Sunday, February 28, 2010

Syafia: Pemergianmu akan dikenang...

Dimana harus kita mulai kisah Syafia Humairah? Dalam umat Islam menyambut Maulidul Rasul dan menganjurkan majlis ilmu mengenai junjungan Nabi Muhamad SAW, kanak-kanak kecil berumur 3 tahun ini dikatakan disepak dengan sepatu bola kerana menangis ditepi padang bola. Juga dikatakan bahwa mangsa disepak oleh teman lelaki ibunya yang kemudian menghantar mangsa ke hospital dan memberitahu kakitangan hospital bahwa mangsa merupakan mangsa kemalangan jalanraya. Baca berita seterusnya disini.

Akhbar berbahasa Inggeris pula menyiarkan berita itu dengan membawa pendedahan baru yang menghangatkan lagi kes ini. Baca berita tersebut disini , disini dan disini.

Stesyen TV juga memberi liputan kepada kes ini tetapi sebagaimana biasa, muka suspek yakni teman lelaki ibu Syafia telah dikaburkan untuk mengelakkan identiti beliau terbongkar. Dalam masa yang sama, pihak akhbar dan berita TV telah menyiarkan dengan sewenang-wenangnya gambar ibu Syafia saperti Berita Harian disini...


Bagi penulis, pemergian Syafia Humairah tidak harus dipandang ringan. Sebenarnya Humairah perlu dijadikan iktibar dan juga perlu dijadikan satu panggilan kecemasan betapa umat Islam Malaysia berada diambang keruntuhan sosial yang dasyat. Dalam hal ini, mari kita sama-sama menyelami tentang rumusan dari berita yang diambil dari dada akhbar dan juga siaran berita dari kaca TV :-
  1. Teman lelaki ibu Syafia yang berumur 28 tahun telah ditahan reman sehingga 3hb Mac untuk membantu siasatan polis;
  2. Saksi-saksi mendakwa teman lelaki ibu Syafia menendang Syafia dengan sepatu bola kerana beliau menangis ditepi padang;
  3. Orang ramai yang menyaksikan kejadian telah meleraikan lelaki tersebut dari terus mencabuli Syafia dan mengesa beliau menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan;
  4. Lelaki tersebut mendakwa bahwa Syafia ialah mangsa kemalangan jalan raya;
  5. Lelaki tersebut mendakwa bahwa beliau akan membuat lapuran polis tentang kemalangan tersebut tetapi menghilangkan diri;
  6. Ibu Syafia sedang bekerja ketika tragedi ini berlaku;
  7. Lelaki tersebut ditahan polis pada pukul 3 pagi;
  8. Bapa kandung Syafia kini sedang menjalani hukuman penjara sejak 2006 dan tidak mendapat kebenaran dari pihak penjara untuk menghadiri perkebumian anaknya;
  9. Ibu Syafia mula mengenali teman lelaki (suspek) sejak 6 tahun lalu;
  10. Adalah dipercayai bahwa ibu Syafia mempunyai anak berumur 18 bulan hasil hubungan belaiu dengan lelaki tersebut;
  11. Adalah dipercayai juga bahwa ibu Syafia sedang mengandung 4 bulan hasil hubungan tersebut;
  12. Juga dikatakan bahwa pihak polis telah memajukan aduan kepada pihak berkuasa agama mengenai kes ini dimana ibu Syafia bersekedudukan dengan teman lelaki tanpa ikatan perkahwinan yang sah sehingga melahirkan anak berumur 18 bulan dan kini sedang mengandung 4 bulan;
  13. Dilapurkan juga bahwa datuk Syafia telah membuat kenyataan bahwa beliau tidak dapat memaafkan suspek (teman lelaki ibu Syafia);
  14. Dikatakan juga bahwa kali terakhir Syafia Humairah menziarah datuknya ialah lebih kurang 2 minggu lalu;
Itu yang dihidangkan sebagai rujukan bacaan. Memang mengejutkan, memang menyedihkan kerana kes Syafia Humairah menunjukkan kepincangan sistem masyarakat Islam Malaysia. Bayangkan yang tidak tersurat :-
  1. Dari kenyatan oleh Datuk Syafia, ketara bahwa Syafia dan ibunya menziarah keluarga 2 minggu lalu. Persoalannya sekarang - apakah Datuk Syafia meredhai hubungan ibu Humairah dengan teman lelaki tersebut? Sekiranya ya, apakah tindakan datuk Syafia untuk memperbetulkan keadaan memandangkan bahwa ibu Syafiadan teman lelaki neliau duduk bersama? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Syafia tentang kehadiran cucu berumur 18 bulan dan kandungan ibu Syafia yang berumur 4 bulan? Apakah tindakan keluarga Syafia Humairah dalam menangani masalah ini?
  2. Mungkin ibu Syafia dalam proses penceraian dari suami beliau yang kini merengkok didalam penjara. Kalau itu alasannya - apakah jabatan agama lambat dalam memproses permohonan tersebut? Siapa yang salah? Pegawainya atai sistem birokratik? Apa jua alasan dan siapa jua yang bersalah, siapa pula yang akan menanggung dosa yang telah dilakukan atas kelalaian dan kelemahan sistem birokratik? Apakah kita akan menunding jari kepada yang lain tanpa mengambil tanggungjawab atas kelemahan umah sendiri?
  3. Bagaimana pula dengan jiran tetangga yang terus menyepikan diri dari kesalahan agama ini? Apakan kesalahan ini dipandang ringan atas sifat "jangan menjaga tepi kain orang"? Bukankah sifat semulajadi Melayu yang begitu beriya-iya mengata dan berlumba-lumba ingin mengetahui "rahsia" jiran? Kenapa kali ini tidak? Apakah Syafia tinggal dikelilingi oleh jiran bukan Islam?
  4. Kemana arah tuju kita selepas ini? Apakah masyarakat akan berpeluk tubuh dan berpuas hati apabila ibu Syafia dan temannya dihadapkan dimahkamah syariah atas tuduhan bersekedudukan tanpa nikah? Apakah masyarakat akan berpuas hati sekiranya mereka dihukum sebat ala-syariah?;
  5. Bagaimana pula apabila tersiar didada akhbar gambar saudara Syafia yang bertudung meratapi pemergin Jumairah? Apakah masyarakat mempersenda Islam dengan bertutudung apabila dimajlis kemtian tetapi dalam masa yang sama mengegar arash dengan perlakuan yang tersenarai sebagai dosa besar dalam Islam?


