Monday, April 29, 2013

Menuju garisan penamat...

Garisan penamat 5hb Mei...Ada sesuatu yang membuatkan pemimpin dan pendokong BN gelabah kali ini. Walaupun media digunakan sebagai gerak gempur minda rakyat untuk mengundi BN kali ini, ramai dari kalangan "berada" telah membuat persiapan awal untuk "berhijrah" sementara ke negara-negara jiran.

Didalam rangka perjalanan minggu lepas, seorang pengusaha/pelabur negara jiran menceritakan betapa beliau mendapat begitu banyak panggilan dartai "rakan-rakan" perniagaan Malaysia yang akan membuat "kujungan" ke negara beliau mulai 5 hingga 7 hb Mei 2013. Adakah ini petanda awal tentang kemungkinan BN akan "tempang" selepas PRU 13?

Anihnya, mereka-mereka ini memilih untuk tidak berehat di Singapaura atas alasan "exchange rate" yang tinggi, tetapi memilih negara ASEAN ini kerana kos sara hidup yang lebih rendah.

Apa-apapun sebabnya, itu tidak penting. Yang penting ialah pecutan terakhir beberapa hari ini untuk menuju ke garisan penamat. KTM komuter kini makin ligat memutarkan IM4U berserta dengan akujanji BN seandainya menawan kembali Selangor. Jelas sekali Pengurus Besar KTMB begitu bertungkulumus memainkan perang saraf untuk memenangkan hati rakyat mengundi BN.

TV? Itu sudah semestinya. Saban hari tidak ada satu berita positif tentang pihak PR. Yang ada hanyalah pamparan "derita" rakyat dibawah PR. Anehnya, dalam masa yang sama, ceramah BN masih gagal untuk mengumpul pendengar. Yang ada hanyalah pendengar "professional" yang dibayar untuk meramaikan majlis.

Angin perubahan begitu ketara sekali dimana rata-rata rakyat inginkan suasana baru. Bak kata teman ASEAN saya, BN sudah terlalu lama dimeja solek dan jika dilihat dicermin, sudah nampak kekotoran-kekotoran yang perlu dibersihkan. Dan untuk membersihkannya, BN perlu di "masukkan" kedalam baldi, direndam dan dicuci. Untuk itu, BN perlu dikalahkan dan mempelajari cara untuk menjadi pembangkan setelah sekian lama mengaut kekayaan negara dan dalam masa yang sama berpura-pura membantu rakyat.

Hari minggu yang lalu, seorang perayu undi BN telah meminta saya mengundi BN atas alasan kesinambungan BR1M. Saya menjawab, mungkin kalau PR menanag BR1M akan ditambah berganda. Beliau mengatakan kalau BN kalah, rakyat akan menderita dan saya berkata "Hanya rakyat berdarahkan BN yang menderita kerana hilang punca pencarian mudah".

Masih ingat pada arwah Datuk Z, Klang? Semasa beliau menjadi ADUN, seorang rakan yang menjadi kontraktor angkut sampah menjadi kayaraya. Malangnya apabila BN tumbang di Selangor, rakan tersebut turut jatuh sehingga tinggal sehelai sepinggang. Kenapa? Beliau yang terlalu mabuk dengan "rezeki" tirisan Datuk Z tidak berjimat cermat dan akhirnya menderita akibat kealpaan beliau. Moral of the story? BN perlu kalah untuk membina semula sifat jatidiri kontraktor yang menjadi parasit kepada BN selama ini.

Seorang kontraktor kelas A memberitahu bagaimana diera BN Selangor, satu projek yang bernilai RM 15J telah dimanipulasikan menjadi RM 30J. Andainya RM 15J sudah cukup untuk menyempurnakan kerja tersebut, dimanakan balance RM 15J lagi, kalau tidak disaku-saku kroni2 BN yang berpejabat dibangunan UMNO dan sebagainya? Adakah ini berlaku semasa PR? Beliau dengan berterusterang berkata perkara ini tidak berlaku semasa PR menerajui BN.

Garisan penamat hanya tinggal kira-kira 6 hari lagi. Najib nampaknya makin berpeluh dan sudah mula merapu. Mahathir sudah mula turun padang tetapi Abdullah Badawi tidak pula kedengaran. Adakah "elegant silence" Abdullah menceritakan semua? Bahwa BN sudah nazak dan mula membuat percaturan penipuan untuk menang dan tidak lagi bersandarkan pada helah dan tipudaya politik?

Saya merasakan hari Jumaat ini akan menjadi hari penentuan dimana BN akan cuba memberi pukulan maut untuk mengekalkan kuasa. Dalam masa yang sama PR juga mungkin sudah membuat percaturan sendiri untuk membalan pukulan maut BN.

Walau apapun, sudah nampak keretakan BN dan ini akan memberi peluang untuk PR memerintah Malaysia. Inilah masa yang terbaik untuk PR dan andainya PR gagal, maka peluang yang sama mungkin berulang 30 tahun lagi

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

No comments: