Friday, April 15, 2011

30 minit... untuk ber"UBAH"

Cuma tinggal 30 minit lagi tempoh resmi berkempen pilihanraya negeri Sarawak apabila posting ini dikeluarkan. Justeru itu, ruangan ini dikhususkan untuk menafsirkan kecenderungan warga Sarawak dalam menangani pilihanraya negeri kali ini.

Meskipun dibanjiri dengan ke'gah"an Sarawak memacu dialaf 21 ini, bisik-bisik menunjukkan bah besar mungkin berlaku di Sarawak kali ini. Itu bisik-bisik. Itu juga ramalan dari pakar analisis tempatan. Itu perasaan para bloggers yang berkampung di Sarawak. Apakah ini akan berukar jadi realiti pada 16hb April ini?

Bersandarkan kepada perkembangan mutakhir dan disokong oleh pengalaman lalu, BN Sarawak akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dari pilihanraya negeri lalu. Walaupun demikian, kekalahan BN ini tidak akan mengugat mereka dari terus bertampuk di Petrajaya. Paling tidak pun, BN akan menang dengan majoriti mudah. BN cuma perlu mengekalkan 36 kerusi untuk terus berkuasa di Petrajaya. Ini sesuatu yang terlalu mudah untuk BN. Sebabnya?

  1. Kehadiran berterusan Najib 1MPM6 dan timbalan beliau Muhyiddin Yassin akan memastikan "dana kewangan" BN tidak akan terjejas. Dana ini akan digunakan sebaik mungkin di tempat-tempat pendalaman. Meskipun ini cara lama tetapi cara ini masih berkesan bagi pengundi-pengundi luar bandar;
  2. Kesetiaan akhbar arus perdana dan media masa TV1,2,3 dan Awani kepada BN, secara terang atau tidak akan menyemai rasa "berhutang budi" kepada BN. Ini akan diluahkan dalam segi jumlah undi pada 16hb April ini;
  3. Permainan politik licik dengan menyiarkan "pengakuan" blogger buruan pada saat-saat akhir ini dijangka memberi impak kepada "keputihan" Najib, sesuatu yang amat diperlukan Najib untuk terus "berkhidmat";
  4. Penyiasatan cekap pihak berwajib yang kini mengenalpasti dua pelakun utama "Aku, dia dan Rolex..." sedikit sebanyak memberi gambaran yang boleh dimanipulasikan oleh kedua-dua pihak. Cuma kali ini, ia akan memberi kelebihan kepada BN untuk mengakhiri peluan gandingan PR di Sarawak;
  5. Kenyataan yang bercanggah tetapi merujuk kepada perkara yang sama iaitu pengunduran Taib mahmud dari politik Sarawak menguntungkan BN. Menang besar, Taib Mahmud akan terus dipersada Petrajaya. Menang mudah memberi ruang untuk 1MPM6 Najib mengenepikan Taib Mahmud. BN kalah, zaman politik Taib Mahmud akan terus berkubur di Sarawak.
Kehadiran pengundi mendengar ceramah PR yang memberangsangakan di bandar-bandar utama bukan penentu untuk semua. BN sanggup melepaskan Kuching, Sibu, Miri tetapi tidak mungkin BN sanggup melepaskan keseluruhan bumi Sarawak kebawah gabungan PR! BN akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk terus mempertahankan Sarawak waima cara pun.

Tidak salah untuk gabungan DAP-PAS-PKR untuk memasang angan-angan mentadbir Sarawak. 16hb April 2011 akan memberi harapan baru untuk Sarawak ber"UBAH". Bukan 2011 tetapi mungkin dalam pilihanraya negeri yang akan datang. Sebesar mana nafsu gabungan DAP-PAS-PKR, realiti yang akan diterjemahkan pada 16hb April ialah "Hajat dihati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai..."

Untuk sahabat-sahabat yang begitu gigih berjuang di Sarawak sepanjang pilihanraya kali ini, perjuangan kita belum selesai... perjalanan masih jauh.

Tilikan? BN akan terus mendapat mandat menerajui Sarawak tetapi dengan beberapa perubahan :-

  1. Taib Mahmud akan berundur sebelum 2012 atas sebab-sebab kesihatan;
  2. UMNO akan mula bertapak di Sarawak dan "menguasai" politik Sarawak;
  3. SUPP akan menjadi parti pinggiran dengan MCA, Gerakan gagal menapak kuat di Sarawak;
  4. Kedudukan 1MPM6 sebagai PM akan goyah;
  5. Penasihat umum PKR di"nasihat"kan berundur dari politik;
  6. Isu-isu saperti NCR, pembalakan dan lain-lain masih tidak diselesaikan dan akan terus menjadi retorik poltik setiap kali pilihanraya diadakan;

Akhir kalam, hanya Sarawak mampu melakukan. Jika mereka inginkan per"UBAH"an, maka usahakan.

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

1 comment:

looes74 said...

Dnightcaller,
I do hope that Taib would receive this welcome at the end of the day

http://www.youtube.com/watch?v=kvs4bOMv5Xw&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=xPEXCpDIrYM&feature=related