Jelas sekali bahwa sebagai sebuah negara Islam, negara telah gagal untuk membentuk satu masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran yang dibawakan oleh nabi Muhamad SAW. Pemimpin politik dan masyarakat nampaknya lebih prihatin kepada bagaimana untuk memperkayakan diri sendiri dan memikirkan cara dan slogan untuk memenangi hati rakyat untuk kekal berkuasa.

Masyarakat telah gagal untuk menangani masalah yang menimpa Syafia. Kegagalan ini bukan terletak dibahu ibu Syafia atau dipikul oleh datuknya saja, tetapi adalah kegagallan umah Islam dari semua peringkat. Kita bukan lagi bergerak dengan satu hati sebagaimana yang dikatakan "kalau cubit paha kanan, paha kiri pun terasa".

Apakah masyarakat Islam kini ditengelami dengan rasa "inferiority complex" sehingga ada diantara umah yang sanggup melanggar ketentuan agama yang dibawa oleh nabi Mohamad SAW kerana ingin dikatakan "hip", moden, mengikut peredaran zaman dan "emancipated"?

Masyarakat Islam sudah tidak peka kepada apa yang berlaku disekeliling dan hanyut bersama dalam dunia palsu yang dipelopori barat. Yang lelaki dayus mempertahan agama sementara yang perempuan beriya-iya mengejar "kesaksamaan" dan "kebebasan bersuara". Dalam pada itu, masyarakat juga dipinggirkan oleh mereka yang bergelar ustaz tetapi lebih gemar mengejar duniawi, berkereta besar, bersentuh bahu dengan pembesar negara.

Dalam ceramah-ceramah agama, suara mereka bergegar membelah bumi mengaku kebesaran Allah tetapi apakah pengorbanan mereka untuk membantu Syafia Humairah, ibunya, teman lelakinya, datuknya dan mereka yang sewaktu dengan mereka? Bacalah betapa ramainya yang mengaku ustaz tetapi menyalahgunakan "keustaz-han" mereka untuk berlaku sumbang kepada anak-anak yang diamanahkan kepada mereka?

Setiap kali keta terhantuk, sekali kita tergadah. Sampai bila masyarakat Islam Malaysia akan bersifat sebagai pahat yang hanya bergerak bila dipukul. Dimana sifat kasih sayang terhadap sesama Islam? Dimana sifat "Anil Makruf nahi mingkar" yang perlu ada dalam setiap yang mengaku sayang kepada nabi Muhamad SAW? Apakah masyarakat lebih selesa berebut menjuarai siapa menang pembarisan terbaik maulud nabi? Apakah kita bangga pada pencapaian tokoh itu dan ini tetapi dalam masa yang sama kita tidak mengambil pot dengan alam sekeliling?

Marilah sama sama kita jadikan pemergian Humairah sebai iktibar dan peringatan bahwa masyarakat Islam kini dihanyut arus yang kita cipta sendiri. Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk pulang kepangkal jalan. Kita harus bermula dari diri sendiri, ahli keluarga kita, keluarga terdekat, juran, kampung, bandar dan seterusnya negara. Kita perlu memperbetulkan keadaan sekarang sebelum masyarakat Islam Malaysia terus hanyut tanpa pedoman, tanpa arah.

Gunakanlah masa ini untuk mendekati kepada perjuangan junjungan kita. Hayatilah kehidupan beliau dan kembalilah ketiang agama kalau kita benar-benar cinta kepada nabi Muhamad SAW.
Akhir sekali - tepuk dada tanya selera, kemana arah kita? Apakah kita akan terus menjadi juara kampung? Menang kokok, kampung tergadai? Fikir-fikirkanlah...

