkan kalau Normala juga disediakan dengan logistik canggih, tidak mustahil bagi beliau mencipta satu sejarah...;
- Selepas 53 tahun merdeka, BN masih gagal untuk menyelesaikan masaalah perparitan di Tenang. Apakah BN akan menguar-uarkan bahwa hujan semalam adalah pada tahap "luarbiasa"? Apakah ini hadiah BN kepada pengundi Tenang yang "setia" kepada parti memerintah?;
Till then...G'nite M'sia...wherever u are... Read More