(Nota penulis : Saya menadah doa kehasrat ilahi agar ada berita lain yang akan menidakkan semua berita yang telah disiarkan kerana sekiranya berita yang disiarkan benar, maka pihak berwajib perlulah segera menangani masaalah ini dengan segera)

Sehingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

9 comments:

alunbm said...

Saya bersetuju dengan pendapat/pandangan tuan dalam isu ini.Adalah sesuatu yang malang pekara seperti ini terus berlaku untuk sekian kali lagi dan lagi tanpa ada titik noktah dipenhujungnya.

Are You Gonna Go My Way said...

Jawapan nyer, Islam yang di Katakan Islam dan diamalkan sekarang jauh terpesong dari yang sebenarnya...termasuklah mereka yang mendakwa diri mereka Ulama dan Tok Guru....

Siapa yang sesat sekarang?

nightcaller said...

Alunbm

Ya, sekiranya kita bersetuju bahwa masyarakat Islam mempunyai masaalah tersebutm, seharusnya kita pergi selangkah lagi iaiyu mencari jalan penyelesaian kepada masaalah yang menghadapi masyarakat Islam Malaysia...

R U gonna go my way,

Benar, terdapat mereka yang mebdakwa ulama dan tok guru tetapi kemana kiblat mereka? Kalau setakat mendabik dada dengan pengiktirafan saja tidak mencukupi...imam dan AJK surau serta masjid harus memainkan peranan lebih penting dimana masjid seharusnya dijadikan tempat menuntut ilmu serta pusat kemasyarakatan...bukan hanya sekadar dijadikan untuk akad nikah dan menyempurnakan jenazah saja...

wallahualam...

Anonymous said...

masalahnya tok guru hanya pandai ajar agama...sikit dapat habuan bawak balik...lepas tu nasiblae...

nightcaller said...

Anon

Tiba masanya untuk kita mempunyai satu generasi ahli masyarakat yang prihatin serta bersedia untuk membina satu tamadun Islam Malaysia yang progresif berlandaskan ajaran nabi Muhamad SAW...amin

ahoo said...

Bro, it is a very sad day to see that this child was being abused and tortured, then die. I cannot comprehend the ugliness of mankind in taking advantage of an innocent child. Whether it is born of our own blood or not, a life by itself is already a miracle of God's creation.

Whatever punishment meted out to this killer is already too alte as a life is lost. I would think that the only possible punishment fit for such a man is for him to clean the toilets of the prison for life without any pardon. Let it be known to others that taking a life is easy but the consequences of it is not favourable to all.

Sending him to the gallow is not the right way to correct some wayward men. Give them some mental pain and shame also to showcase to others to avoid such incident ever recuring in Malaysia.

nightcaller said...

Ahoo

I cannot say better. However do correct me if I am wrong...

It is said that convicts despise those who abuse children and they will take upon themselves to inflict damage to those caught abusing (let alone killed innocent kids). I would not expanded more on that statement.

Apart from justice meted out, the bigger issue is the fact that the social ills affecting our community is becoming our greatest enemy. If the 25 year old mother and the 28 year old suspect is guilty, then just imagine the thousands of our youngs at the verge of committing the same mistakes. What will happen of Malaysia?

We are too pre-occupied with careers and political well-being and in doing so we have neglected our young and those in need. It is time for us to retract and look back on what can be done to help those in need...

ahoo said...

Personally, I think many of our MPs' or state assemblymen have not contributed positively to our society. Especially those hoarding high position and driving " pure breed " of imported stuff. Now, heard that APs' will even be given to state assemblymen for them to drive in luxury.

With such incentive, it is to buy them with perks rather than teaching them to serve. We have lost our most basic fundamental of a caring society where serving others were our primarily concern. The ruling govt needs to take the bull by the horn and ensure that the KPIs' for ministers are there not merely as a tool but insist that if performance is not forthcoming, sack them or transfer them out.

Perks come with responsibility and we need to relearn starting from those in primary 1. We really need to start educating our young ones from home. Charity begins at home, so the saying goes......and with each doing a little, we may make a different.

Anonymous said...

http://forums.nintendo-scene.com/index.php?action=profile;u=153265
I have a Dell Latitude Laptop using Windows XP. I took it to Geek Squad because it was skipping and the freezing up when I played DVDs or any kind of audio. When it freezes I have to turn it off witut shutting it down. It also wouldn't freeze right away..it freezes into about 10 minutes of playing DVDs or youtube videos. It was also making weird noises when it froze. Best Buy informed me that the noise wasn't any hardware issue, but the kind of noise the computer makes when it's frozen. They said nothing was wrong hardware wise, and that I had 6 viruses on the laptop. Well now, all those viruses are removed, and my laptop is still skipping and freezing when I play DVDs..to the point where I have to turn off the computer without shutting it down. If it's not viruses, and geek squad said everything is fine with the computer physically, then what is it?